Kagum betul melihat semangat dan kesungguhan seorang wanita yang bergelar isteri menempuh pelbagai cabaran demi membantu suami menambah pendapatan keluarga. Lebih-lebih lagi ketika pandemik sekarang, ramai yang terkesan dari segi pendapatan. Walau apa pun kerjaya mereka, setiap wanita punya kekuatan yang luar biasa. Tak mudah mengalah walau sering dilabel dengan panggilan cliche ‘wanita itu lemah’.
Buktinya kini ramai wanita yang bangkit demi kelangsungan hidup keluarga. Malah, ada yang bergelar jutawan tidak kiralah yang bergelar isteri mahupun ibu tunggal. Rezeki Allah tak salah alamat. Dia akan beri kepada mereka yang ikhlas berusaha.
“Saya berasal dari keluarga yang bekerja. Ibu pernah bekerja sebagai tukang masak manakala arwah ayah sebagai pemandu lori. Sebelum ini saya memamg tak pernah terfikir pun nak buat bisnes. Alhamdulillah Allah lorongkan perjalanan hidup saya ke arah bisnes setelah melalui detik sukar sejak berlakunya pandemik COVID-19. Kini bisnes menjadi salah satu sumber pendapatan utama keluarga kami selain saya juga bekerja. Alhamdulillah kehidupan kami kini bertambah baik.
Untuk permulaan, kami buat bisnes online pelitup muka (facemask) tanpa modal. Kami promote di Facebook dan WhatsApp sahaja, memang sangat struggle. Apa saja yang boleh dijual saya jual. Sebulan lebih jugalah struggle
. Selain pelitup muka saya juga buat servis Ninja Van.Bila bisnes semakin berkembang, selain facemask kini saya tambahkan lagi produk berasaskan medical equipment untuk COVID-19 iaitu hand sanitizer, fogging machine liquid, dan lain-lain. Saya bersyukur kerana bukan hanya dapat membantu menambah pendapatan keluarga bahkan dapat membantu menyediakan keperluan utama ketika pandemik ini.
Dari segi kualiti masa, sejak berniaga online dari rumah saya akan sentiasa ada masa bersama keluarga. Itulah me-time
Nasihat saya buat seluruh wanita di luar sana jangan mudah merasa down. Kita kena sentiasa positif dan terapkan keyakinan dalam diri bahawa kita boleh. Ingat, bila kita jatuh jangan terus jatuh. Bangkitlah demi diri sendiri dan keluarga. Tunjukkan yang kita adalah isteri, ibu, anak dan wanita yang terhebat. Andai gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kita harus menyerah dan berhenti berusaha. Jangan sesekali pernah takut untuk mencuba kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilan yang kita akan dapat.
Kredit Foto: Instagram @nadia_qtn
This website uses cookies.