Wanita bergelar ibu memikul tanggungjawab sungguh berat. Tugasnya bagai tak pernah habis dari hari ke hari. Wanita selalu di sebut lemah tetapi cinta yang telah membuatkan mereka lebih kuat dari sesiapa pun.

Dalam perkongsian Ustaz Ebit Lew dalam laman Instagram, cukup terkesan di sudut hati apabila mengenangkan kerjaya paling berat tetapi mulia di dunia. Katanya, kerjaya sebagai ibu ayah tiada gaji. Ia adalah kerja paling berat tetapi paling mulia di dunia. Ia juga adalah amanah dari Allah.

Ads

“Hargailah ibu ayah. Ucapkanlah sayang kepada mereka. Jika kita sudah menjadi ibu ayah, berilah kasih sayang dan masa untuk membimbing anak-anak.

https://www.instagram.com/p/BvNhvnFFjaY/?utm_source=ig_web_copy_link

 

Menjadi ibu khususnya satu pekerjaan yang tidak ada titik nokhtah. Pekerjaan yang tidak ada cuti, tidak ada MC jauh sekali untuk berhenti. “Kerja ini duit tak dapat, gaji tak dapat. Tak ada istilah sakit dalam kerja ni. Bila dapat saja kerja bila umur bertambah,kerja dia pun bertambah. Kalau usianya 100 tahun, 100 tahun dia akan sayangkan kita,”katanya.

Melafazkan kerinduan pada suri hatinya yang menguruskan rumah tangga 24 jam sehari serta menjaga anak-anak tanpa rehat mencukupi, sama seperti semua isteri dan ibu di dunia. Dia memuji kekuatan yang ada dalam diri seorang wanita bergelar isteri dan ibu.

 

https://www.instagram.com/p/Bm4wvGKHCj1/?utm_source=ig_web_copy_link

 

Dalam ceramahnya lagi, Ustaz Ebit turut berkongsi rasa kerinduan yang teramat terhadap Allahyarham ibunya. Pernah sewaktu hari lahirnya, Ustza Ebit cuba menghubungi arwah ibunya dari Bangladesh hanya semata-mata untuk mendengar ucapan paling berharga. “Ebit, selamat hari lahir. Mak sayang dekat Ebit. Ucapan yang sangat saya rindui hingga sekarang,”katanya.

 

 

https://www.instagram.com/p/BvP9D6SlraP/?utm_source=ig_web_copy_link

 

Ads

Pesan Ustaz Ebit, “Ucapkanlah sayang dan hargailah selagi ada kesempatan. Selalu doakan mereka. Rindunya nak menangis sebab dah tak dengar suara itu lagi dalam hidupku ini. Terima kasih Allah pinjamkan wanita yang sangat baik dalam hidupku. Semoga satu hari nanti, di sana, ku ingin ucapkan sayang dan terima kasih padanya.”

Tips Hargai Ibu

  •  Katakan lebih daripada terima kasih: Seandainya ibu membuat sesuatu untuk anda, ucapkan terima kasih dan perincikan mengapa terima kasih itu diungkapkan kepanya. Ukirkan senyuman manis untuknya agar dia tahu anda betul-betul menghargai pertolongannya.

 

  • Nyatakan betapa nasihatnya sangat membantu: Terlalu banyak pesanan ibu buat anak-anak. Beritahu padanya secara spesifik, bagaimana nasihat itu membantu mengubah hidup anda. ibu-ibu suka dipuji dan dia pasti gembira!

 

  • Hubungi ibu di saat di tengah-tengah kesibukan kerja anda : Sesuatu yang tidak disangka seringkali menjadi kejutan paling istimewa. Apakata anda hubungi ibu ketika anda sedang bekerja, contohnya pada waktu pagi. Beritahu ibu betapa beruntungnya anda dilahirkan dan dibesarkan ibu yang sehebatnya.

 

  • Memasak untuk ibu: Apa salahnya jika sesekali ketika anda berkunjung ke rumahnya, anda sendiri yang memasak hidangan kegemarannya. Makan bersama-sama dan bersembanglah dengan ibu kerana dia pasti ingin mendengar setiap perkara yang sedang berlaku dalam hidup anda, meskipun anda sudah berkahwin!

 

Ads
  • Menjadi pendengar: Jadilah pendengar setia ibumu. Jika sebelum ini hanya ibu yang mendengar setiap keluh resahmu, kali ini pinjamkan bahu dan telinga anda untuk mendengar ceritanya pula.

 

  • Tinggalkan nota: Sesuatu yang jarang atau tidak pernah anda lakukan bukan? Sebelum anda pulang ke rumah sendiri selepas menziarahinya, tinggalkan nota istimewa di meja soleknya. Ungkapan yang ringkas dan paling bermakna seperti “Ibu, terima kasih di atas kasih sayangmu. Saya sayangkan ibu dunia dan akhirat” pasti membuatkannya tersentuh.

 

Sumber video: Instagram Ustaz Ebit Lew

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI