Ibu Zul Ariffin Kembali Ke Rahmatullah Akibat SERANGAN JANTUNG, Al-Fatihah

Berita pemergian ibu kepada pelakon Zul Ariffin, Robiah Nasir atau Aunty Ruby benar-benar mengejutkan peminat jejaka sasa tersebut.

Allahyarhamah Aunty Ruby dikhabarkan meninggal dunia kira-kira jam 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi akibat serangan jantung.

Nafas terakhirnya dihembuskan di kediaman kakak Zul Ariffin di Sungai Penchala, Damansara. Sumber Astro Gempak menyatakan, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur sebentar lagi, selepas disembahyangkan di masjid Sungai Penchala.

Nona ingin merakamkan ucapan takziah kepada Zul Ariffin dan keluarganya di atas kehilangan ini. Seperti yang diketahui ramai, mereka sekeluarga sangat rapat terutama sekali Zul sendiri yang merupakan anak bongsu.

Masih terasa keakraban dua beranak ini apabila Nona flashback semula video ni. Sememangnya Zul seorang anak yang manja dan sering membawa ibunya ke majlis-majlis penting.

Rakaman video Nona bersama Zul Ariffin di bawah ini diambil pada 29 Ogos lalu sempena promosi filem Tombiruo di Karangkraf. Al-Fatihah buat Aunty Ruby. Norzalina Mohd Alias

Share
Published by
Norzalina