Ibu PALING SUSAH TIDUR MALAM, Sehingga Mark Zuckerberg CIPTA SLEEP BOX Untuk Bantu Isteri TIDUR LENA!

Selepas seharian penat menguruskan kerja-kerja di pejabat dan menyiapkan anak-anak serta suami di rumah, waktu tidur malam paling dinanti-nantikan. Masalahnya, ada di antara ibu-ibu yang susah tidur lena.

Usahawan teknologi atau lebih dikenali sebagai orang yang sedang mengepalai laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg menyedari masalah dihadapi isterinya, Priscilla Chan yang sukar tidur lena kerana terlalu risau anak-anak akan terjaga dari tidur.

“Dia akan terjaga dari tidur dan memeriksa jam pada telefon untuk melihat sama ada anak-anak akan bangun dari tidur. Akirnya dia akan sukar untuk tidur semula,” kata Zuckerberg.

Untuk mengatasi masalah ini, Zuckerberg mencipta ‘sleep box’, sebuah kotak kayu kecil dengan lampu malap yang akan berfungsi pada tetap waktu yang dikehendaki. Priscilla akan terjaga dan bila dia melihat cahaya lampu malap, dia akan tahu sama ada ia adalah waktu yang OK untuk salah seorang daripada pasangan ini untuk bangun dari tidur dan mendapatkan dua anak mereka.

“Kotak itu bukan jam, dan ia tidak menunjukkan masa kepada Priscilla sehingga memaksanya untuk terjaga dan sukar tidur semula. Kotak ini berfungsi dengan sangat baik, lebih dari apa yang saya harapkan kerana Priscilla kini boleh tidur lena sepanjang malam!

Sebagai jurutera, mencipta alat yang boleh membantu pasangan saya tidur lebih baik adalah cara terbaik untuk saya melahirkan rasa sayang dan penghargaan.” kata Zuckerberg.

Tips tidur lena:

  1. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
  2. Malapkan lampu seeloknya selepas jam 9 malam.
  3. Tutup semua peralatan gajet anda termasuk komputer riba dan tablet untuk menghalang sinaran cahaya mengganggu waktu tidur anda.
  4. Elakkan mengambil minuman berkafein.
  5. Senaraikan masalah yang membelenggu fikiran anda. Sediakan penyelesaiannya sebelum anda masuk tidur.
  6. Sesuaikan bilik dengan suhu yang sesuai dengan tubuh agar badan lebih rilex dan tenang.
  7. Buat senaman ringan atau aktiviti regangan otot yang ringkas sebelum tidur. Cukup sekadar untuk membiarkan tubuh lebih lega.
  8. Mandi air panas sebelum tidur.
  9. Gunakan masa sebelum tidur untuk membaca buku. Selain membuatkan anda cepat mengantuk, anda juga dapat menimba ilmu!
  10. Elakkan minum minuman beralkohol pada waktu petang supaya ia tidak mengganggu waktu tidur anda.
Share
Published by
KR