Nama bintang Barcelona, Lionel Messi kini kembali diperkatakan. Berusia 35 tahun dan merupakan bapa kepada tiga cahaya mata, Messi meraih semula status sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia oleh barisan panel pakar The Guardian baru-baru ini.
Selain kemahiran bermain bola sepaknya yang luar biasa, masyarakat dunia mengagumi Messi kerana sifat kebapaan dan setia kepada pasangan.
Dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah lebih RM2.5 billion sebagai pemain bola sepak profesional, duta produk, usahawan dan social media influencer, Messi memilih untuk berbahagia dengan kehidupan berkeluarga.
Pada saat kepercayaan wanita kian terhakis terhadap kesetiaan lelaki, Messi bangkit membuktikan bahawa suami yang hebat itu masih ada.
Sentiasa disampingnya, sosok isteri Antonela Roccuzzo sering menjadi perhatian kamera kerana kejelitaan dan ‘kisah cinta’ pasangan hebat itu.
Ads
Bayangkan mereka saling mengenali sejak zaman kanak-kanak. Messi jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya ketika usia mereka sembilan tahun, dan sejak itu mula kerap berhubung melalui surat dan panggilan telefon apabila meningkat remaja.
Selepas menjalin hubungan serius dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Thiago dan Mateo, pasangan ini akhirnya memeterai cinta mereka dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2017.
Sehingga kini biarpun Messi amat terkenal di seluruh dunia, keluarga itu selesa memilih gaya hidup low profile bersama anak-anak kesayangan mereka – Thiago, Mateo dan Ciro.
Ads
Ads
LEGENDA
Panel pakar untuk The Guardian melengkapkan senarai tahunan mereka, yang didahului oleh Robert Lewandowski (Poland) pada 2021 dan 2022, dengan Messi kini mendahului.
Semua ini didorong prestasi PSG yang bertambah baik dan membawa Argentina menjulang Piala Dunia. Dengan Messi berada di tempat teratas, rakan sepasukannya di PSG dan naib juara Piala Dunia, Kylian Mbappe dinamakan di tempat kedua, setelah menjaringkan hatrik yang tidak dapat dilupakan dalam kekalahan Perancis.
Pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema menduduki tempat tiga teratas selepas terlepas Piala Dunia kerana kecederaan, dengan pemain terbaik Manchester City Erling Haaland di tempat keempat.
Modric kembali dalam lima teratas setelah berada di kedudukan teratas pada 2018, dengan Kevin De Bruyne, Lewandowski, Vinicius Junior, Thibaut Courtois dan Mohamed Salah semuanya berada dalam top 10.
Dalam senarai 100 pemain bola sepak lelaki terbaik, Ronaldo menduduki tangga ke-51.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terhibur dengan gelagat Isaac Raees. Sesiapa pun yang tengok telatah anak selebriti ini pasti tertawan dengan kecomelan buah hati Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza berkenaan.
Lumrah menjadi anak selebriti, Isaac juga tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah. Apatah lagi melihat gelagat anak kecil ini yang petah berbicara dan fasih cakap Melayu!
Meskipun ibu tersayang, Zahirah berketurunan British namun dia dan Aiman selesa mendidik anak sulung mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Isaac Raees Buah Hati Zahirah & Aiman
Dilaporkan aktres jelita ini dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia. Zahirah turut mempunyai darah keturunan British dari sebelah bapa dan Melayu dari ibunya.
Sebagai anak kacukan pasti dia fasih berbahasa Inggeris namun Zahirah dan aktor kacak tersebut selesa cakap Melayu dengan anak lelaki sulung mereka.
Leka dibuatnya kalau tengok video-video Isaac yang dikongsikan Aiman dan Zahirah di media sosial mereka. Bukan saja bijak, Isaac juga seorang anak yang ceria dan suka senyum.
5 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahiran Isaac Raees. Diam tak diam, sudah empat tahun usia permata hati Aiman dan Zahirah ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, pasangan selebriti romantis tersebut mengadakan majlis ulang tahun kelahiran ke-4 Isaac Raees bertemakan kereta ‘Super Fast’ baru-baru ini.
Dalam majlis berkenaan, keluarga bahagia ini tampil sedondon dalam t-shirt rona biru gelap.
Happy Birthday Isaac Raees!
Sebagai ibu, Zahirah tidak ketinggalan menitipkan ucapan hari lahir buat Isaac. “Happiest 4th birthday my first-born baby. Mummy, Daddy & Inara love you so much!!”
Sementara itu, Aiman juga mengambil kesempatan meluahkan ucapan istimewa buat anak kesayangan.
“Happy 4th birthday Isaac Raees. Daddy is so proud of you. You are such a wonderful son. You are such a sweetheart and loving. Daddy doakan Isaac jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. I love you my son!”
Zahirah selamat melahirkan anak sulungnya ini pada tanggal 5 Januari 2021 di Perth, Australia.
Suri hati Aiman Hakim ini juga menimang cahaya mata kedua yang merupakan bayi perempuan pada 31 Disember 2024.Puteri kesayangan Aiman dan Zahirah ini diberi nama Inara Raisa.
Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Kasih Iris Leona, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini sering menjadi perhatian. Selain kisah kejayaan akademik cemerlang dan penampilannya yang memikat, apa saja perkongsian dibuat gadis ini pasti meraih tumpuan khalayak.
Terbaharu, luahan Kasih Iris Leona atau lebih dikenali sebagai Leona khas buat kembar tersayang iaitu Andika Rees sempena ulang tahun kelahiran mereka baru-baru ini menyentuh hati followers setia.
