Ibu hamil sememangnya kerap mengalami kekejangan atau kebas di bahagian kaki sepanjang tempoh kehamilan. Meskipun ia bukan perkara asing namun situasi ini harus diambil perhatian terutamanya apabila anda tiba-tiba merasa nyeri atau kebas di sekitar pergelangan tangan. Jika ini yang berlaku, ia petanda Carpal Tunnel Syndrome (CTS).
CTS adalah keadaan apabila tangan dan jari mengalami sensasi rasa kebas yang lazimnya terjadi di kawasan jari tengah dan telunjuk. Saraf median berfungsi memberi tenaga pada otot tangan untuk mengangkat atau mencubit benda menggunakan jari. Kegagalan saraf ini bertindak dengan baik membuatkan ibu hamil sukar untuk mencapai sesuatu barang atau hilang tenaga untuk menggenggam barang sekali gus terdedah untuk menjatuhkan barang yang berada di tangan.
GEJALA CTS
CTS menyerang tanpa mengira waktu. Kebiasaannya, ia dialami ketika ibu hamil menghampiri trimester kedua atau ketiga iaitu apabila terjadinya peningkatan cairan dalam tubuh dan pembengkakan di pergelangan tangan. Selain akan merasa kebas pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah, ada juga di kalangan ibu hamil yang turut merasai ketidakselesaan tersebut hingga ke lengan, siku dan salah satu tangan atau kedua-duanya.
Antara risiko yang meningkatkan gejala CTS ini termasuk:-
TRIK MELEGAKAN CTS
Tiada ubat yang khusus untuk merawat gejala ini sebaliknya CTS akan hilang secara perlahan dan sendirinya selepas melahirkan anak. Namun, jika anda masih mengalami situasi berulang segera dapatkan rawatan ke hospital.
This website uses cookies.