Impian Miliki Rumah Sendiri Bakal Jadi Kenyataan Menerusi PPA1M! Rebut Peluang Sekarang

Pada saat nilai hartanah semakin melambung tinggi, usaha kerajaan menerusi projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) seakan memberi nafas baru kepada rakyat khususnya penjawat awam.  Terbaru, menerusi iklan yang terpapar secara meluas di Internet tentang PPA1M Brickfields nyata satu tawaran memiliki rumah sendiri yang cukup menarik.

Sudahlah lokasi pembinaan terletak di pusat tumpuan Kuala Lumpur malah harga yang ditawarkan juga berpatutan. Mana hendak dapat harga sebegitu lebih-lebih lagi di kawasan strategik di Brickfields.

Berikut ringkasan projek PPA1M Brickfields yang membabitkan sebanyak 913 unit yang kini sedang dalam proses pembinaan. Ia terdiri daripada 2 blok 47 tingkat pangsapuri yang terletak di Jalan Ang Seng, Brickfields dengan empat jenis keluasan iaitu 900 kaki persegi, 1, 000 kaki persegi, 1002 kaki persegi dan 1, 500 kaki persegi. Setiap unit ini juga merangkumi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

PPA1M Brickfield dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti tadika, dewan serbaguna, surau, kawasan permainan kanak-kanak dan sebagainya. Lebih menarik, perjalanan dari Nu Sentral serta stesen KL Sentral hanya 10 minit. Begitu juga untuk ke pusat beli-belah, Midvalley Megamall.

APARTMENT JENIS E

 

APARTMENT JENIS F

Tiga jenis apartment iaitu C, D dan E turut tersedia dengan 1 ruang tempat letak kereta yang masing-masing bernilai RM90, 000, RM 150, 000 dan RM228, 000. Manakala Apartment Jenis F ditawarkan pada harga RM300, 000.

APARTMENT JENIS C
APARTMENT JENIS D

 

Share
Published by
Suzi