Menjelang 9 bulan kehamilan, kebanyakan ibu berasa cemas untuk menunggu saat-saat kelahiran bayi. Lazimnya, induce hanya membantu apabila servik anda mula melembut dan memendek.
Penggunaan kaedah induce semasa bersalin hanya akan dilakukan apabila bayi didapati lebih berisiko jika berada di dalam rahim si ibu daripada dilahirkan. Oleh itu, doktor sakit puan akan memasukkan ubat-ubatan atau teknik yang boleh mencetuskan kelahiran secara semula jadi untuk mempercepat proses kelahiran.
BILAKAH INDUCE SEMASA BERSALIN DIPERLUKAN?
BAGAIMANA INDUCE SEMASA BERSALIN DILAKUKAN
Ia boleh dilakukan melalui kaedah berikut:
Ubat-ubatan
Kesan: Jika pengecutan rahim dirangsang terlalu kuat, ia akan menyebabkan ibu tidak boleh menahan kesakitan yang terlalu kuat tanpa ubat penahan sakit. Oxytocin perlu dihentikan jika kontraksi pengecutan rahim menjadi terlalu kuat.
Amniotomi
Doktor mungkin mencadangan ini untuk memecahkan air ketuban secara tiruan dengan menggunakan cangkuk nipis, steril dan plastik. Ia digunakan untuk mencetus air ketuban pecah seterusnya menyebabkan kepala bayi bergerak ke dalam servik dan kontraksi akan menjadi lebih kuat.
Kesan: Kedudukan bayi mungkin bertukar kepada songsang jika air ketuban pecah sebelum bayi engaged. Tali pusat mungkin terkeluar dahulu. Jangkitan juga boleh berlaku jika terdapat banyak masa di antara pecah air ketuban dan kelahiran.
Merangsang puting payu dara
Merupakan teknik induce secara semula jadi yang dilakukan secara manual atau dengan pam penyusuan elektrik. Ini disebabkan oleh hormon oxytocin akan dihasilkan secara semula jadi apabila puting payu dara dirangsang dan akan menyebabkan kontraksi mula berlaku.
TIP UNTUK CEPAT BERSALIN
This website uses cookies.