Selebriti Chef Datuk Chef Wan yang merupakan Ikon Kulinari Malaysia sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila bekerjasama syarikat penerbangan Qatar Airways.
Ikon Kulinari Malaysia ini telah mengharumkan nama negara apabila terpilih untuk menyajikan hidangan menarik kepada para penumpang kelas perniagaan dan ekonomi pesawat ini.
Lebih istimewa apabila Datuk Chef Wan merupakan satu-satunya selebrti chef dari Asia yang terpilih untuk menggalas tugas bersama Qatar Airways ini.
Selain itu, Datuk Chef Wan juga menjadi tokoh pertama yang dilantik sebagai Duta Pelancongan Makanan daripada Kementerian Pelancongan. Tahniah! Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk (Dr) Redzuawan Ismail.
“My only concern now is how can I promote Malaysian cuisine in a big international way. Doa kan saya berjaya untuk negara sudah la. Be happy for me,” tulis Datuk Chef Wan di laman Instagram milik peribadinya.
Merungkai rahsia di sebalik kejayaan selebriti chef di sesi fotografi Nona Superhero 2021 tempoh hari chef, pengacara, penulis buku, dan pelakon yang kini sukses dalam bidang yang diceburinya.
“Sejujurnya saya sendiri tak pernah membayangkan berada di kedudukan sekarang ini. Sejak kecil lagi saya memegang kepada prinsip hidup, “Que Sera, Sera (Whatever Will Be, Will Be)
“.Walau bagaimanapun, saya percaya untuk sampai ke suatu tahap apa sahaja yang kita tuju, matlamat, prinsip dan keyakinan diri kena ada.
Paling penting sentiasa motivasi diri kerana tanpa motivasi diri kita pasti akan sentiasa ‘berperang’ dengan diri sendiri dengan pelbagai alasan sehingga menjadikan diri kita malas dan tidak peka.
Mengambil jurusan perakaunan dan akhirnya beralih ke bidang kulinari ini pada saya semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.
Saya percaya kepada ketentuan Ilahi dan setiap orang ada bahagian masing-masing. Walaupun rezeki sudah ditentukan tetapi sebagai manusia biasa kita perlu pupuk sifat positif seperti rajin berusaha, tidak memilih kerja, jujur dan baik hati,” tutur chef selebriti yang sejak kecil sudah bijak mencari rezeki yang halal.
Baca juga; Chef Riz Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Kini Bahagia Dengan Perkahwinan Ke-3
This website uses cookies.