Kagum betul melihat semangat dan kesungguhan seorang wanita yang bergelar isteri menempuh pelbagai cabaran demi membantu suami menambah pendapatan keluarga. Lebih-lebih lagi ketika pandemik sekarang, ramai yang terkesan dari segi pendapatan. Walau apa pun kerjaya mereka, setiap wanita punya kekuatan yang luar biasa. Tak mudah mengalah walau sering dilabel dengan panggilan cliche ‘wanita itu lemah’.

Ads

Buktinya kini ramai wanita yang bangkit demi kelangsungan hidup keluarga. Malah, ada yang bergelar jutawan tidak kiralah yang bergelar isteri mahupun ibu tunggal. Rezeki Allah tak salah alamat. Dia akan beri kepada mereka yang ikhlas berusaha.

Ikhtiar Cari Rezeki Bantu Suami, NADIA Pilih Bekerja Sambil Berniaga Barang Keperluan COVID-19Ikhtiar Cari Rezeki Bantu Suami, NADIA Pilih Bekerja Sambil Berniaga Barang Keperluan COVID-19Baca perkongsian usahawan muda berusia 33 tahun, Nadia Aziana Zulkifli yang punya kisah tersendiri. Berasal dari Kuantan, Pahang, ibu anak 4 ini bukan hanya bekerja bahkan turut menjalankan bisnes berkaitan medical equipment untuk keperluan COVID-19.

“Saya berasal dari keluarga yang bekerja. Ibu pernah bekerja sebagai tukang masak manakala arwah ayah sebagai pemandu lori. Sebelum ini saya memamg tak pernah terfikir pun nak buat bisnes. Alhamdulillah Allah lorongkan perjalanan hidup saya ke arah bisnes setelah melalui detik sukar sejak berlakunya pandemik COVID-19. Kini bisnes menjadi salah satu sumber pendapatan utama keluarga kami selain saya juga bekerja. Alhamdulillah kehidupan kami kini bertambah baik.

Ikhtiar Cari Rezeki Bantu Suami, NADIA Pilih Bekerja Sambil Berniaga Barang Keperluan COVID-19Detik sukar bermula semasa saya bekerja buat sale secara sepenuh masa dengan salah satu jenama penapis air tetapi bila berlakunya COVID-19 segalanya berubah. Bila tak ada sale bermaksud gaji pun tiada. Sampai tahap saya sekeluarga dihalau dari rumah kerana tak mampu bayar sewa dan segala bil tertunggak. Sejak itulah saya dan suami terfikir untuk berniaga online.

Untuk permulaan, kami buat bisnes online pelitup muka (facemask) tanpa modal. Kami promote di Facebook dan WhatsApp sahaja, memang sangat struggle. Apa saja yang boleh dijual saya jual. Sebulan lebih jugalah struggle. Selain pelitup muka saya juga buat servis Ninja Van.

Ikhtiar Cari Rezeki Bantu Suami, NADIA Pilih Bekerja Sambil Berniaga Barang Keperluan COVID-19Pengalaman tak dapat lupa masa mula-mula berniaga bila saya menjual tak ada orang beli. Kawan-kawan dan saudara mara sendiri pun tiada yang support. Perasaan tu tak usah cakaplah. Mood nak promote, nak post di media sosial pun hilang. Tak support tu kita fahamlah tetapi bila kita post di media sosial nak dapat Like pun susah apatah lagi nak tolong Share.

Ikhtiar Cari Rezeki Bantu Suami, NADIA Pilih Bekerja Sambil Berniaga Barang Keperluan COVID-19Namun begitu ia tak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha. Sebab saya yakin bisnes ini mampu memberikan keuntungan kerana permintaannya tingi. Pelitup muka adalah satu keperluan ketika ini sebab itulah permintaannya tinggi. Secara tak langsung, saya dapat membantu masyarakat dengan menyediakan keperluan utama ini di samping servis Ninja Van.

Ads

Bila bisnes semakin berkembang, selain facemask kini saya tambahkan lagi produk berasaskan medical equipment untuk COVID-19 iaitu hand sanitizer, fogging machine liquid, dan lain-lain. Saya bersyukur kerana bukan hanya dapat membantu menambah pendapatan keluarga bahkan dapat membantu menyediakan keperluan utama ketika pandemik ini.

Ikhtiar Cari Rezeki Bantu Suami, NADIA Pilih Bekerja Sambil Berniaga Barang Keperluan COVID-19Tulang belakang utama saya semestinya anak-anak serta suami, Wan Affandy Wan Ismail. Selain itu, terima kasih juga buat ibu dan mertua yang sentiasa menjadi pendorong utama saya sejak dulu sampailah sekarang. Mereka sentiasa mendoakan dan tak pernah jemu memberikan kata-kata semangat kepada saya agar tidak mudah berputus asa. Hakikatnya, tiada siapa yang akan membantu kecuali diri kita sendiri.

Ads

Ikhtiar Cari Rezeki Bantu Suami, NADIA Pilih Bekerja Sambil Berniaga Barang Keperluan COVID-19MASA BERKUALITI
Dari segi kualiti masa, sejak berniaga online dari rumah saya akan sentiasa ada masa bersama keluarga. Itulah me-time saya yang sebenar. Dapat bersama seluruh ahli keluarga.

Nasihat saya buat seluruh wanita di luar sana jangan mudah merasa down. Kita kena sentiasa positif dan terapkan keyakinan dalam diri bahawa kita boleh. Ingat, bila kita jatuh jangan terus jatuh. Bangkitlah demi diri sendiri dan keluarga. Tunjukkan yang kita adalah isteri, ibu, anak dan wanita yang terhebat. Andai gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kita harus menyerah dan berhenti berusaha. Jangan sesekali pernah takut untuk mencuba kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilan yang kita akan dapat.

Ikhtiar Cari Rezeki Bantu Suami, NADIA Pilih Bekerja Sambil Berniaga Barang Keperluan COVID-19Dari segi impian pula, saya harap dapat melangsaikan segala hutang yang ada seterusnya dapat membeli rumah yang lebih selesa buat keluarga. Maka, saya bertekad untuk berusaha dengan lebih gigih demi membahagiakan keluarga, Insha-Allah.”

Kredit Foto: Instagram @nadia_qtn

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI