Bulan ini kembali membangun dan masanya untuk anda bersinar semula. Memandangkan SOP pelitup muka terus menjadi norma baharu di tempat kerja, berikan tumpuan lebih kepada penjagaan dan perlindungan kulit secara menyeluruh.
Apa yang terbaharu di rak kecantikan? Barisan produk-produk istimewa ini pelengkap penampilan anda sepanjang hari.
Ads
(a) SEBELUM BEKERJA
AHC Essential Eye Cream for Face
AHC melancarkan Essential Eye Cream for Face untuk mengekalkan kelembapan, menjadikan wajah lebih halus dan licin bak wanita Korea. Ramuan krim dua dalam satu ini berfungsi sehebat krim berprestij mewah namun tetap berpatutan untuk menunda penuaan dengan berkesan.
Ia terbuat daripada 12 peptida, vitamin dan asid amino untuk mengatasi garis halus serta kekusaman, menjadikan wajah ketara lebih muda. Hanya oleskan sebelum bermekap untuk perlindungan terbaik sepanjang hari.
Kulit yang sempurna bertemu mekap Anastasia’s Beverly Hills! Gandingan serasi untuk perjumpaan formal mahupun santai hujung minggu dengan Primrose Palette dan gincu Satin baharu ini.
Dalam satu palet, dapatkan 10 rona-rona lembut pembayang mata termasuk dua pemerah pipi yang berpigmen tinggi serta mudah diadun, menawan wajah sang rupawan!
Fenty Beauty Diamond Bomb All-Over Diamond Veil
Ads
Kilauan 3D untuk wajah dan tubuh dalam satu palet berisi tiga rona highlighter hebat! Fenty Beauty memperkenalkan koleksi musim percutiannya dengan barisan mekap terbaik, antaranya Diamond Veil yang sesuai untuk semua rona kulit ini.
Dengan tekstur unik seperti jeli, ia mencair di atas kulit dengan pilihan Fussy, Fenty Glow atau Hot Chocolit.
Marc Jacobs Daisy Eau So Intense
Ads
Wangian baru dalam keluarga daisy, Marc Jacobs meramu aroma kesegaran alam dan kehangatan kucupan mentari dalam The Daisy Eau So Intense.
Masih mengekalkan identiti botol kelopak daisy, semerbak strawberi dan pear manis menghiasi nota atas, diikuti bauan madu dan putik mawar pada nota tengah dan vanila lembut pada nota bawah.
(c) SELEPAS BEKERJA
OLEHENRIKSEN Lemonade Smoothing Scrub
Selepas melalui hari yang panjang, segarkan tubuhmu sambil membelai, menggilap dan melembutkan kulit dengan skrub mewah ini.
Ia berkuasa untuk menyental sel kulit mati dengan kombinasi AHA, enzim lemon dan gula, seterusnya menjadikan pori-pori lebih halus dan berbau harum.
Khusus buat peminat kecantikan, dapatkan lebih banyak informasi dan laporan produk terkini di pasaran dalam Majalah Nona!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap makanan punya khasiat tersendiri dan bermanfaat untuk kesihatan. Bukan sekadar diamalkan begitu sahaja, ia juga boleh dijadikan sebahagian daripada bahan penambah perisa. Selain itu, ia juga berguna untuk membantu merawat atau mengurangkan penyakit seperti kolesterol, darah tinggi dan kenaikan gula dalam darah. Jadikan ia amalan seharian, mana tahu ia menjadi penawar kepada masalah kesihatan anda.
Tanpa sedar, banyak antara makanan kita mempunyai nilai -nilai perubatannya yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah.
1.CERI
Ceri mengandungi serat, vitamin A dan C. Selain itu, ia mengandungi bahan kimia semulajadi dikenali sebagai anthosyanin yang boleh membantu menurunkan tahap gula darah pada penghidap diabetes.
Dalam kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia mendapati ia boleh mengurangkan pengeluaran insulin sebanyak 50 peratus. Antosionin juga boleh melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.
Lain-lain kebaikan ceri:
1.Meningkatkan sistem imuniasi badan.
2.Memperbaiki peredaran darah.
3.Membantu melawan lelah
4.Membantu mengurangkan sakit radang tenggorok.
2.CUKA
Cuka digunakan sejak berabad yang lalu. Antara buah yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, buah tin, epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Cuka didapati dapat menghalang kenaikan paras gula dalam darah. Ia juga bertindak sebagai insulin. Cuka mengimbangi gula lebih baik pada individu pradiabetik berbanding yang sensitiviti insulin normal.
Lain-lain kebaikan cuka:
1.Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.
2.Membantu membuang darah kotor dan melancarkan peredaran darah.
3.KULIT KAYU MANIS
Kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Diabetes Care menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh menyebabkan otot dan sel hati bertindak balas lebih mudah kepada insulin. Ia dengan itu meningkatkan penurunan berat badan. Tindak balas lebih baik terhadap insulin bermakna baki gula dalam darah yang lebih bermakna.Ia menyebabkan insulin dilepaskan ke dalam tubuh.
Lain-lain kebaikan kulit kayu manis:
1.Membantu mengatasi masalah pencernaan.
2.Membantu mencegah makanan daripada cepat busuk atau rosak.
