Penyanyi Wany Hasrita yang cukup dikenali menerusi lagu Menahan Rindu dan Canggung selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan pada petang Sabtu.
Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, berkongsi khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad dengan sebuah foto menyaksikan gambar anak perempuannya yang sedang mengenggam tangan Wany.
Walau bagaimanapun wajah dan nama anak masih belum ditunjuk dan dimaklumkan kepada umum.
Menerusi kepsyen berkenaan, Wany berharap agar anak sulungnya menjadi pengikat kasih sayang antara dia dan suami iaitu Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31.
Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.
“Membesar dgn sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu lebiu,” tulisnya. Untuk rekod, Wany dan suami mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.
Di ruangan komen pula gambar berkenaan sudah mula dibanjiri dengan ucapan-ucapan dari rakan-rakan artis dan peminat Wany.
Tahniah NONA ucapkan kepada Wany dan suami. Semoga anak membesar sihat dan menjadi insan yang boleh dibanggakan.
“Soal Dilamar Bukan Main-Main”. Datuk Seri Vida Terima Bingkisan Berbalut Kain Songket. Peminat Berteka-Teki Vida Dilamar?
Sebuah video memaparkan usahawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Vida menerima bungkusan menjadi bualan para netizen di laman Instagram hari ini.
Mana tidaknya, bingkisan yang dibungkus kemas bagaikan hantaran itu dibalut dengan sehelai kain songket tampak mewah dan eksklusif! Kelihatan usahawan tersebut seakan terkejut menerima bungkusan hadiah tersebut bila disogokkan dengan kata-kata berbau lamaran.
“Saya dilamar?Siapa yang lamar? Jangan main-main terkejut!. Bab lamar-lamar ni sensitif,”ujarnya sambil membuka bungkusan yamg diterimanya itu.
Melihat ruangan komen di video tersebut,rata-rata peminat menzahirkan rasa gembira andainya usahawan yang popular dengan lagu Ku Ikhlaskan itu menerima lamaran setelah melalui kegagalan dalam beberapa perkahwinan terdahulu.
Vida pernah menzahirkan hasrat untuk berkahwin lagi dan pernah memberi kenyataan pernah melakukan solat istiqarah dan berdoa untuk dipertemukan jodoh.
Malah usahawan terkenal itu pernah membuat kenyataan akan membuat ‘check up’ (pemeriksaan kesuburan) untuk memastikan dirinya boleh melahirkan zuriat sekiranya dipertemukan jodoh. Apa-apapun, segalanya masih menjadi tanda-tanya!
Amalkan Makan 10 Makanan Ini Untuk Kuatkan Antibodi Badan, Boleh Elak Penyakit Merbahaya!
Antibodi dihasilkan secara semulajadi didalam badan tubuh badan setiap manusia untuk melawan serangan jangkitan penyakit dan membunuh bakteria merbahaya bagaimanapun semakin berusia kita, penghasilan antibodi ini menjadi semakin berkurangan.
Kekurangan antibodi menyebabkan tubuh kita tidak mampu melawan serangan jangkitan dengan berkesan lagi. Sekali sistem kekebalan tubuh itu menurun, pintu akan terbuka luas untuk ribuan mikrob masuk dan menyerang tubuh kita dan salah satu “pengawal” kekebalan tubuh adalah selenium.
Selenium adalah salah satu zat yang paling ampuh bagi radikal bebas yang kita sebut antioksidan. Selenium sangat penting untuk mengeluarkan enzim kuat disebut glutathione peroksidase, yang penting dalam detoksifikasi racun dalam tubuh.
Kekurangan selenium menyebabkan daya tahan yang lemah terhadap virus dan bakteria dan mengurangkan aktiviti T-sel dan pengeluaran antibodi. Dari mana sumber selenium? Berikut ini adalah makanan di sekitar kita yang mengandungi selenium tinggi:
1. Bawang Putih
Bawang putih telah lama digunakan sebagai penguat sistem imun kerana kandungan nutrisinya, anti-kulat dan antiseptik. Penelitian menunjukkan, jika dimakan mentah, bawang putih mampu memberikan perlindungan terhadap penyakit, batuk dan jangkitan pada dada.
Ini disebabkan bawang putih merupakan sumber tinggi vitamin (C, B1, dan B6), mineral (fosfat dan zat besi) dan sulfoksida yang diketahui akan kemampuan antibakterianya.
2. Daging Lembu
Kekurangan zat besi merupakan salah satu kekurangan gizi yang paling umum pada orang dewasa Amerika, terutama bagi vegetarian dan orang yang mengurangkan pengambilan daging lembu, sumber utama mineral ini yang memperkuat kekebalan.
Kekurangan zat besi dalam taraf ringan saja dapat meningkatkan risiko jangkitan. Zat besi dalam makanan sangat penting untuk perkembangan sel-sel darah putih, sel-sel sistem kekebalan tubuh yang berfungsi mengenali dan membunuh bakteria, virus dan pelbagai penyakit lain.
3. Buah Dan Sayuran
Buah dan sayuran memiliki kandungan tinggi nutrisi penguat imunisasi seperti vitamin C dan bioflavonoid. Vitamin C meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang berfungsi sebagai pencegah jangkitan dan antibodi.
