Siapa tidak kenal dengan penyanyi berwajah ‘cute’, Iman Troye yang sering melatari muzik video lagu nyanyiannya berkonsepkan k-pop hingga menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini.
Pelantun lagu Teman, atau nama penuhnya Iman Alyssa Sahabudin menerusi hantaran dilaman Instagram miliknya, telah berkongsikan sebuah hantaran video berkenaan dirinya membantu golongan gelandangan dengan memberikan makanan di sekitar ibu kota.
Iman Mahu Kerap Laksana CSR, Bantu Golongan Gelandangan
Pada hantaran sama, Iman menyatakan keinginanya untuk meneruskan kegiatan murni ini dengan bercadang mahu membantu lebih ramai gelandangan dan fakir miskin di tempat-tempat lain.
Justeru, pada ruangan kapsyen Iman meminta buah fikiran para pengikutnya untuk mencadangkan tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan susah seperti ini, selain di Ibu Kota.
Ads
“Alhamdulilah syukur. Insyallah Iman dan team akan cuba kerap kan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan?,” Tulisnya pada ruangan kapsyen di hantaran tersebut.
Netizen Puji Usaha Murni, Iman Troye!
Hasil penelitian, NONA mendapati ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan doa-doa yang baik buat Iman.
Ads
Malah, tidak kurang juga yang meluahkan sokongan dan melemparkan kata-kata positif agar Iman kekal istiqamah melakukan amal kebaikan yang bersifat fadhu kifayah seperti ini.
“Alhamdulillah Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki iman,” kata seorang warganet.
Ads
“Semoga Iman sentiasa dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi netizen.
Untuk rekod, nama Iman Troye pernah dihimpit dengan kontroversi satu ketika dahulu, kerana sukar memberikan kerjasama dengan rakan media, berikutan leceh dihubungi setelah popular.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Bunga Citra Lestari berasa begitu bangga apabila puteranya, Noah Sinclair, baru sahaja diberi penghormatan menjadi pemimpin upacara bendera di sekolah sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-80 Republik Indonesia.
Noah kelihatan berdiri tegap sambil memimpin perjalanan acara dengan penuh lancar dan berwibawa.
BCL turut berkongsi, meskipun Noah membesar dalam tiga budaya berbeza namun semangat Indonesia tetap subur dalam dirinya.
Sebagai seorang ibu yang menyaksikan detik bersejarah itu secara langsung, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bangga terhadap puteranya itu.
“Meski dibesarkan dalam tiga budaya berbeza, pagi itu melalui suaranya yang lantang memimpin acara, aku melihat semangat Indonesia hadir begitu kuat dalam dirinya. Proud of you, Noah,” tulis BCL dalam hantaran di media sosial.
Orangnya masih bertenaga dan kekal jelita walaupun di usia 54 tahun. Terkenal, sukses serta tidak pernah kalah dalam berfesyen itu antara kelebihan yang ada pada wanita berdarah campuran Melayu-Pakistan ini.
Datin Dr. Kamsiah G. Haider atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Kam merupakan pemilik kepada Klinik Pergigian Dr Kam yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.
Beliau seorang yang sangat menitikberatkan soal kecantikan dan kesihatan. Bagi Dr. Kam apabila tubuh kekal sihat dan cergas secara tidak langsung dapat menyerlahkan kecantikan asli seorang wanita.
“Semasa usia mencecah 30 tahun, saya sudah mula menjaga makan. Saya sudah mula memilih makanan yang lebih seimbang serta menyihatkan. Antara menu sihat kegemaran saya ialah sup, steak serta buah-buahan.
Sebagai motivasi diri agar tidak makan sewenang-wenangnya saya mengamalkan cara ini. Selalunya saya akan ambil gambar-gambar makanan yang menarik. Saya akan tatap sampai puas hati.
Secara tidak langsung saya akan merasa kenyang dengan sendirinya. Suami turut menggalakkan pengambilan makanan sihat kerana beliau seorang yang mementingkan kesihatan. Saya juga mengamalkan meminum air kosong secukupnya setiap hari.
Dari segi penjagaan kecantikan pula, cukup sekadar saya konsisten dengan rutin mencuci wajah dan pemakaian krim mata setiap hari. Sejujurnya, saya tidak pernah memakai krim malam. Sebagai seorang doktor, perlu cukup tidur sekurang-kurangnya tujuh ke lapan jam sehari. Jika tidak ia akan menjejaskan prestasi kerja.
Begitu juga dengan soal penampilan yang sangat penting buat saya antaranya sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini. Sekurang-kurangnya dapatlah saya mengetahui trend terkini sesuai dengan usia dan imej. Saya juga seorang pencinta beg tangan berjenama Chanel,” bual Dr. Kam yang juga meminati seni dekorasi kediaman.
Dr. Kam merupakan pengamal klinikal prostodontik selama 29 tahun. Beliau merupakan graduan Bachelor of Dental Surgery (BDS) dari Universiti Malaya, dan Master of Dental Science (MDSc) dari University of Dundee, UK.
Selain prostodontik, Dr. Kam turut mempunyai perakuan kelayakan ortodontik di samping mengendalikan pelbagai prosedur pergigian estetik.
“Bukan mudah sebenarnya apabila bergelar isteri dan ibu pada masa yang sama harus memikul tanggungjawab yang besar kepada masyarakat. Suami dan anak-anak menjadi kekuatan buat saya. Untuk berjaya dalam lapangan kerjaya perlu ada minat yang tinggi di samping berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Sebolehnya jauhkan daripada rasa tertekan kerana ia boleh menjejaskan prestasi. Kerjaya saya sentiasa bertemu dengan masyarakat yang pelbagai karenah. Saya perlu sentiasa tenang, tersenyum dan tidak mudah mengikut emosi,” kongsi Dr. Kam yang turut berkebolehan dalam sukan lasak. Beliau pernah meraih kemenangan dalam sukan berkuda dan tersenarai dalam The Malaysia Book of Records. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah lama tak mendengar khabar usahawan yang terkenal dengan gelaran ‘Queen of Fairy Tales’ ini. Kalau dulu nama Joy Revfa cukup sinonim dengan kisah ‘hangat’ peribadinya. Kira-kira 2 tahun lalu, nama Joy Revfa tular dengan kisah pertunangan namun akhirnya putus di tengah jalan.
Joy Revfa.
Setelah itu, pengasas Merve Cosmetics yang juga ibu tunggal kepada seorang anak ini mula ‘menyepikan diri’ dan kini lebih selesa memberi tumpuannya terhadap bisnes yang kian berkembang.
Berikut adalah perkongsian eksklusif yang dipetik dari ‘Nona on Air’ bersama Joy Revfa baru-baru ini yang membicarakan tentang perkembangan terkininya termasuk bisnes.
“Saya sekarang sedang menghasilkan produk-produk baru untuk jenama sendiri, Merve Cosmetics. Saya juga tak berapa nak expose sebab sangat sibuk dengan projek besar akan datang sebagai tanda penghargaan kepada semua pengikut dan wanita-wanita yang pernah menggunakan produk saya.
Insha-Allah saya akan maklumkan kepada semua kejutan itu. Surprise! Nak bagi dua buah kereta. Bagi saya ini adalah rezeki mereka kerana dalam keadaan sekarang pun sale alhamdulillah OK.
Sebab itulah kita nak menghargai semua yang telah membeli produk Merve Cosmetics. Hadiah itu tanda penghargaan terhadap sokongan semua. Kita akan war-warkan di Instagram, Facebook, radio dan TV,” kongsi Joy.
Menurut Joy, dia cuba elakkan daripada mencipta kontroversi murahan semata-mata untuk menaikkan nama produk. Baginya, lebih baik dia serlahkan diri untuk memberi manfaat dan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.
“Selepas putus tunang pada tahun 2020 saya hanya fokus pada bisnes saja. Memang ada yang nak mendekati tapi buat masa ni saya nak lebih fokus kepada bisnes, anak dan keluarga. Buat masa ni biarlah saya fokus kepada kerjaya dulu.
Kalau ada kisah-kisah yang viral tu bukan saya sendiri yang create pun tapi orang lain yang viralkan. Saya sendiri pun tak boleh nak buat apa. Dulu bertunang pun tak ada pun upload tapi kawan-kawan dah upload dulu so itulah yang orang jadi tahu.”
Wanita yang ada kerjaya atau bisnes sendiri termasuklah harta dan kedudukan membuatkan dirinya sukar didekati oleh ramai lelaki. Kenyataan Ini turut dipersetujui oleh Joy dan ini jawapan jujurnya.
“Betul, memang ramai yang takut sebab lelaki pun ada sikap insecure juga. Kadang-kadang ada lelaki ni nak mereka lebih daripada wanita. Tapi ada juga yang berani mendekati, yakin pada diri sendiri. Sebab tu sebelum pergi ke perhubungan yang lebih serius, kenal dulu orang tu.
Ikut pengalaman sebelum ni saya pernah kenal seseorang dalam masa yang singkat dan terus menjalinkan perhubungan. Tapi sebenarnya salah, kita kena kenal dulu siapa orang yang akan hidup dengan kita. Ada juga keluarga nak jodohkan tapi saya rasa biarlah dulu. Kalau ada jodoh tu tak ke mana. Apa pun keputusan, saya yang akan tentukan mana yang terbaik.”
IBU SUMBER INSPIRASI
Joy menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi. Ini kerana ibunya juga memegang status yang sama sebagai ibu tunggal. Kekuatan luar biasa yang ada dalam diri ibunya itu telah mematangkan diri Joy.
Bersama ibu tersayang, Sofia Abbas.
“Sumber inpirasi saya ialah ibu, Sofia Abbas sebab beliau juga seorang ibu tunggal. Ibu sangat berusaha untuk mendidik kami dari kecil sampailah besar tanpa suami. Kami melihat kecekalannya bagaimana beliau membangunkan bisnes termasuk menghantar kami ke tempat-tempat mahal untuk kami belajar untuk upgrade kemahiran.
Kalau sebut tentang ibu memang akan membuatkan saya mudah sebak dan menangis. Ibu mendidik kami semua dan selayaknya dijadikan inspirasi. Bagi saya beliau seorang ibu tunggal yang bergelar usahawan berjaya. Dengan didikan dan usahanya itu kami berjaya sekarang, alhamdulillah.
Antara pesan ibu yang sentiasa saya ingat ialah jangan mudah putus asa biar apa pun terjadi. Semua yang terjadi ada hikmah. Yang penting teruskan saja, hargai orang sekeliling kita, bangunkan bisnes yang ada dan jangan rasa tak yakin diri. Sentiasalah hargai diri.
Nasihat saya kepada semua wanita, tetaplah rasa yakin dan hargai diri sendiri. Cuba untuk gilap dan serlahkan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Jangan rasa insecure sebab seorang wanita itu memang dianugerahkan dengan kecantikan yang tersendiri.”
Kredit Foto: Instagram Joy Revfa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.