Unik dan menyeronokkan! Itu pengalaman yang tak dapat dilupakan sebaik menjejakkan kaki ke butik terbaharu dUCk. Berbeza daripada butik fesyen lain, dUCk di Pavilion Kuala Lumpur ini tampil dengan keunikkan dan kreativiti tersendiri yang sarat elemen ‘playhouse’!
Majlis perasmian lokasi terbaharu dUCk di Pavilion Kuala Lumpur berlangsung pada 29 Jun lepas. Sebelum ini dUCk sudah pun membuka butik mereka di pusat beli-belah terkemuka berkenaan. Namun kali ini ia beralih ke lokasi yang lebih luas dan strategik.
Menurut Pengasas bersama The dUCk Group, Vivy Yusof, “Seiring jenama dUCk yang makin berkembang maju, kami sentiasa menawarkan pengalaman beli-belah menyeronokkan kepada para pelanggan.
Selain butik yang dihias indah, kami juga mahu terus memberikan yang terbaik supaya pengguna dapat merasai pengalaman beli-belah di samping menjadikan dUCk modest fashion playground. ”
Berkeluasan 1,758 meter persegi, butik ini mengetengahkan konsep playhouse yang penuh keseronokkan ketika membeli produk-produk dUCk. Antaranya selendang, aksesori hijab, pakaian, telekung, kosmetik, beg tangan, perhiasan rumah dan kelengkapan dapur.
Selain itu, butik ini juga dilengkapi dengan dUCk’s scarf library, rak Mighty UnderdUCk, pohon Sakura berwarna ungu simbolik rona rasmi dUCk, bilik persalinan inspirasi ‘phone booth’, ruang ready-to-wear dan sebagainya.
Sepanjang lapan tahun dUCk berada di pasaran, ia berjaya membuka sembilan buah butik iaitu lapan di Malaysia dan satu di Singapura. Malah, mereka juga sudahpun mempunyai team di United Kingdom yang dikhabarkan merancang membuka pop-up store di sana!
This website uses cookies.