Tanggal 13 Mac lepas genap 23 tahun usia permata hati kesayangan Azhar Sulaiman dan Chempaka Emalin Pahamin berkenaan.
Kasih Iris Leona & Andika Rees Rai Birthday Ke-23
Titip penuntut University of Bath, England ini, “To my literal other half and womb-mate, wow, another year around the sun with you – we’re getting older! It’s funny how we’re twins yet couldn’t be more different.
You’re the complete opposite of me, and I’m the complete opposite of you. But somehow, it works perfectly because your strengths make up for my weaknesses, and mine make up for yours. We balance each other out in the best way.”
Tambahnya lagi, “Yes, we’re twins, but you came into this world seven minutes earlier, which technically makes you my older brother. And honestly, you’re the perfect ‘older’ brother: kind, dependable, helpful and most importantly, you’re always there for me!
You’re genuinely my favourite person. And I’m sure I’m yours too. My default best friend since day zero. Partners in crime forever. And ever. And whatever comes after ever. I love you, Reesy boy!”
Leona merupakan pempengaruh media sosial dan gelagatnya menjadi bualan warga maya. Bukan hanya popular, Leona juga seorang gadis cantik dan bijak.
Personalitinya yang ‘happy go lucky’ membuatkan dia mudah didekati dan mempunyai sejumlah besar peminat.
Berbeza pula kembarnya, Andika Rees Pahamin Azhar yang lebih selesa berada jauh dari dunia glamor. Bagaimana pun Andika, Leona dan bapa mereka tampil sebagai penyampai anugerah di Gempak Most Wanted Award 2024 pada 23 Februari lepas.
Andika ialah satu-satunya anak lelaki Azhar Sulaiman dan bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Maritime Business and Law, Solent University.
Selain Andika Rees dan Kasih Iris Leona, pelakon filem Abang 92 itu juga dikurniakan tiga orang anak hasil perkahwinan dengan Chempaka Emalin. Anak sulung pasangan ini iaitu Kasih Leia Ixora berjaya tamat pengajian di University of Nottingham pada Julai 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi dan suaminya Ory Vitrio selamat menerima kehadiran cahaya mata ketiganya hari ini. Berkongsi detik kelahiran bayi comel mereka menerusi Instagram @okisetianadewi dan @oryvitrio pagi tadi, anak lelaki pertama bagi pasangan suami ini diberi nama Ibrahim Muhammad Abdullah yang dilahirkan secara pembedahan pada 6.20 pagi tadi dengan berat 3.7 kilogram. Alhamdulillah.
9 bulan menanti kelahiran Ibrahim Muhammad Abdullah dengan penuh debar dan indah, Oki yang mendirikan rumah tangga bersama Ory sejak 12 Januari 2014 turut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah Abdullah dan Khadeejah Faatimah Abdullah. Menurut ibu berusia 28 tahun ini, pengalaman mengandungkan anak ketiganya itu cukup menyenangkan dan dia turut berpeluang melanjutkan pengajian sepanjang mengandungkan Ibrahim Muhammad Abdullah.
Berikut coretan ringkas yang dikongsikan Oki buat tatapan pembaca dan peminat yang sentiasa mengikut perkembangan wanita berwajah lembut ini.
==============================================
Story 1
Setiap kehamilan memiliki ceritanya sendiri. Kehamilan ini berbeza dari sebelumnya. Seingat saya, saya hanya muntah 2-3 kali saja pada kehamilan ini. Mengandungnya menyenangkan dan saya berterbangan ke mana saja sampai usia kehamilan 32 minggu.
Story 2
Pada saat mengandungnya, saya mendapat dua biasiswa untuk mempelajari Islam di Australia dan Jerman untuk menjalani pengajian singkat. Allah izikan saya menjelajah bumi Andalusia dalam projek pembangunan masjid di Seville hingga pergi ke Baitullah.
Story 3
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, saya betul-betul membatasi kegiatan. Saya hanya pergi kuliah sambil menyelesaikan tulisan saya untuk sebuah buku serta menghadiri beberapa kegiatan yang saya anggap sangat penting. Salah satunya, Palestin. Banyak waktu dihabiskan bersama Kakak Maryam dan Kakak Khadeejah (anaknya). Mengajak mereka berdua bermesra dan merasakan tendangan sang adik.
Story 4
Hal yang tak pernah saya lupakan dan saya tahu merupakan mustajabnya doa adalah meminta doa dari para jemaah pengajian dalam majlis ilmu serta doa dari penghafal Quran. Doa mereka mustajab selain doa dari orang tua dan guru tentunya.
Story 5
Tiba saatnya melahirkan sungguh saya ingin menjalani persalinan normal sejak kehamilan pertama. Saya begitu sedih saat doktor menyatakan saya harus menjalani operasi Ceaserean saat itu kerana saya alami masalah yang membuatkan saya tak mampu menggerakkan kaki. Sampai kelahiran ketiga pun harus menjalani operasi pembedahan.
Story 6
Saya tak ingin kelelahan seperti kehamilan kedua yang lalu. Saat persalinan Khadeejah, hemoglobin saya yang hanya 9 membuatkan saya sangat lemah saat menjalankan pembedahan dan merasa sulit sekali bernafas. Kehamilan ketiga ini saya betul-betul menjaga agar keadaan fizikal saya baik. Alhamdulillah, persalinan pun berjalan cepat dan lancar.
==============================================
Tahniah diucapkan kepada Oki dan suami atas kelahiran putera sulung mereka, Ibrahim Muhammad Abdullah. Moga ibu dan anak ini diberikan kesihatan yang baik dan dapat terus berbakti ke jalan Allah SWT.
Sumber: Instagram Oki Setiana Dewi / Foto Diera Bachir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!