Siapa yang tidak mengenali pelakon dan usahawan berjaya Wawa Zainal yang juga merupakan isteri kepada pelakon Airel Zafrel. Baru-baru ini, Wawa Zainal berhasrat dan mendedahkan kesanggupan dirinya untuk melakukan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan anak kembar.
Wawa yang kini mempunyai empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan berkata, ia bagi melengkapkan jumlah ahli keluarga besar yang diinginkan.
“Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan. Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak. Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat.”Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa sama, dia juga bersyukur kehidupan rumah tangga yang dibina bersama pelakon, Aeril Zafrel semakin bahagia dan memasuki tahun ke-12 perkahwinan.
“Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’. Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan.
“Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga,” katanya.
Sumber: Harian Metro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.