Ingatan Buat Mertua, Cubalah Untuk Menyukai Menantu Perempuan Anda Sebelum Terlambat!

Sekadar perkongsian dari seorang pengamal undang-undang syariah, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli (klik sini), majoriti perceraian yang berlaku kerap berakhir dengan isu keluarga mertua menuding jari pada kesalahan menantu.

Anak kandung kita boleh pijak-pijakkan, sebab itu anak yang kita pelihara, jaga dan didik sepenuhnya tapi jika menantu, kita perlu sayangi mereka melebihi dari anak kita sendiri.

Tapi hari ini, masih adakah dari kalangan mertua yang menyayangi menantu lebih dari anak sendiri? Allahurobbi… Moga-moga kami diberikan kekuatan dan diizinkan untuk buat yang terbaik dalam amanah ini.

Dalam satu hantarannya di Facebook, beliau terpanggil untuk memberi ingatan kepada para mertua yang suka mencari kesalahan atau membenci menantu sendiri. Tidak disedari kebanyakan wanita yang pernah melalui perceraian turut bersetuju dengan renungan tersebut!

======================================

Mertua, kalau hari ini awak tak suka menantu perempuan awak, maka fikirlah sekali lagi…

Cubalah utk menyukainya sebelum terlambat…

Kenapa…?

Kerana kita akan semakin tua, tahap kesihatan kita akan semakin merosot… Kita akan uzur, takkan cergas dan kuat macam dulu lagi… Kita akan menghadapi kesukaran untuk menguruskan diri kita sendiri, kita akan cepat lupa…

Pandangan kita akan kabur…

Dan ketika itu, kita hanya dapat mengharapkan bantuan dan pertolongan dari anak lelaki kita, tolong kita, urus kita, jaga kita, pimpin kita, mandikan kita dan suap kita makan…

Tapi dia perlu bekerja…

Dia perlu mencari rezeki dan dia akan suruh isterinya untuk menjaga kita… Isterinya itu siapa?

Menantu kita…

Menantu yang kita tak suka itu la yang akan menguruskan kita… Menantu yang kita benci itu la yang akan memandikan kita… Menantu yang selalu kita mengata dan mengumpatnya itu la yang akan menyuap kita makan…

Anak kita kena bekerja dan kita kena faham…

Jadi, jika ada mertua di luar sana yang masih tak suka menantunya, fikirlah la baik-baik, fikirlah dalam-dalam. Menantu awak tu adalah pilihan anak awak, dia suka dan selesa dengan pilihannya… dia bahagia dengan pilihannya.

Kenapa kita tidak suka dengan pilihan anak kita?

Terimalah menantu awak seadanya dirinya, berbuat baiklah kepadanya, bimbinglah dia kerana satu hari nanti, awak akan dijaga olehnya… bukan tanggungjawab dia untuk menjaga awak, tapi itu ehsan dari seorang menantu terhadap seorang mertua…

Kredit: Rabiatul Adawiyah Ramli

 

Share
Published by
Norzalina