Ibu Anak 3 & Ada Bisnes, Datin Seri Maria Farida Kekal Cantik Usia 52

Memiliki seraut wajah yang cantik dan lembut serta pesona yang tersendiri membuatkan Datin Seri Maria Farida Atienza berada dalam kelas yang tersendiri. Bakat lakonan yang cemerlang membuatkan pelakon ini kekal relevan sehingga sekarang. Bukan mudah untuk berjaya kekal dalam industri seni yang sentiasa menerima bakat baru bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Foto: Instagram @mariafarida

Meniti usia 52 tahun, penampilan Datin Seri Maria jauh daripada usianya yang sebenar. Mungkin ramai yang berkata dalam gambar atau foto yang dikongsi olehnya dalam media sosial boleh disunting. Namun, apabila dapat peluang bertentang mata dengan wanita kacukan Filipina-Melayu ini memang tak berkelip mata memandang. Walaupun lebih selesa tampil ringkas tetapi aura dimilikinya mampu mengalahkan anak dara.

Foto: Instagram @mariafarida

RAHSIA AWET MUDA
Salah satu rahsia awet muda yang diceritakan oleh Datin Seri Maria adalah melalui warisan keluarganya. Datin Seri Maria bersyukur kerana lahir dalam sebuah keluarga yang memiliki wajah baby face.

“Saya juga beruntung kerana tak ada masalah kulit. Sebenarnya dahulu saya tidak menjaga kulit dengan begitu serius. Namun, bila usia dah meningkat 50 tahun dan mula bila lihat perubahan ketara pada kulit saya jadi risau.
Foto: Instagram @mariafarida
Foto: Instagram @mariafarida

Sejujurnya, saya tak ada rutin penjagaan kulit kerana kulit saya sangat sensitif. Saya tak boleh guna produk yang diaplikasi ke kulit. Jika salah produk akan keluar ruam atau kulit jadi gatal. Cara saya menjaga kecantikan kulit adalah membersihkan kulit dengan tisu basah sahaja itu pun jenama tertentu sahaja,” kata Datin Seri Maria.

Tambahnya lagi, “Walaupun begitu saya tetap jaga pemakanan dan cuba dapat cukup tidur dan cukup minum air. Saya juga ada ambil vitamin mengikut keperluan tubuh dan kalau nak cantik dan kekal awet muda tak boleh hisap rokok sebab nanti kulit kita akan kusam.

Foto: Instagram @mariafarida

Benda-benda macam tu saja yang saya amalkan. Satu lagi tip tak nak nampak kedut di wajah, cuba jangan gelak. Kalau gelak nanti keluar semua kedut, maintain buat muka vogue saja,” ucap isteri kepada Datuk Seri Abdul Rahman Shakur ini sambil tersenyum.

KELUARGA
Jelas terpancar kebahagiaan ibu kepada tiga orang anak ini. Namun, Datin Seri Maria dikatakan ‘menyorok’ anak-anaknya lantaran jarang berkongsi di laman media sosialnya. “Saya tak pernah sorok gambar anak-anak. Anak sulung saya dah berusia 24 tahun yang nombor dua berusia 16 tahun dan yang kecil sekali dah 12 tahun.

Foto: Instagram @mariafarida
Foto: Instagram @mariafarida

Saya ada share gambar mereka tapi tak selalu sebab anak-anak saya susah nak senyum. Bila saya keluarkan kamera masing-masing akan buat muka sampai saya jadi fed-up nak ambil gambar dengan mereka. Ada time yang dorang bermuka ‘normal’ baru saya masukkan dalam instagram,” kongsi Pengasas dan Pengarah MF Cosmétique ini sambil tertawa.

Foto: Instagram @mariafarida
Foto: Instagram @mariafarida
Foto: Instagram @mariafarida

Beruntung anak-anak Datin Seri Maria memiliki ibu yang cantik. Tentu Datin Seri Maria turut menekankan rutin kekal sihat dan cantik dengan anak-anaknya. “Memang hari-hari saya akan membebel kat rumah. Saya minta mereka makan sayur dan minum air kosong kalau tak mereka suka minum air berkarbonat, makan coklat dan junk food

.

Sekarang saya strict sikit tak benarkan mereka ambil junk food, asam dan makanan segera. Saya cuba bagi mereka healthy meal seperti home cooked food dan sayur. Saya paksa mereka makan dan minum air kosong. Kids nowadays memang macam tu,” ucap Datin Seri Maria mengakhiri perbualan kami.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed