Rupa-rupanya Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Sofie Louise Johansson Petra pernah bertunang dengan YTM Tengku Mahkota Kelantan pada 14 Februari 2018.
Ads
Berkongsi momen indah tersebut di media sosial miliknya, YTM Che Puan Sofie turut memuat naik gambar di sisi suami tercinta sambil menyarung persalinan kurung rona biru.
Sementara Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra mengenakan kemeja rona senada biru.
“February 14 – This evening we had our engagement anniversary. I can’t believe it’s been 5 years already. A huge 38 % of people who responded to a UK survey said that their proposal took place during a holiday, making it the most popular way to propose.”
19 April nanti, usia perkahwinan YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan genap empat tahun.
Mengimbas kembali detik bersejarah pasangan diraja ini, YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz dan YTM Che Puan Sofie melangsungkan majlis pernikahan pada 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah.
Istiadat pernikahan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
Ads
YTM Che Puan Sofie yang berasal dari Sweden ternyata berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan dirinya yang anggun dan sopan.
Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan, namun beliau bijak menyesuaikan diri.
Ads
Misalnya, ketika awal perkahwinan dan pertama kali muncul di khalayak apabila mengikuti YTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra mengunjungi rakyat Kelantan yang terlantar sakit dan kurang bernasib baik.
Apa yang pasti, YTM Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata. Sebaliknya, beliau juga seorang wanita yang tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, ligat di dapur, gemar berbasikal dan pandai menjahit.
Ogos tahun lalu, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dikurnia Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan. Semoga YTM Che Puan Mahkota Kelantan terus berbakti buat masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Episod duka, banjir yang melanda negara baru-baru ini telah mencetus ilham buat Datuk Aznil Nawawi menyediakan Kedai Percuma Pak Nil buat mereka yang terkesan.
Pengacara Nombor Satu Tanah Air ini antara selebriti yang turun padang membantu mereka yang terkesan dengan banjir. Menurut lelaki yang mesra disapa Pak Nil ini kerja sukarelanya ini bermula dengan usahanya mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu masyarakat di Bukit Canggang, Banting, Selangor.
“Ia cetusan usaha pemberian bantuan kepada mangsa banjir tempoh hari di situ. Ketika menjejaki kawasan itu, saya lihat ramai penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tinggal sehelai sepinggang,” kata Datuk Aznil.
Tambahnya lagi, “Bermula dengan hanya makanan yang dimasak penduduk kampung secara rewang bermodalkan wang sumbangan yang saya kutip di kalangan pengikut media sosial saya.
Ketika itu dalam sehari kami berjaya menyediakan hampir 1000 bungkusan makanan kepada mereka yang terkesan banjir. Malah selepas banjir surut, mulalah mereka bergerak pulang dari PPS ke rumah masing masing.
Ketika itu saya tinjau dan amati, kesemua mereka terpaksa mengumpul barang semula dan membaik pulih rumah mereka. Bahkan barang keperluan asas mereka tiada langsung. Daripada situ saya fikir kenapa tidak diwujudkan kedai percuma berkenaan,” kata Datuk Aznil yang menubuhkan Kedai Percuma Pak Nil pada 30 Disember lalu.
Menurut Datuk Aznil juga pengasas Yayasan Pesona, mereka yang terkesan dengan banjir boleh ke kedai tersebut untuk mengambil barang keperluan secara percuma mengikut keperluan mereka sahaja.
“Kedai ini mengalu-alukan barangan keperluan yang boleh dihantar terus ke sana atau menyalurkan duit sumbangan kepada saya.
Kedai ini akan berterusan beroperasi jika terus menerima sumbangan orang ramai atau pertubuhan kerajaan mahupun swasta,” katanya yang mendapat kerjasama daripada jenama Eskayvie dan Nakada.
Datuk Aznil tidak dapat menyembunyikan perasaan sayu saat melihat pasca banjir dengan mata sendiri. “Sedih tengok keadaan mereka. Saya sentiasa membayangkan saya atau keluarga saya melalui ujian dan dugaan itu.
Kerana itu, saya tidak mampu duduk berpeluk tubuh, saya perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka membina hidup kembali,” katanya yang terharu dengan kemurahan hati rakyat Malaysia.
