Inspirasi

Ilham Pengasas LEEYANARAHMAN, Koleksi Gemersik Raya Gamit Memori Pagi Syawal

Heboh cerita di sana sini, gempar sekalian jagat maya… betapa cantiknya koleksi Gemersik Raya tahun ini. Bagi yang tercari-cari persalinan pagi Syawal paling indah dan sedang trending, pilihan di LEEYANARAHMAN pasti menepati cita rasa.

Alah membeli menang memakai, kurung tradisi dengan sentuhan moden pasti segar sepanjang zaman. Kemas sentuhan, rapi perincian dan kain digunakan. Lebih berharga, helaian sebaik adi busana LEEYANARAHMAN boleh diturunkan dari ibu ke anak, malah diwariskan ke generasi seterusnya.

KOLEKSI PILIHAN NONA

Klasik sepanjang zaman, penampilan sang jelita dalam busana mini kurung LEEYANARAHMAN rona hitam buat hati tertawan. Tambah manis berselendang, koleksi INARA terhasil daripada fabrik chiffon georgette dan heavy aventador crepe yang eksklusif.

 

Rona lilac lembut menawan, busana dress kurung LEEYANARAHMAN buat penampilan tampak anggun di pagi lebaran. Tampil dengan potongan longgar dan flowy, buat pergerakan lebih lincah meraikan tamu yang datang.

 

 

Me and mini me! Tampil sedondon ibu dan anak, helaian baju kurung LEEYANARAHMAN pastinya mengundang pujian. Tersedia dalam pelbagai rona dan rekaan, koleksi yang terhampar lengkap untuk seisi famili.

 

Inspirasi baju kurung dan baju Melayu sedondon LEEYANARAHMAN cetus aura romantis. Garapan rona-rona pastel buat pasangan evergreen, terakam bahagia sepanjang zaman.

 

Melayarkan rona-rona tenang dan nyaman, helaian baju kurung LEEYANARAHMAN terus memukau pandangan. Manis berseri, seanggun puteri jelmaan.

 

Color crush, hangatkan lebaran ini dengan persalinan kurung LEEYANARAHMAN serba merah menyala. Nuansa yang membangkitkan semangat dan fashion statement! Nampak berani, pasti hadirmu ke acara rumah terbuka menjerit perhatian.

 

Ramalan rona brick orange atau jingga sebagai antara warna pilihan baju raya terpopular tahun ini nampaknya benar. Gaya sang ratna, busana kurung LEEYANARAHMAN terletak sopan, cantuman moden dan tradisi kekal menawan.

 

Gaya kurung moden chic ke rumah terbuka dalam persalinan LEEYANARAHMAN. Tampil dalam nuansa merah burgundi dan nude tone, gaya rayamu pasti mencuri tumpuan.

 

Pesona rona-rona lembut dan nude colors terus mengungguli carta pilihan baju raya 2024. LEEYANARAHMAN menghamparkan pelbagai pilihan kurung rona pastel, soft earthy and nude tones, semuanya manis-manis mencairkan hati. Sesuci lebaran di desa, Aidilfitri dirai dengan gembira.

 

INSPIRASI PENGASAS

Sama cantik, sama padan. Kagum dengan karakter pasangan serasi pengasas LEEYANARAHMAN, Nur Liyana Abdul Rahman dan Muhamad Hafiz Abdul Hamid mengatur strategi bisnes serta rumah tangga.

Memiliki sebuah empayar perniagaan pada usia yang masih muda bukan menjadi satu halangan kepada mereka berdua untuk terus menempa kejayaan.

 

 

“Kami memulakan perniagaan ini pada tahun 2012 yang mana ketika itu kami sama-sama menuntut di UiTM dalam peringkat ijazah sarjana muda bidang kewangan. Ketika itu kami baru sahaja bercinta dan belum bergelar suami isteri.

Permulaannya apabila Liyana sendiri mereka busana hari rayanya dan memuat naik gambar tersebut di laman sosial, siapa sangka ramai yang bertanya dari mana Liyana membeli baju tersebut.

Dari situlah terdetik untuk mengeluarkan modal bagi menghasilkan busana untuk dijual. Kalau nak tahu modal yang kami keluarkan hanya sebanyak RM1,500 dan berjaya menghasilkan 14 helai busana.

Alhamdulillah semuanya laris dijual dalam masa sejam sahaja, dari keuntungan ini kami menggandakan jumlah busana yang dihasilkan sedikit demi sedikit, dari 14 menjadi 28 dan kemudian 36 sehinggalah kami mampu menjual dalam skala yang besar.

Selepas itu kami menghentikan rekaan ini dan bermula lebih serius dalam menghasilkan rekaan busana yang lain.

Kalau nak tahu duit sebanyak RM1,500 yang kami gunakan sebagai modal tadi adalah duit pinjaman pelajaran PTPTN yang kami terima sebenarnya, jadi saya menyumbang sebanyak RM900 dan Liyana pula sebanyak RM600.

Alhamdulillah dari hanya wang sebanyak itu kini jenama LEEYANARAHMAN sudah memiliki bangunan sendiri,” ujar Hafiz dalam temu bual eksklusif bersama Nona yang lalu.

 

 

Setiap orang yang berjaya memiliki ceritera mereka sendiri. Dan dalam menuju ke jalan puncak menuju kejayaan pasti banyak perkara yang telah ditempuhi. Seperti pasangan sama cantik dan sama padan ini mereka turut memiliki rencah sendiri dalam mencipta erti kejayaan.

“Dalam berniaga kita harus bersikap profesional dan realistik, paling penting kalau terlibat di dalam satu projek misalnya, pastikan semuanya perlu ada hitam dan putih agar tidak ditipu. Bagi saya perkara ini adalah satu tindakan utama yang harus dilakukan bagi menjamin kelancaran sesebuah perniagaan, lagipun ia amat penting untuk melindungi diri kita daripada kerugian.

Dari segi sikap yang realistik pula, bagi saya kita perlu jujur dengan setiap keputusan yang bakal dibuat, kalau kita rasakan sesuatu formula yang hendak dilakukan tidak menjadi baik jangan meneruskannya sebelum kerugian. Sikap ini penting supaya kita tidak terlalu berangan-angan dan berpijak dibumi nyata dan melihat kepada keadaan semasa,” ungkap Liyana mengakhiri perbualan.

Laksana adi busana tempahan pereka, kini dapatkan koleksi RTW GEMERSIK RAYA di butik LEEYANARAHMAN serta website leeyanarahman.com.my sekarang.

#LEEYANARAYA2024
#gemersikrayaLEEYANARAHMAN
#Leeyanarahmantakesnona

Share
Published by
Norzalina