Melihat gaya hidup mewah Jinkee Pacquiao pasti ramai rasa cemburu. Dilimpahi dengan kesenangan duit, isteri kepada bekas senator Filipina yang juga atlet tinj terkemuka dunia ini bertuah kerana dikurniakan ‘harta’ paling bernilai iaitu lima orang cahaya mata mereka.
Mengintai kehidupan Jinkee, wanita cantik ini memiliki apa yang diimpikan setiap wanita. Kebahagiaan berkeluarga, kaya, ternama dan berjaya!
Menerusi perkongsian Pengasas Jinkee Skin di media sosialnya, pasangan berpengaruh Filipina tersebut menduduki kediaman baharu mereka sekitar Mac lepas. Memang besar, moden dan mewah rumah Jinkee.
Dilengkapi dengan kolam renang dan landskap indah menghijau, dekorasi kediaman turut menjadi perhatian peminat.
Tahun lalu, suami Jinkee iaitu Manny Pacquiao aktif berkempen bagi merebut jawatan Presiden Filipina. Namun rezeki tidak berpihak kepada Manny.
Di sebalik kemewahan yang dinikmati hari ini, Jinkee dan suaminya pernah melalui liku hidup yang sukar.
Wanita cekal ini pernah hidup sengsara kerana selain kerjaya tinju suami yang kurang bersinar, Manny juga dahulunya seorang suami yang berfoya-foya, terlibat dengan judi dan perkara negatif lain.
Dek kerana sikap itu, Jinkee Pacquiao pernah terfikir untuk bercerai namun kerana sayangkan ikatan yang telah terbina dia sanggup bersusah-payah membantu membina semula kerjaya suami sehingga berjaya seperti sekarang.
Menurut GMA News, pasangan ini kembali menghangatkan hubungan yang kian retak menanti belah dengan menikmati bulan madu kali kedua mereka.
Dan buat pertama kalinya, Jinkee yang juga penerbit filem, usahawan dan personaliti media Filipina ini hadir menemani suami tercinta ke pusat latihan tinju di Los Angeles.
Dari situlah bermulanya perubahan positif Manny hingga melonjakkan namanya selaku ahli tinju terkemuka dunia. Berkat sokongan Jinkee dan usaha keras, Manny atau lebih dikenali dengan gelaran PacMan di gelanggang tinju telah dianugerahkan Fighter of the Decade pada 27 Julai 2009.
Sehingga ke saat ini, Manny Pacquiao tersenarai dalam The 20 Richest Boxers In The World 2019 dan dia menduduki tangga keenam dengan meraih pendapatan setinggi USD190
juta.
Memetik laporan Forbes pula Pacquiao antara 2019 The World’s Highest-Paid Athletes Earnings dengan pendapatan berjumlah sekitar USD26 Juta bagi setiap perlawanan yang dimenanginya.
Menurut Post Magazine, ahli tinju berkenaan dilaporkan membeli rumah agam di Beverly Hills bernilai USD12 juta yang dahulunya pernah didiami rapper Sean Combs. Pada 2010 Pacquiao dicalonkan sebagai Philippine House of Representatives dan bergelar Senator pada tahun 2016.
Menerusi perkongsian di Instagram wanita berusia 43 tahun ini, Jinkee turut memperlihatkan gaya hidup mewah dengan berkongsi kediaman mereka yang besar dan eksklusif serta cita rasa fesyennya.
Gemar bergaya dengan jenama mahal dari hujung rambut ke hujung kaki, Jinkee turut mempunyai koleksi beg tangan Hermes pelbagai saiz dan jenis.
Bahkan dia juga merupakan penggemar jenama Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton dan banyak lagi. Itu belum lagi kira kasut, jam tangan, baju, cermin mata hitam dan bermacam-macam aksesori lain yang ada dalam simpanannya.
Selain mempunyai rumah agam di Filipina, mereka juga dikhabarkan memiliki kediaman elit di Los Angeles.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/akhirnya-dream-home-kak-yatie-terlaksana-mahligai-mewah-anak-bonda-rozita-ibrahim-siap-2024/
This website uses cookies.