Tanggal 11 November lalu merupakan ulang tahun perkahwinan usahawan cantik, Vie Shantie Khan. Kian menikmati hidup bahagia di samping suami tercinta, rumah tangga Vie yang juga pengasas jenama muslimah V Hijrah ini turut lebih bermakna dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan comel diberi nama Vie Raissa yang kini berusia tiga tahun.
Anak kelahiran Sabah ini selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan dan ahli politik iaitu Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan Vie Raissa yang dilahirkan pada 2 Januari 2020.
Sebelum ini Vie Shantie mendedahkan dia dan suami memilih nama Vie Raissa ketika usia kandungan mencecah tujuh bulan di Mekah Al Mukaramah pada Oktober 2019 sewaktu mereka mengerjakan umrah.
Raissa bermaksud ‘Yang Beriman’, sementara Vie pula simbolik namanya.
Perkongsian video yang mengimbau momen pernikahan Vie dan Datuk Seri Panglima Abdul Rahman di media sosial jelitawan tersebut meraih hampir 300 ribu tontonan.
View this post on Instagram
Titipnya,”Semoga ikatan rumah tangga ini tumbuh hanya dari bibit-bibit cinta dan kekuatan. Kerna tiada perkahwinan yang mudah, Allah berikan jodoh untuk setiap manusia melengkapi antara satu sama yang lain.
Semoga Allah SWT selalu meredai, memberikan rahmat dari Sakinah Mawaddah dan Warohmah. Melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, inshaAllah. Happy Anniversary MYH.”
Terdahulu Vie Shantie pernah berkahwin dengan aktor Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/anak-kampung-tuaran-kini-usahawan-berjaya-vie-shantie-jalin-mou-3-syarikat-gergasi-china/