DOA AZ, sebuah jenama yang dihasilkan oleh pempengaruh Tiktok dan Instagram, AZ pemurah mengimbangi idealogi serta pemintaan fesyen masa kini telah melancarkan koleksi tudung terbaru diberinama Gempak Raya.
Minat pengasas yang mendalam dalam bidang fesyen telah menjadi dorongan utama dalam penjanaan setiap rekaan tudung. Kerjasama AZ Pemurah dengan perancang fesyen berjaya sebelum ini telah menghasilkan lebih daripada 181 rekaan, membentuk 18 koleksi pertama DOA AZ.
Koleksi terbaru yang dilancarkan terdiri dari 20 rekaan menawan ini dihasilkan dari material premium cotton voile yang eksklusif, sekaligus menawarkan kemasan laser cut yang berbeza bagi setiap edisi. Tudung bawal segi empat tepat (square) dengan corak yang menarik dan trendy ini juga sesuai dikenakan dengan apa saja gaya memastikan semua pemakai “Beraya Bak Dewi” Aidilfitri nanti.
Selesa, mudah digosok malah senang dibentuk mengikut citarasa, setiap satu design berukuran 115cm x115cm bertemakan menu-menu tradisi yang kebiasaanya dihidang pada Aidilfitri nanti, antaranya dendeng, laksa, satay, rending, nasi impit, pulut kuning, ketupat, bihun sup, lontong dan banyak lagi.
Sejajar dengan aspirasi ini, AZ Pemurah mengambil pendekatan serius untuk memperluaskan empayar perniagaannya dengan penghasilan produk tudung di bawah jenama DOA AZ.
Tujuan utama DOA AZ ditubuhkan bagi membantu golongan yang memerlukan di samping memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat melalui inisiatif kebajikan yang berkekalan sesuai dengan slogan kami, DOA AZ PERJUANGAN UNTUK SEMUA.
Ditanya kenapa masih menyembunyikan wajah serta identiti beliau, pengasas AZ Pemurah atau lebih mesra dikenali Kak AZ menegaskan apa yang diperjuangkan adalah untuk mengelakkan perasaan riak atau ‘show off’ ketika bersedekah dan menyantuni mereka yang kurang berkemampuan.
“Kalau niat kita baik, Allah akan bantu. Saya tak kisah walaupun ramai yang pandang negatif. Saya bersedekah pun memang ramai saja yang kecam mempersoalkan kenapa perlu buat content semua. Tujuan saya rekod adalah kerana di Malaysia dah terlalu ramai orang kaya. Jadi apa yang kami lakukan adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang-orang yang berkemampuan untuk banyakkan bersedekah. Sumpah tiada niat langsung untuk menunjuk-nunjuk,” jelas Kak AZl agi.
Tak lokek berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, siapa menyangka individu di sebalik setiap rakaman adalah suaminya sendiri, yang mesra di sapa Ben. Ditanya bagaimana AZ Pemurah bersaing dengan usahawan-usahawan tudung bawal yang lain yang sudah lama berada di pasaran, ini respon Kak AZ.
“Saya tak bersaing dengan siapa-siapa. Saya tak pernah risau, dan saya percaya pada rezeki Allah. Saya juga yakin dengan penghasilan tudung ini dapat membantu lebih ramai orang.” Jelas Ben lagi, mereka percaya andai banyak bersedekah, Allah akan bagi lebih banyak.
Yang menariknya, gimik pelancaran turut menyaksikan kesemua model menaiki 11 supercar dan seterusnya memperagakan koleksi tudung Gempak Raya. Malah majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran penyanyi Bella Astillah menghiburkan pada tetamu.
DOA AZ juga menerapkan kepada semua para membeli dengan amalan membeli sambil bersedekah, di mana 30% daripada hasil keuntungan DOA AZ akan diagihkan bagi membantu lebih ramai individu yang memerlukan di luar sana.
Setiap satu dari koleksi ini dijual pada harga mampu milik, hanya RM29 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM31 untuk Sabah & Sarawak. Koleksi ini kini boleh dimiliki menerusi reseller-reseller DOA AZ yang berdaftar.