Kejelitaan adik kepada pelakon Fathia Latiff ini sering mencuri tumpuan. Sebelum ini gadis peramah ini menjadi viral dan ramai yang mengatakan Fasiha, Beauty With Brains kerana baharu saja menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran di salah sebuah universiti di Ireland.
Kesempatan bertemu dengan bakal doktor cantik ini sambil bertanyakan perkembangan terkininya, “Saya tengah tunggu panggilan untuk buat housemanship. Sementara menunggu panggilan itu saya buat side income dengan modelling dan bisnes kecil-kecilan,” tutur Fasiha memulakan bicara.
Apabila diajukan tentang pandangan skeptikal tentang penampilan doktor dahulu yang tidak pandai bergaya, jawabnya, “Pada pandangan saya mungkin dahulu student medical ini terlalu fokus kepada satu perkara sahaja.
Namun student medical generasi Y ini lebih terbuka. Ada di kalangan pelajar perubatan yang buat side income ketika belajar dahulu. Malah bila dah bekerja pun masih boleh buat side income. Berbeza generasi berbeza sedikit pandangan mereka.
Kalau on-call sempat tak nak bersolek? Saya belum bekerja lagi jadi saya tak dapat nak jawab soalan tersebut. Tapi pengalaman saya menjadi medical student yang praktikal di hospital sempat saja kalau nak bersiap cantik-cantik pergi hospital,” bicara Fasiha sambil tertawa.
“Walaupun sekarang saya lebih cenderung ke arah peragaan dan menjadi Influencer tetapi passion saya memang nak jadi doktor. Kerana itu cita-cita saya sejak kecil lagi. Dulu masa kecil saya suka tengok sepupu yang punya kerjaya sebagai seorang doktor. Dalam masa yang sama saya suka menolong orang. Saya juga suka join badan-badan sukarela. Saya rasa apa yang saya dapat saya perlu bagi balik kepada orang ramai.
Pakar estetik? Saya lebih minat kepada kardiologi iaitu bidang yang berkaitan dengan jantung. Salah satu sebab mungkin kerana banyak ahli keluarga saya yang mempunyai masalah jantung. Selain itu saya juga minat dalam bidang lain terutama perniagaan. Saya mempunyai jenama tudung dan produk kecantikan sendiri,” katanya.
Tidak lengkap perbualan andai tidak bertanyakan tentang kakaknya, Fathiya Latiff. “Secara jujurnya saya sedih apabila membaca komen-komen pedas tentang kakak saya. Sebagai adik saya sentiasa akan menyokong kakak saya kerana kalau bukan ahli keluarga siapa yang akan menyokongnya. Lagipun saya kenal siapa kakak saya,” ungkap Fasiha.
This website uses cookies.