Ikut Jejak Bapa Jadi Anak Seni, Ini Wajah Cantik MIA SARA… Anak Gadis AFDLIN SHAUKI!

Amboi, lawanya anak gadis Datuk Afdlin Shauki! Berusia 21 tahun, Mia Sara Shauki yang merupakan anak sulung kepada pelakon komedi dan penerbit popular ini rupa-rupanya mengikut jejak langkah ayahanda tersayang dalam dunia seni.

Selain berbakat besar dalam bidang lakonan… Mia Sara juga ada bakat menyanyi. Memang jelas terbukti darah seni dan bakat Datuk Afdlin ‘mengalir’ dalam diri gadis cantik ini. Bak kata pepatah lama, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.’

Sempena pelancaran sitkom TV Disney Wizards of Warna Talk semalam, pengarah filem Papadom dan personaliti televisyen yang sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air selama bertahun-tahun ini mengakui agak keberatan jika ada di antara anak-anaknya memilih kerjaya seni seperti beliau.

Ujar Datuk Afdlin, “Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri ini.

Namun apa yang saya lihat sekarang, anak-anak saya dah mula menunjukkan minat dalam bidang seni. Salah seorangnya meminati muzik, seorang lagi sudah mula berlakon sementara anak yang bongsu pula sangat tertarik dengan muzik K-Pop.”

Buat pertama kalinya, Datuk Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom terbaru Disney Wizards of Warna Talk yang bersiaran di saluran Disney pada hujung bulan ini. Mia Sara merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College.

Merupakan anak sulung daripada tiga beradik, Mia Sara turut mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin. Melihat minat mendalam Mia terhadap dunia seni… tidak mustahil suatu hari nanti dia mampu menjadi anak seni berjaya dan versatil seperti Datuk Afdlin Shauki. Tambahan pula, Mia Sara masih muda dan boleh belajar selok-belok bidang ini daripada bapa tersayang.

 

Kredit foto: Instagram Mia Sara & Afdlin Shauki

Share
Published by
Suzi