IMAN TROYE Pernah Warnai ‘Billboard’ Times Square NY, Selesa Suai Padan Busana SHEIN

Iman Troye telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi berhijab ketiga Malaysia yang menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Wajah pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin ini muncul di papan iklan digital tersebut selepas Yuna dan Layla Sania. Hebat sungguh aura penyanyi yang baharu sahaja berusia 19 tahun ini.

Iman Troye pernah menerima kejutan daripada penyanyi idolanya, Siti Sarah yang hadir ke sekolahnya bagi memberikan kata-kata semangat sewaktu beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019.

Anak kelahiran Rawang, Selangor ini memulakan kerjaya awal sebagai model sambilan untuk jenama pakaian Muslimah tempatan, Leeyanarahman.

Penyanyi lagu Nang ini telah mencipta mencipta fenomena apabila single Teman yang meraih lebih 49 juta tontonan (ketika artikel ini ditulis) dalam laman YouTube.

Malah tahun lalu, lagu istimewa sempena Syawal berjudul Pejam Celik Hari Raya turut mendapat tontonan sebanyak 13 juta tontonan (ketika artikel ini ditulis) dalam laman YouTube.

Syawal tahun ini juga telah membuka pintu rezeki buat penyanyi yang memakai kostum Aiskrim Roti dalam program The Masked Singer Malayisa musim kedua ini apabila dipilih berkerjasama dengan jenama fesyen SHEIN bersempena Hari Lebaran ini.

“SHEIN tidak pernah mengecewakan saya dengan pelbagai pilihan pakaian yang boleh saya suai dan padan mengikut gaya tersendiri! Saya berharap koleksi eksklusif ini bakal menambahkan warna serta karakter buat gerobok pakaian anda seperti yang dihadirkan buat saya!” kata Iman Troye yang mempunyai 1.9 juta pengikut (ketika artikel ini ditulis) di laman Instagram.

SHEIN Malaysia juga bakal menganjurkan acara penstriman secara langsung #SHEINGayaRaya pada 15 April 2022, jam 9 malam bersama hos Isha Norsham dan Shiha Zikir.

Pelancaran himpunan Fesyen Muslimah baharu di laman web SHEIN Malaysia hadir hanya beberapa minggu menjelang kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 3 Mei nanti.

Buat pertama kalinya, jenama fesyen SHEIN tampil membuat kejutan dengan memperlihatkan persalinan kaftan, abaya, tudung beserta persalinan pakaian bergaya yang lainnya.

Baca juga; Noraniza Idris Gigih Berjuang Bentuk Jiwa Masyarakat Pelapis Dekati Irama Malaysia

Share
Published by
Hamizatul Maizan