Allahu, dia baru berusia 23 tahun tapi dugaan yang Allah berikan kepadanya sangat besar. Mungkin empunya diri pun tak pernah terlintas akan menghidap penyakit ini. Mahu atau tidak, inilah takdir yang perlu ditempuh Nur Farlena.
Meskipun sukar menerima kenyataan pada awalnya, namun sokongan padu ibu tersayang dan keluarga membuatkan wanita ini cekal melawan sakit.
Apa yang pasti, catatan ‘perjuangan’ Farlena yang dikongsikan di Facebooknya hari ini mendapat perhatian ramai. Rata-rata mereka yang membaca coretan ringkasnya melahirkan reaksi positif.
“Aku baru kerja setahun, tak sah jawatan lagi baru nak rasa pikul tanggungjawab tu ermm dah sakit. Aku sakit sejak tahun lepas lagi. Demam berpanjangan sampai 2 bulan. Malam-malam badan panas sangat.
Hujung bulan 12 sakit belakang pulak, X-ray takda apa-apa. Refer Ortho, refer Physio. Aku pergi TCA, aku banyak MC masa kerja sebab aku tak tahan sangat. Aku sakit, aku telan ubat tahan sakit. Tak jalan. Sakit. Tapi aku masih boleh berjalan. Awal 2018, aku start demam balik, batuk dan tumbuh biji-biji kat leher. Aku jumpa doctor hospital, doctor kampung pun aku jumpa tapi still sakit. Biji tu pulak makin banyak dan aku mula semput, berpeluh waktu malam dan cepat letih.
28/4/2018 aku kerja shift pagi. Masa tu memang tengah semput tapi sr suruh pergi klinik staff sebab tengok aku tak sihat. Aku naik motor buruk aku pergi klinik staff. Dekat klinik staff, buat X-ray, ambik darah semua. Doktor kata paru-paru ada air, lungs teruk sangat… refer medical. Suspek TB pulak. Maka admit wad.
Dekat wad aku punya diagnos macam-macam. Buat sputum 3 kali, negatif. Ambil biopsy dekat leher, dekat lung (tak dapat-dapat detect juga). Aku dah on ubat Tibi dah, pahit, banyak, tak sedap pulak tu. Last-last ambil biopsy dekat celah paha aku, ambil biji tu. Seminggu lepas tu baru tahu lymphoma.
Eh, sepanjang aku kat wad aku semput, dari tak pakai oksigen, kena pakai high flow mask. Nasib tak intubate je. Aku kena cucuk sana-sini, dekat belakang, tepi, nak buang air. Bayangkan apa aku rasa? Pleural taping banyak kali. Chest tube aku 3 kali kena. Kiri kanan pulak tu. Sakit, pedih. Nak buat macam manakan, kalau tak aku semput, tak boleh nak bernafas. Seksa weh, aku rasa saat nak hilang nyawa tu macam mana, Allah bagi aku rasa.
23/5/18 diagnos cancer lymphoma, 24/5/18 transfer Hospital Ampang. Petang doctor review kata dah stage 4 . Aku hilang arah masa tu, air mata bertan-tan juga lah. Tengok mak kat sebelah, lagi aku sedih. Lama-lama aku reda, aku cuba lawan.
Sekarang aku dah kemo kali ketiga, inshaAllah nanti proceed untuk yang seterusnya. Aku takut, cuma aku yakin ada Allah, sakit penghapus dosa, terima sakit dengan reda. Jangan stress, stress punca kanser merebak. Tenang-tenang je. Aku kuat kerana Allah S.W.T, mak, keluarga aku, sahabat-sahabat dan ada seseorang yang masih setia bersama aku walaupun aku macam ni. Doakan aku tau. Panjang lagi perjuangan aku ni. Kemo tak habis lagi. Terima kasih semua sebab banyak bantu aku. Much of love.”
Benar, sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Mungkin ini juga salah satu ‘cara’ Yang Maha Esa menguji hambaNya agar sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepadaNya. Berdoa dan tawakal dengan ketentuan ini. Moga ada sinar hidayah di penghujungnya kelak.
Sumber: Facebook Nur Farlena