Wah, kagum dengan pencapaian arkitek landskap berjaya ini! Mana tidaknya, bukan hanya memegang status isteri dan ibu dua anak. Malah LAr. Wan Salamatul Juita Datuk Dr. Wan Hashim juga sebenarnya merupakan Pengasas dan Pengarah Syarikat Verona Design Sdn Bhd. Bukan calang-calang!
Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan syarikat, dia berjaya membuktikan kemampuan diri menggenggam segulung ijazah. Meskipun sudah memiliki empayar sendiri dan dikenali dalam industri, Wan Salamatul Juita atau mesra disapa Juita tetap melanjutkan pengajian demi minat dan ilmu serta perkhidmatan terbaik kepada klien terlibat.
Yang pasti, hujung November lalu mencatat sejarah tersendiri buat Juita apabila dia berjaya meraih Master of Sustainable Landscape Management (MSLM), Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Jabatan Seni Bina Landskap, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.98!
Tidak hairanlah, Juita dipilih oleh pihak UPM sebagai antara graduan bernilai.
Ditanya dari mana datangnya semangat untuk menimba ilmu pada usia 40 tahun dan sudah pun mempunyai perniagaan sendiri, ini jawapan Wan Juita. “Anyone who keeps learning stays young. No matter how successful a person is, I believe in continues learning to upskill myself which will complement my long-term professional development.
Ads
Businesses that dedicate themselves to learning new skills will be better able to adapt to change and maintain their business under difficult circumstances in a market that is continuously evolving.
Sebagai pemilik perniagaan yang menerajui pejabat, saya menyedari kedinamikan industri ini kerana ia sentiasa berkembang dan berubah. Dalam setiap dekad akan ada cabaran baru yang akan datang.
Ads
Tetapi dalam setiap cabaran baru, apa yang kekal adalah cabaran ke arah membina dunia yang mampan dan ini adalah keperluan untuk difahami terutamanya dalam bidang landskap. ‘Therefore, the constant search of knowledge is crucial’.”
Wan Juita yang juga ibu dua orang cahaya mata menghadiri Majlis Konvokesyen UPM ke-46 sesi ketiga yang disampaikan Pro Canselor UPM, Academician Emeritus Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim.
Semoga kejayaan LAr. Juita Wan Hashim menjadi pemangkin semangat buat kaum wanita di luar sana untuk terus mengejar impian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Heboh di media sosial tentang kisah seorang isteri yang mahu dipoligami ketika baru meniti hidup sebagai isteri selama dua bulan. Malah wanita ini telah diceraikan ketika sedang mengandung dan dikatakan suaminya adalah seorang yang berpengetahuan di dalam bidang agama.
Wardina Safiyyah turut terpanggil untuk memberi komen atas isu yang melibatkan hubungan suami dan isteri ini. Komennya di laman media sosialnya, “Sebenarnya tak komen lagi bagus tapi….macam nilah…
Pada saya bukan juga soal PU or whatever Dai’ ceraikan isterinya waktu sarat TAPI si Abu miang ni dok bercinta dengan perempuan lain (tak kisahlah Janda atau tidak) lepas baru dua bulan berkahwin dan sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung. Like seriously?
Dua bulan??? Pada saya sebenarnya lagi merana hidup sekiranya terpaksa berhadapan dengan suami yang sedang angau dengan wanita lain. So memang eloklah dilepaskan. But the fact that he fell in love with another women after just 2 months of marriage is just absurd.
Buat para lelaki (tak kisahlah Ustaz ke tidak) Fitnah wanita ni memang terlalu hebat. JANGAN mula. JANGAN berani-berani tanya khabar and disguise it with something else. It’s not worth it. Not worth the heartache and emotional pain that your wife has to go through.
Tak berbaloi berantakan rumah tangga dan berpecah belah keluarga kerana seorang wanita demi mengejar nafsu yang tidak pernah kenal erti puas. Lepas tu suruh mereka sabar demi agama dan demi pahala sedang hang happy melayan nafsu. Eloklah tu…
Buat Encik Abu semoga Allah buka hati dan mata. Buat Hana Azra (yang kena sama nama dengan anak I ni kenapa *grrrr*?) benarkah anda boleh berbahagia di atas kesengsaraan wanita lain? It’s not worth it. Satu hari nanti anda akan menyesal.
Oklah sorry komen banyak sangat pasal rumah tangga orang. Cuma saya sempat check siapa Abu ni dengan dua orang rakan yang kenal beliau sebelum post ni. Now to all men, go home and for goodness sake just love your wife! Sekian.
Ustaz dan orang beragama gatal are truly disgusting...I can’t stand their jokes especially randomly dropping hints about marrying another on social media or in their ceramah…(tak class la Ustaz) not taking into account the feelings of their wives or women.
Try educating men to value and respect women instead. Above all, they think they can get away with it because they are alim, because they are men and use whatever verses or Hadith to justify their bloody ‘gatalness’. Be a man. Respect your wife first and foremost,” kongsi Wardina.
Foto kredit: Instagram @wardinasafiyyah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran Nur Dhabitah Sabri dalam arena sukan terjun di samping atlet berbakat besar seperti Dato’ Pandelela Rinong dan Datuk Leong Mun Yee terbukti berjaya melonjakkan nama negara dalam sukan berkenaan. Bakal berusia 24 tahun, Dhabitah memiliki aura tersendiri terutamanya ketika menyertai pertandingan.