Kandungan ini mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik) sehingga menurunkan risiko serangan penyakit kardiovaskular. Selain itu, kandungan phytonutrient melindungi sel tubuh dari sejumlah polutan tubuh berbahaya. Ianya sangat bermanfaat bagi fungsi jantung. Sementara kandungan vitamin E yang dimilikinya membantu meningkatkan tindak balas imun.
Mekanisma utamanya adalah dengan menstimulasi penghasilan sel yang mampu menghilangkan sel kuman berbahaya dan sel kanser di dalam tubuh. Bergantung gaya hidup seseorang, dos harian nutrisi yang diperlukan adalah berbeza-beza. Orang dengan gaya hidup pasif dan tingginya pengambilan alkohol akan memerlukan lebih dari 100-400 miligram sehari.
4. Bayam
Bayam adalah salah satu makanan yang harus anda makan secara teratur. Folat adalah salah satu dari zat kimia yang ditemui pada bayam. Folat diperlukan untuk produksi dan pemeliharaan sel-sel baru, untuk sintesis DNA dan RNA, serta untuk mencegah perubahan DNA dan dengan demikian, untuk mencegah kanser. Makanlah bayam mentah atau dimasak sebentar untuk mendapatkan manfaat yang terbaik.
5. Buah Jambu
Vitamin C adalah antioksidan yang diketahui berfungsi melawan jangkitan dan membuatkan anda tetap sihat. Vitamin C meningkatkan sistem kekebalan tubuh dengan meningkatkan pengeluaran sel darah putih dan antibodi, zat penting untuk respon kekebalan.
Vitamin C juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser. Makanlah buah-buahan seperti betik, tembikai, anggur, epal, kurma dan sebagainya setiap hari terutamanya jambu batu yang paling tinggi vitamin C antara semua buah.
6. Brokoli
Brokoli memiliki kandungan vitamin A dan D yang tinggi. Para pengkaji di University of California, Berkeley menemui bahawa diindolylmethane (DIM), suatu zat yang ditemui dalam brokoli benar-benar menghentikan pertumbuhan sel kanser tertentu.
7. Kentang
Kentang berfungsi sebagai benteng pertama terhadap bakteria dan virus yang tak diingini.
Untuk tetap kuat dan sihat, kulit memerlukan vitamin A. Salah satu cara terbaik mendapatkan vitamin A adalah dari makanan yang mengandungi beta-karoten (seperti kentang manis) yang diubah oleh tubuh menjadi vitamin A.
8. Tembikai
Kaya kandungan air dan menyegarkan, tembikai masak juga memiliki banyak mengandungi antioksidan yang kuat, glutathione. Diketahui sangat membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh untuk melawan jangkitan.
9. Gandum atau Wholemeal Grain
Beras merah, oats, barley dan jenis gandum lainnya tinggi kandungan serat, protein, dan antioksidan. Ramai pakar pemakanan menyatakan bahawa gandum memberi lebih banyak kandungan gizi penting dibandingkan beras olahan seperti tepung biasa.
Oleh itu, disarankan agar kita menggantikan segala bentuk beras atau tepung dengan jenis Wholemeal Grain untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh.
10. Kekacang
Sumber kekacang pula sangat bermanfaat bagi fungsi jantung. Sementara kandungan vitamin E yang dimilikinya membantu meningkatkan respon imun. Mekanisme utamanya adalah dengan menstimulasi produksi sel yang mampu menghilangkan sel kuman berbahaya dan sel kanser dalam tubuh.
BIPASHA BASU Kini Seorang Ibu Di Usia 44 Tahun, Bersalin Anak Perempuan Devi Basu Singh Nama Diberi
Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal Bollywood, Bipasha Basu yang baru saja melahirkan anak sulungnya, perempuan yang diberi nama Devi Basu Singh Glover. Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri oleh Bipasha menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya. Hanya berkongsi tapak kaki anaknya, Bipasha turut menulis kepsyen ‘Diberkati’ menyatakan kesyukuran mereka terhadap cahaya mata yang baru lahir.
Hamil anak pertama di usia 43 tahun, Bipasha Basu dan Karan Grover mengumumkan mereka bakal menjadi ibu bapa pada bulan Ogos selepas melayari perkahwinan selama 6 tahun. Ini merupakan perkahwinan kali pertama buat Bipasha dan ketiga buat Karan.
Bipasha dan Karan berkahwin pada tahun 2016 selepas menjalinkan hubungan ketika pengambaran filem Alone setahun sebelumnya. Sebelum ini Bipasha pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon-pelakon tampan Bollywood seperti John Abraham dan Dino Morea.
Bipasha, bekas model memulakan perjalanan karier seninya di dalam dunia Bollywood buat pertama kali selepas membintangi filem Ajnabee pada tahun 2001. Manakala Karan pula juga merupakan model dan pelakon popular membintangi filem-filem seperti Hate Story 3 dan Qubool Hai.
Menjengah ke hantaran di Instagram, ramai rakan-rakan artis serta peminat Bipasha yang teruja dengan khabar gembira yang dikongsikan.
Walaubagaimanapun, sehingga kini Bipasha dan suami masih lagi tidak mendedahkan wajah comel anak mereka. Diharapkan dapatlah kita semua melihat wajah anak mereka nanti tak lama lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***