Tertanya-tanya dalam hati, apalah yang dilakukan sehingga sakit pinggang begitu rupa. Hendak dikatakan mengangkat barang terlalu berat tidak juga dan melakukan kerja berat jauh sekali.

Adakah kemungkinan sakit pinggang ini akibat mengandung atau melalui proses kelahiran yang panjang? Atau adakah benar sakit pinggang yang menyerang wanita muda sebelum usia 40-an berpunca daripada proses mengandung atau kelahiran?

IKLAN

Memang benar melalui proses mengandung selama sembilan bulan boleh mengakibatkan sakit pinggang. Rasa sakit pinggang ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur ibu yang hamil. Sakit pinggang atau sakit di bahagian bawah tulang belakang semasa mengandung adalah berkaitan dengan beberapa faktor.

Ada sesetengah wanita mula mengalami sakit belakang di awal kehamilan lagi. Wanita yang lebih berisiko untuk sakit belakang adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau telah mempunyai sakit sebelum kehamilan.

Ibu Muda Kerap Sakit Pinggang, Benarkah SUNTIKAN EPIDURAL Sebab Utamanya?

Berikut adalah senarai perkara yang berpotensi menyebabkan sakit belakang semasa mengandung:

(a) Peningkatan hormon 

Hormon yang dikeluarkan semasa mengandung membolehkan ligamen di bahagian pelvis menjadi lembut dan sendi menjadi longgar sebagai persediaan untuk proses kelahiran. Perubahan pada sendi tulang belakang dan pelvis ini, melonggarkan ligamen dan menjejaskan sokongan yang asal.

(b) Pusat graviti

Pusat graviti anda secara beransur-ansur akan bergerak ke hadapan dengan pembesaran saiz rahim dan bayi, ini menyebabkan postur tulang belakang berubah.

(c) Peningkatan berat badan 

Proses kehamilan dan pembesaran bayi meningkatkan berat badan dan ini menjadi beban tambahan yang perlu ditampung oleh tulang belakang dan pelvis.

(d) Postur atau kedudukan 

Postur yang tidak baik, berada dalam kedudukan berdiri dan membongkok yang lama boleh mencetuskan atau meningkatkan kesakitan yang anda alami di pinggang/belakang anda.

IKLAN

(e) Pemisahan otot 

Semasa rahim mengembang, dua kepingan otot selari (otot rectus abdominis), yang berlangsung daripada tulang rusuk ke tulang pelvis, terpisah daripada bahagian tengah. Pemisahan ini boleh memburukkan lagi sakit belakang.

(f) Tekanan

Tekanan emosi boleh menyebabkan ketegangan otot belakang, mengakibatkan rasa sakit belakang. Anda mungkin mendapati bahawa anda mengalami peningkatan dalam sakit belakang semasa mengalami tekanan.

Sakit Pinggang Kerana C-Sect?

IKLAN

Ramai di kalangan wanita yang melahirkan anak secara pembedahan sering mengadu sakit pinggang, adakah kaedah pembedahan tersebut yang menjadi punca kepada sakit pinggang?

Ibu Muda Kerap Sakit Pinggang, Benarkah SUNTIKAN EPIDURAL Sebab Utamanya?

Pengalaman bersalin melalui pembedahan tidak ada kaitan dengan sakit pinggang. Banyak perubahan fizikal yang boleh menyebabkan sakit belakang atau pinggang semasa mengandung boleh menyumbang kepada sakit pinggang selepas bersalin juga.

Perubahan ini tidak hilang dalam sekelip mata. Jadi pinggang anda boleh terus sakit sehingga otot anda mendapatkan semula kekuatan dan tona asal dan sendi anda menjadi kurang longgar dan kemas semula.

Sakit belakang juga boleh berlaku akibat proses bersalin yang panjang atau sukar. Semasa proses bersalin berlaku penggunaan otot yang biasanya tidak digunakan. Akibat daripada itu ibu akan merasa kesannya untuk beberapa ketika. (Jika mengambil epidural, boleh merasa ketidakselesaan di tempat analgesia epidural untuk beberapa hari selepas melahirkan anak, tetapi ia tidak seharusnya menyebabkan sakit belakang atau pinggang.)

Wanita yang mengambil epidural sering menyalahkan proses ini sebagai salah satu punca sakit pinggang. Benar atau tidak epidural menyumbang kepada sakit pinggang?

Kajian awal telah mencadangkan bahawa analgesia epidural semasa proses bersalin boleh dikaitkan dengan peningkatan insiden sakit belakang selepas bersalin. Walau bagaimanapun, kajian-kajian ini adalah kajian retrospektif dan reka bentuk metodologi yang kurang baik. Semua kajian yang lebih baik diterbitkan selepas itu menghasilkan keputusan yang sama iaitu  tidak ada hubungan di antara analgesia epidural dan sakit belakang selepas bersalin dalam jangka masa panjang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI