Gaya Hidup

Ilham Dekorasi Bilik Tidur Romantik Agar Hubungan Suami Isteri Kembali Hangat

Jemu dengan suasana bilik tidur yang agak suram dan sudah lama tidak berubah wajah? Apa kata ambil idea ini untuk mencipta sebuah suasana bilik tidur yang lebih romantik terutamanya buat pasangan suami isteri. Barulah cinta dan kasih sayang kian mekar umpama pasangan pengantin baru.

WARNA PUTIH

Cara ini paling mudah kerana ia mencetuskan persekitaran yang cukup romantik serta suci dan bersi. Warna putih juga cukup sinonim dengan dekorasi kamar pengantin.

WANGIAN

Nuansa khas ala wangian bunga-bungaan sudah pasti mencetuskan suasana yang romantik. Kesan romantik bukan hanya daripada ruang yang bersih saja bahkan aneka wangian turut membantu. Antara wangian yang boleh disediakan ialah lilin aromaterapi bersama haruman bunga mawar, lavender, lemon dan melati.

LAMPU

Pilih lampu berkonsepkan rekaan bohlam. Konsep bola lampu yang diikat di plafon dan digantung mengelilingi seisi ruang bilik tidur sekaligus menjadikan suasana lebih romantik.

WARNA

Selain warna putih berikan juga sentuhan warna-warna lain agar bilik tidur anda menjadi lebih hidup. Warna yang boleh ditambah adalah seperti dusty pink atau nuansa peach. Tetapi, penambahan aksen warna ini usah terlalu berlebihan kerana ia akan melenyapkan mood romantik.

TANAMAN

Hadirkan elemen tanaman ke dalam ruang bilik tidur anda. Untuk kesan romantik pilih tanaman seperti bunga mawar atau lavender. Ruang bilik tidur akan diselubungi haruman yang wangi sekaligus mencetuskan mood

romantik.

LILIN BERAROMA

Persekitaran bilik tidur akan diselubungi oleh wangian yang harum serta penuh dengan suasana romantik. Lebih-lebih lagi dengan adanya lilin beraroma.

KELAMBU

Penambahan kelambu di bilik tidur juga mampu mewujudkan suasana romantik sekaligus memberikan keselesaan di dalam bilik tidur.

AMYMOHD

 

Share
Published by
Suzi