“Menangis saya melihat keprihatinan rakyat Malaysia. Dana yang disalurkan itu saya agihkan kepada wakil saya di sana. Walaupun, tidak banyak yang diterima setiap mangsa, namun, sekurang-kurangnya mereka di sana tahu bahawa seluruh negara turut sama bersedih dengan nasib mereka dan mahu berkongsi rezeki.
Itulah yang menjadi motivasi buat saya untuk meneruskan kerja kemanusiaan ini,” kata Datuk Aznil.
Tanggal 22 Oktober melakar peristiwa bermakna apabila ribuan masyarakat Malaysia berhimpun di Dataran Merdeka untuk solidariti rakyat Palestin. Tidak terkecuali aktres yang juga model, Kavita Sidhu.
Meskipun berbeza idelogi politik namun seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama mahupun bangsa bersatu-padu menentang keganasan rejim Israel terhadap Palestin yang dinafikan hak mereka sebagai manusia yang mempertahan tanah air sendiri.
Dalam perhimpunan aman yang berlangsung itu, ahli politik, selebriti, usahawan dan influencer turut hadir menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada penduduk di bumi anbia berkenaan.
Antara yang tidak ketinggalan menyertai perhimpunan itu ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, aktivis politik iaitu Nurul Izzah Anwar, Khairul Aming, Vivy Yusof dan ramai lagi.
Kavita Sidhu misalnya yang lengkap berpakaian serba putih dan mengenakan mafla Palestin dilihat tampil berucap di hadapan khalayak sambil melaungkan keamanan.
“Today’s Free Palestine peaceful rally. We stand with the brave people of Gaza. We hope more aid with water, food and medicine will reach them soonest.
Thank you Viva Palestina for organising. It was heartwarming to see so many coming out to support. Thank you Nurul Izzah for your incredible heartfelt speech.
An honour to have our Minister of Communication and Digital YB Fahmi Fadzil be there as well.”
Tahniah Kavita kerana berani tampil bersuara demi memperjuang nasib rakyat Palestin!
Nampaknya usahawan dan pempengaruh popular Hafiz Mahamad membuat satu lagi kejutan sempena kemerdekaan tahun ini! Buat pertama kalinya, beliau menerbitkan sebuah filem pendek berbentuk eksperimental sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tahun ini.
Filem pendek yang diberi judul Kisah Merdeka itu turut membariskan isteri tersayang, Syafiqah Aina sebagai tunjang utama selain dilatari suara pelakon legenda tanahair, Datuk Rahim Razali. Uniknya tentang Kisah Merdeka, ia merupakan hasil terbitan sepenuhnya daripada produksi Ainaa Beauty sendiri.
“Saya dan isteri menghasilkan sebuah karya sempena bulan kemerdekaan, digarap serta diterbitkan sendiri oleh team in house Ainaa Beauty. Filem ini dihasilkan dalam masa yang singkat sahaja dan ia mengisahkan perbezaan dua zaman; zaman dahulu (sekitar 1940) dan zaman terkini (2023),” katanya.
Kisah Merdeka menceritakan tentang masyarakat yang dijajah pada zaman dahulu oleh pihak komunis dan pada masa sama ada segelintir masyarakat kini masih dijajah melalui mentaliti yang suka mengutuk dan mengejek kekurangan orang lain.
“Kesusahan, kelemahan luaran sentiasa menjadi ‘subjek’ penjajah pada mereka yg lemah. Teknologi pula adalah ‘senjatanya’. Nenek moyang kita ajarkan kita tentang ‘bersatu’ agar menjadi bangsa yang kuat. Jika ada yang lemah, pasti akan ada hadir untuk membantu,” getusnya.
Menariknya tentang filem pendek itu juga, Hafiz mengetengahkan kisah sebenar daripada pengguna produk Ainaa Beauty yang berdepan dengan cemuhan netizen.
“Objektif cerita ini adalah untuk memberikan kesedaran jangan salah menggunakan kemodenan teknologi untuk menghina individu yang kelihatan lemah.
“Ia diadaptasi daripada kisah sebenar pengguna Ainaa Beauty yang berhadapan dengan cemuhan netizen disebabkan masalah kulit muka mereka,
“Filem ini adalah permulaan kepada 11 siri cerita yang akan dipaparkan tidak lama lagi yang berkisarkan tentang perjalanan individu berdepan hinaan masyarakat,” tambahnya.
