Ibu Anak 5 Makin Cantik Pada Usia 50, Wajah Terkini WILMA MUHAMMAD Raih Perhatian

Masih ingat lagi filem Ghazal Untuk Rabiah yang popular sekitar tahun 90an dulu?

Wilma Muhammad merupakan pelakon utama filem ini bergandingan pula dengan hero kacak, Jamal Abdillah.

Siapa yang tidak kenal dengan Wilma aktres dan model kelahiran Lahad Datu, Sabah yang suatu ketika dulu cukup terkenal dengan imej seksi dan menggoda dalam drama mahupun filem.

Selain Ghazal Untuk Rabiah, Wilma turut membintangi filem Pasrah sekitar tahun 2000.

KEKAL CANTIK
Terbaharu, menerusi Instagram peribadi Wilma memuat naik satu hantaran penampilan terkininya yang masih kelihatan cantik serta langsing.

Sekilas pandang nampak seperti baru berusia 30an je, kan?

Namun siapa sangka, usia sebenar ibu anak lima ini dah mencecah 50 tahun! Memang awet muda betul. Paling tertarik bila melihat senyuman Wilma yang sangat menawan.

Posting Wilma di Instagram dengan kapsyen “Syukur Alhamdulillah” telah meraih pujian daripada para pengikut serta peminatnya yang teruja dengan kecantikannya.

“Sweet as always.”

“Love sangat dari dulu cantik.”

“MasyaAllah cantiknya sis pakai tudung.”

“Still maintain sweet as before.”

“Lama tak nampak..Wilma makin cantikkk..”

Memetik perkongsian Wilma suatu ketika dulu di saluran YouTube Zayan My slot Kisah Inspirasi, dia mendedahkan bagaimana kisah penghijrahannya bermula dari seorang yang berimej seksi sehinggalah berkahwin dan bertudung.

“Selepas berkahwin saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup. Mahu lebih fokus pada suami, anak-anak dan keluarga.

“Saya tak suka bertudung. Dari sekolah sampailah masuk universiti saya cakap tidak akan pakai tudung. Kawan-kawan termasuk rakan-rakan artis juga tahun tak mungkin saya akan pakai tudung.

“Tapi bila saya pakai tudung, semua terkejut. Mana tidaknya, dari seksi yang teramat dan sekarang ni berubah 360 darjah,” katanya seperti yang dipetik.

Wilma kehilangan suami (pertama) pada 2011 kerana serangan jantung.

Dalam masa yang sama, Wilma memberitahu dia pernah bermimpi arwah suaminya itu.

Ulas Wilma lagi, dia selalu berdoa agar Allah SWT kuatkan imannya untuk terus istiqamah.

Untuk info, Wilma berkahwin buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada Jun 2012. Semoga Wilma kekal bahagia dan tenang bersama keluarga tersayang.

Kredit Foto: Instagram Wilma Mohammad

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad