Kebanyakan wanita hari ini memiliki karier sendiri. Ini menjadikan golongan Hawa semakin multitasking. Kesibukan melaksanakan tugas yang tak pernah habis kadangkala menyebabkan seorang wanita itu sukar membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.

Khususnya bagi wanita yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat pasti mudah tertekan. Kadangkala tekanan boleh menjejaskan kesuburan sekaligus sukar untuk hamil. Pun begitu, usah mudah putus asa kerana masih ada cara yang boleh diamalkan bagi meneruskan ‘perjuangan’ anda untuk mendapatkan zuriat. Amalkan 6 cara ini dan lakukan secara istiqomah.

Ads

LUANGKAN MASA UNTUK HUBUNGAN INTIM

Masalah utama yang sering dialami oleh kebanyakan wanita berkerjaya. Usahkan untuk diri sendiri, masa untuk pasangannya pun tidak cukup. Jika pasangan pun sama sibuknya kemungkinan besar anda berdua sukar memiliki masa berkualiti untuk berhubungan intim. Keadaan ini pasti menyebabkan keinginan berhubungan intim menurun.

Cuba cara ini. Dalam seminggu luangkan masa untuk berhubungan intim sekurang-kurangnya sekali contohnya setiap hujung minggu. Pastikan segala tugasan diselesaikan dulu sebelum tiba hujung minggu. Manfaatkan hujung minggu sebagai waktu berkualiti bersama pasangan.

PERGI BERCUTI BERSAMA

Atur percutian selama beberapa hari bersama pasangan untuk meningkatkan semula ghairah seksual yang selama ini menurun. Sepanjang percutian usahakan untuk mematikan semua peralatan elektronik seperti telefon bimbit, laptop, tablet dan televisyen.

Impian Timang Anak Bakal Jadi Realiti, Berusaha Dengan 6 Cara Ini Agar Mudah ‘LEKAT’!

AMALKAN POLA PEMAKANAN SIHAT

Bila dah sibuk kebanyakan memilih makanan segera untuk alas perut kosong. Bagi meningkatkan kesuburan pilihlah makanan sihat dan berzat. Peluang untuk hamil juga cerah jika anda dan pasangan amalkan makanan yang mengandungi vitamin B bagi meningkatkan kesuburan.

Ads

Jika anda penggemar bijirin, amalkan ketika sarapan. Jika anda penggemar roti pilihlah roti gandum bagi menjaga kestabilan darah. Kajian menunjukkan gula darah yang tinggi menyebabkan kemungkinan untuk hamil berkurang sehingga 50%.

Impian Timang Anak Bakal Jadi Realiti, Berusaha Dengan 6 Cara Ini Agar Mudah ‘LEKAT’!

BERSENAM

Ads

Tak semestinya perlu ke gim. Sebagai wanita yang sibuk anda tetap boleh bersenam di waktu-waktu senggang contohnya ketika menaiki tangga berbanding lif. Atau, berjalan dari tempat parking kereta yang diletakkan jauh sedikit dari bangunan pejabat. Selain itu, anda juga boleh mempraktikkan senaman ringkas seperti berlari setempat selama 5 minit. Boleh dilakukan semasa bangun tidur. Boleh juga amalkan senaman plank di pagi hari ketika bangun tidur selama 30 saat setiap hari.

KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL

Terlalu kurus atau gemuk kedua-duanya menyumbang kepada masalah ketidaksuburan. Contohnya kitaran haid tak teratur atau tiada langsung dalam tempoh beberapa bulan. Maka, sesibuk mana pun anda usahakanlah untuk menjaga pemakanan. Kawal berat badan dengan sentiasa memeriksa di kalkulator BMI.

KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Hadkan pengambilan kafein jika anda mahu menjaga kesuburan. Menurut kajian, beberapa cawan kopi dan teh sehari mempengaruhi ovulasi di kalangan wanita. Pastikan anda tidak terlalu kerap meminumnya. Bagi menggantikan kopi untuk menghilangkan mengantuk apa kata anda pilih yogurt, biskut atau potongan buah sebagai kudapan. Untuk menghilangkan mengantuk anda juga boleh berjalan kaki sebentar atau cuci muka.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI