Imbas Kos Perkahwinan HK$30 Juta, Carina Lau & Tony Leung Bahagia 13 Tahun Bersama

Ramai peminat drama dan filem tempatan membesar dengan drama dan filem terbitan Hong Kong. Carina Lau yang kini berusia 54 tahun bersama suaminya, Tony Leung antara pelakon A-List di Hong Kong yang berjaya kekal relevan sehingga kini.

Foto: Instagram @tonyleung_official
Foto: Instagram @carinalau1208

Bayangkan sejak awal tahun 1980 mereka sudah berlakon, susuk tubuh mereka yang kini berusia 50-an bagai tak dimamah usia. Kekal cantik dan serta awet muda!

Foto: Instagram @carinalau1208
Foto: Instagram @carinalau1208

Nama Tong Leung kembali diperkatakan apabila muncul dalam filem adiwira Marvel; Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, melakonkan watak Xu Wenwu. Walaupun sudah menginjak ke usia 59 tahun namun lelaki ini masih mempunyai aura dalam melakonkan watak yang diberi kepadanya terutamanya filem aksi.

Foto: Instagram @carinalau1208
Foto: Instagram @carinalau1208

Pasangan selebriti ini juga menerima jolokan Selebriti Asia Paling Berjaya kerana mempunyai pendapatan yang lumayan. Kisah cinta pasangan yang masih kekal cantik dan bergaya ini memang mencuri tumpuan ramai.

Foto: Instagram @carinalau1208
Foto: Instagram @carinalau1208

Khabarnya pelakon terkenal Hong Kong ini berjumpa kali pertama pada tahun 1984 semasa sama-sama berlakon dalam filem The Replica. Lima tahun kemudian mereka mula berpacaran dan mengambil masa 19 tahun untuk mendirikan rumahtangga.

Foto: Instagram @tonyleung_official
Foto: Instagram @carinalau1208

Perkahwinan pasangan selebriti yang berlangsung pada 21 Julai 2008 telah mencipta sejarah yang tersendiri. Memilih negara yang paling bahagia iaitu Bhutan atau lebih tepat di Uma Paro resort sebagai lokasi perkahwinan. Majlis gilang gemilang ini telah menelan belanja lebih daripada HK$30 juta dan dihadiri oleh tetamu VIP serta rakan artis pasangan ini.

Foto: Instagram @carinalau1208
Foto: Instagram @tonyleung_official

Tony Leung juga pernah memenangi anugerah Taiwan’s Golden Horse Awards dan The Hong Kong Film Awards. Menariknya pasangan ini jarang memuat-naik gambar bersama di media sosial masing-masing. Mungkin platform media sosial mereka adalah untuk tujuan karier masing-masing.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed