Menikmati sajian lazat di Nobu Kuala Lumpur, sambil menikmati pemandangan langit yang terbentang indah, tentu saja mencipta satu gastronomi yang berbeza serta sukar diungkap dengan kata-kata.
Bukan sekadar menjadi pilihan VVIP, malah ramai selebriti terkenal serta kerabat diraja yang gemar ke Nobu. Antaranya puteri Selangor YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah, Sazzy Falak, Marion Caunter, Kavita Sidhu dan Aaron Aziz.
Meskipun menawarkan atmosfera elit, tapi jangan takut untuk melangkah ke Nobu kerana kini sesiapa pun mampu ke situ. Restoran yang terkenal dengan imej berprestij dan aneka juadah Jepun ‘pork free’ sebenarnya menawarkan harga yang berpatutan.
Menu terbaru Prix-Fixe mula diperkenalkan penghujung Februari lalu sebagai menghargai kesetiaan pelanggan. Menariknya, menu ini membolehkan pelanggan memilih beberapa sajian popular untuk hidangan tengah hari yang sebelum ini hanya boleh didapati dalam menu makan malam.
Bukan sekadar memilih juadah pembuka selera dan sajian utama daripada menu popular Nobu, anda juga boleh mendapatkan pandangan daripada pelayan restoran atau Executive Chef Philip Leong untuk menikmati sajian pencuci mulut yang sesuai dengan cita rasa anda.
Set menu tengah hari Prix-Fixe merangkumi tiga hidangan iaitu pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut yang berharga RM165++ seorang dengan minuman percuma teh hijau.
Antara menu Prix-Fixe yang diketengahkan dan menyerlahkan identiti sempurna Nobu sebagai restoran Japanese-Peruvian adalah Salmon New Style Sashimi, Yellow Tail Jalapeno dan Salmon AntichuchoDonburi.
Sementara sajian pencuci mulut yang disediakan adalah Banana Harumaki, Green Tea Fiji Shaved Icedan Sata-Andagi. Selain tarikan makanan yang ada di sini, Nobu Kuala Lumpur juga sempurna untuk dijadikan lokasi majlis keraian atau pertemuan ahli keluarga kerana terdapat dua ruang privasi yang disediakan iaitu Skyview 1 dan Skyview 2.
Setiap satu ruang mampu menempatkan 20 orang dalam satu-satu masa dan juga disatukan menjadi ruang yang lebih besar sehingga memuatkan 60 tetamu. Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan menu Prix-Fixe dan acara di Nobu Kuala Lumpur, layari www.noburestaurants.com.