Selain penampilan Syafiqah Aina dan keluarga Ainaa Beauty, filem Kisah Merdeka juga menggunakan suara latar pelakon legenda tersohor, Datuk Rahim Razali.
Meninjau ruangan komen, ada yang meluahkan rasa rindu dapat mendengar semula suara Datuk Rahim Razali menerusi filem pendek Kisah Merdeka.
“Terubat rindu dapat dengar suara pelakon legenda kesayangan ramai ini. Teruskan usaha murni Hafiz dan Aina!” tulis warganet.
Usahawan dan pempengaruh popular Hafiz Mahamad buat pertama kalinya tampil menerbitkan sebuah filem pendek berbentuk eksperimental sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tahun ini.
Filem pendek yang diberi judul Kisah Merdeka itu turut membariskan isteri tercintanya, Syafiqah Aina sebagai tunjang utama selain dilatari suara pelakon legenda, Datuk Rahim Razali.
Uniknya tentang Kisah Merdeka, ia merupakan hasil terbitan sepenuhnya daripada produksi Ainaa Beauty sendiri.
“Saya dan isteri menghasilkan sebuah karya sempena bulan kemerdekaan, digarap serta diterbitkan sendiri oleh team in house Ainaa Beauty. Filem ini dihasilkan dalam masa yang singkat sahaja dan ia mengisahkan perbezaan dua zaman; zaman dahulu (sekitar 1940) dan zaman terkini (2023),” katanya.
Kisah Merdeka menceritakan tentang masyarakat yang dijajah pada zaman dahulu oleh pihak komunis dan pada masa sama ada segelintir masyarakat kini masih dijajah melalui mentaliti yang suka mengutuk dan mengejek kekurangan orang lain.
“Kesusahan, kelemahan luaran sentiasa menjadi ‘subjek’ penjajah pada mereka yang lemah. Teknologi pula adalah ‘senjatanya’. Nenek moyang kita ajarkan kita tentang ‘bersatu’ agar menjadi bangsa yang kuat. Jika ada yang lemah, pasti akan ada hadir untuk membantu,” getusnya.
Menariknya tentang filem pendek itu juga, Hafiz mengetengahkan kisah sebenar daripada pengguna produk Ainaa Beauty yang berdepan dengan cemuhan netizen.
“Objektif cerita ini adalah untuk memberikan kesedaran jangan salah menggunakan kemodenan teknologi untuk menghina individu yang kelihatan lemah.
“Ia diadaptasi daripada kisah sebenar pengguna Ainaa Beauty yang berhadapan dengan cemuhan netizen disebabkan masalah kulit muka mereka,
“Filem ini adalah permulaan kepada 11 siri cerita yang akan dipaparkan tidak lama lagi yang berkisarkan tentang perjalanan individu berdepan hinaan masyarakat,” tambahnya.
Selain penampilan Syafiqah Aina dan keluarga Ainaa Beauty, filem Kisah Merdeka juga menggunakan suara latar pelakon legenda tersohor, Datuk Rahim Razali.
Meninjau ruangan komen, ada yang meluahkan rasa rindu dapat mendengar semula suara Datuk Rahim Razali menerusi filem pendek Kisah Merdeka.
“Terubat rindu dapat dengar suara pelakon legenda kesayangan ramai ini. Teruskan usaha murni Hafiz dan Aina!” tulis warganet.
Serentak dengan tayangan filem pendek sulung Kisah Merdeka itu, Hafiz bakal memilih tujuh pemenang terbaik daripada komen di ruangan Instagram untuk memenangi saguhati bernilai RM300.
Syaratnya perlulah berkongsi kisah peribadi berdasarkan filem pendek eksperimentasi ‘Kisah Merdeka’!
Serentak dengan tayangan filem pendek sulung Kisah Merdeka itu, Hafiz bakal memilih tujuh pemenang terbaik daripada komen di ruangan Instagram untuk memenangi saguhati bernilai RM300.
Syaratnya perlulah berkongsi kisah peribadi berdasarkan filem pendek eksperimentasi ‘Kisah Merdeka’!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...