3.Merangsang peredaran darah terutamanya pada jari tangan atau kaki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Emma Maembong merupakan antara selebriti tanah air yang memiliki rupa paras cantik dan susuk tubuh menawan. Sudah pun bergelar isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata, Emma rupa-rupanya pernah mengalami masalah berat badan hingga mencecah 69 kilogram suatu ketika dulu. Perkara itu didedahkan empunya diri sewaktu sesi fotografi bersama Nona tidak lama dulu.
Melihat susuk tubuh ideal yang dimiliki Emma pasti ramai yang tidak menyangka wanita cantik ini pernah ‘bertarung’ untuk menurunkan berat. Saat ditanya mengenai hal tersebut, ini reaksi spontan Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, “Ya, saya pernah alami berat badan sampai 69kg! Saya pun terkejut.
Mujur saya ni jenis yang kalau nak kurus memang saya akan betul-betul all out. Maknanya saya akan mula disiplin jaga makan dan minum. Alhamdulillah, sekarang dah dapat berat badan ideal 49kg.
Kalau ada yang kata memang saya dah dilahirkan cantik tu sebenarnya tak betul jugak. Orang nampak yang cantik je realitinya kita ni struggle nak maintain. Kena jaga makan, jaga tidur dan diet. Ikutkan, saya ini ‘hantu nasi’. Dalam sehari mesti akan makan nasi sebab saya tak suka western food. Macam burger dan spageti pun jarang makan.
Biasanya saya akan makan nasi dalam portion yang sedikit tapi kerap. Kalau tengah sibuk sangat, saya cuma makan sehari sekali je. Lagi-lagi bila sibuk shooting, makan waktu petang sekali je lepas tu dah tak makan dah. Bukan sebab nak kurus pun tapi memang jenis yang tak berselera sangat nak makan.”
Mengakui seorang yang mempunyai daya ketahanan diri yang rendah, Emma bagaimana pun kini lebih prihatin dengan penjagaan kesihatan diri. “Dulu, banyak benda yang saya tak suka dan tak nak buat. Tapi bila usia makin meningkat dan atas nasihat kakak, saya mula ambil supplement. Dari kecil lagi antibodi saya rendah dan mudah jatuh sakit atau berjangkit dengan orang yang selesema dan sebagainya.
Bagi saya pengambilan supplement penting. Tambahan pula saya ada low blood, tak minum susu, tak makan sayur… jadi kena jaga kesihatan dalaman bukan jaga kecantikan luaran semata-mata.
Bab kecantikan kulit pula, saya akan pastikan minum air secukupnya dan elak makanan berminyak. Paling penting bila nak tidur, muka mestilah bersih. Jangan sesekali tidur dengan mekap. Penat macam mana sekalipun saya akan tetap cuci muka, pakai moisturizer dan face mask. Face mask ini penting. Bila konsisten buat baru akan nampak perubahan di kulit kita,” ujarnya.
Kredit foto: Instagram Emma Maembong
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelantun lagu ‘Tenda Biru’ Desy Ratnasari antara selebriti Indonesia yang terkenal dengan penampilannya yang memukau dan awet muda. Disember tahun ini genaplah usianya yang ke-50 tahun.
Biarpun memiliki pesona yang tak luntur dek usia, Desy Ratnasari tetap memilih untuk hidup sendiri berstatuskan ibu tunggal anak satu.
Nona kongsikan 5 info terkini mengenai aktres dan penyanyi kelahiran Jawa Barat, Indonesia ini yang kini aktif dalam bidang politik.
AWET MUDA
Ini adalah penampilan terkini Desy Ratnasari ketika menghadiri promo filem terbarunya, Buya Hamka.
Terserlah kecantikaan Desy Ratnasari persis wanita yang berusia 30an.
ADA KELAS TERSENDIRI
Semakin berusia, daya tarikan Desy Ratnasari dikatakan semakin meningkat.
Bukan sahaja cantik, sikap Desy Ratnasari yang tenang serta bijak membuatkan dirinya kelihatan lebih classy.
SELESA BERSENDIRI
Sudah 20 tahun Desy Ratnasari berstatus janda. Walaupun sudah bertahun-tahun bergelar janda, masih tiada tanda-tanda Desy Ratnasari bakal mengakhiri zaman jandanya itu.
Desy Ratnasari lebih selesa hidup sendirian di samping anak perempuan tunggalnya, Nasywa.
DENGAN ANAK MACAM KAKAK-ADIK
Walau tidak mempunyai pasangan, Desy Ratnasari tetap kelihatan ceria menjalani hari-hari bersama anak tunggalnya.
Dia sering berkongsi detik-detik mereka di akaun Instagram peribadinya. Setiap kali mereka berjalan berdua, ibu dan anak ini sentiasa kelihatan seperti adik beradik.
FOKUS KARIER & ANAK
Dalams satu sesi temu bual, Desy Ratnasari pernah mengakui dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk jodoh.
Ini kerana, dia masih belum menemui lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Buat masa ini, Desy Ratnasari memilih untuk lebih fokus kepada karier dan membesarkan Nasywa.
Kredit Foto: Instagram Desy Ratnasari
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggi sungguh adab Kieda terhadap suami tercinta, Mohd Hilmi Mohd Zaki. Tidak hairanlah rumah tangga yang dibina selama 12 tahun bertambah bahagia dan penuh kasih sayang. Tersentuh dengan pesanan pemilik Kieda Crepe House ini yang menjaga martabat dan ...