Suami kepada penyanyi veteran, Salamiah Hassan iaitu Gerry Hughes dikhabarkan meninggal dunia pagi semalam.
Menerusi laporan Harian Metro, berita sedih itu disahkan anaknya yang juga penyanyi Atilia Haron, hari ini. “Kami sekeluarga menerima berita pemergian Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.
“Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-fatihah,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Atilia, dia tidak dapat berkongsi punca kematian Allahyarham kerana masih menunggu perkembangan daripada ibunya.
Terdahulu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Gelombang dan Menghitung Hari itu melangsungkan pernikahan dengan Hughes yang berasal dari Liverpool, England dan menetap di Australia pada 1 September lalu.
Salamiah dan Hughes yang juga kenalannya sejak 15 tahun lalu dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Sumber: HARIAN METRO