Pada 2021, Dhabitah dilaporkan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pesona anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga pernah menarik perhatian media antarabangsa sewaktu temasya Sukan Olimpik Rio 2016 kerana sikapnya yang suka tersenyum!
Mengimbas kembali momen Dhabitah dalam acara sukan dunia kira-kira tujuh tahun lalu, namanya meniti di bibir peminat sukan seluruh dunia yang tertawan dengan senyuman manis atlet muda ini.
Kredit Instagram @dhabitah_sabriKredit Instagram @dhabitah_sabriKredit Instagram @dhabitah_sabri
Aura positif Dhabitah cukup menyenangkan hingga rata-rata mereka yang menyaksikan acara sukan berkenaan memuji atlet kebanggaan Malaysia ini. Menyedari namanya diperkatakan ramai waktu itu, empunya diri berkata tindakannya yang dilihat sering tersenyum sebelum dan selepas membuat terjunan adalah kerana mahu menghilangkan perasaan gemuruh.
Dilahirkan pada 12 Julai 1999, anak bongsu kepada pasangan Sabri Hashim dan Fazidah Jaafar ini mula didedahkan dengan sukan renang selepas kedua-dua ibu bapanya menyedari minat Dhabitah dalam bidang berkenaan sejak kanak-kanak lagi.
Sepanjang bergelar atlet, Dhabitah yang mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telah berjaya merangkul pelbagai pencapaian membanggakan.
Kredit Instagram @dhabitah_sabriKredit Instagram @dhabitah_sabriKredit Instagram @dhabitah_sabriKredit Instagram @dhabitah_sabri
Atas kejayaan cemerlang dalam bidang sukan, Dhabitah diberi kepercayaan membawa obor terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Lebih membanggakan, atlet ini turut menjadi antara 200 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara.
Kredit Instagram @dhabitah_sabriKredit Instagram @dhabitah_sabriKredit Instagram @dhabitah_sabri
Pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu, Dhabitah dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW). Moga kejayaan yang diraih Dhabitah terus menjadi inspirasi dan pencetus semangat buat ramai wanita untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail baharu menginjak usia 30 tahun namun terserlah kematangannya. Pernah menceburi dunia lakonan dan sempat berkarya dalam sebuah filem yang bertajuk Aku, Kau dan Dia sejurus selepas meninggalkan pentas pencarian Dewi Remaja 2009/10 seangkatan dengan selebriti Neelofa, Anzalna dan Izara Aishah.
Namun wanita kelahiran Kuala Lumpur ini nekad meninggalkan dunia lakonan yang dicintainya selepas mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan memberi tumpuan terhadap keluarga tercinta. Ketika diasak dengan pertanyaan rasa rindu dalam dunia lakonan, terang wanita tinggi lampai ini, “Tidak sekelumit pun rasa kesal meninggalkan dunia lakonan di saat mula membina nama dalam bidang itu. Bagi saya keluarga lebih penting daripada segala-galanya.
Sehingga kini jika ada yang bertanya tentang perasaan ‘rindu’ berada di lokasi penggambaran, memang ada rasa rindu tetapi untuk berkecimpung kembali dalam bidang tersebut mungkin tidak. Namun jika ada peluang dalam dunia pengacaraan mungkin saya tidak menolak. Saya teringin mencuba bidang pengacaraan ini.
Menamatkan zaman gadis dalam usia yang begitu muda sedikit sebanyak mematangkan wanita ini untuk menempuh kehidupannya. “Memang benar saya berkahwin dalam usia yang agak muda, ketika itu baharu sahaja berumur 22 tahun. Ramai juga yang bertanya tak rugi ke kahwin awal lebih-lebih lagi baru mencipta nama dalam dunia lakonan.
Saya tidak pernah menyesal berkahwin dalam usia yang begitu muda walaupun ketika itu ramai kawan-kawan yang masih eksplorasi zaman remaja. Ketika saya membuat keputusan untuk menerima lamaran suami saya memang sudah bersedia fizikal dan mental. Saya memang suka lelaki yang matang untuk membimbing sehingga ke jannah,” ungkap isteri kepada Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi yang merupakan seorang pengarang buku.
Darah diraja mengalir di tubuh muda ini setelah termeterai perkahwinan di antara kedua ibu bapanya, YAM Dato’ Sri Syed Azni Ibni Syed Putra Jamalullail, kerabat diraja Perlis dan YM Dato’ Paduka Tengku Ilham Malina Tengku Abdul Aziz, kerabat diraja Pahang. “Memang sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan protokol istana. Mungkin itu yang menyebabkan saya tidak kekok dengan adat istiadat apabila menghadiri majlis rasmi di istana. Ibu saya banyak memberi tunjuk ajar tentang adat istiadat istana ini berbanding dengan ayah.
Ibu sering mengajar kami sekeluarga tentang adat dan adap yang perlu dipatuhi. Jika terdapat sebarang majlis rasmi perlu memakai baju formal seperti baju kurung atau sopan. Ketika berada di Balai Rong Seri perlu bertudung atau sekurang-kurangnya menyarung selendang di kepala. Ayah saya lebih selesa melalui kehidupan dengan sederhana dan low profile.
Namun apabila berada di rumah kehidupan kami sekeluarga seperti juga kehidupan orang biasa lain. Segala-galanya seperti orang lain yang perlu menghadiri sekolah harian, bekerja dan sebagainya. Saya mungkin beruntung sedikit kerana berpeluang menyelami kehidupan istana dan juga golongan rakyat biasa,” bicara Datin Sharifah Zarinatasha yang merupakan bekas pelajar Sekolah Sri Aman ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.