Ingin Kembali Langsing Selepas Perintah Kawalan Pergerakan? Ini 6 Tip Diet Yang Boleh Dipraktikkan!

Selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, rata-rata rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah bagi mengelakkan wabak Covid-19 daripada terus merebak. Hal ini menyebabkan aktiviti-aktiviti di luar tidak dapat dilakukan. Kesannya, berat badan mula bertambah. Maklumlah, apabila kerja di rumah, kita asyik terdedah dengan makanan dan kerap berasa lapar.

Pasti hal ini sedikit sebanyak membimbangkan anda semua terutama buat wanita. Manakan tidak, takkan nak masuk pejabat dengan bentuk badan yang semakin berisi? Oleh itu, penting bagi anda semua sentiasa menjaga pemakanan sepanjang Perintah Kawalan Pergeraka dilaksanakan. Jom Nona kongsikan 6 tip yang boleh dipraktikkan agar bentuk tubuh badan anda kekal langsing!

1. KETAHUI TARGET

Bilakah anda patut bermula diet, bergantung kepada sasaran anda. Jika anda ingin menurunkan lima kilogram, anda memerlukan sekurang-kurangnya lima hingga 10 minggu. Sasaran jangka pendek ini relevan bagi yang ingin menghilangkan lemak dan tiada kaitan dengan otot adn tisu tubuh. Menurut jurulatih selebriti Hollywood, Cynthia Conde kadar susut berat badan yang ideal ialah tiga kilogram sebulan. Penurunan berat badan boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam.

2. PIL BUKAN PENYELESAIAN

Jangan jadikan pil kurus sebagai jalan singkat. Kebiasaannya pil kurus akan memberi kesan kepada sistem nervous. Kandungan kafein di dalam pil kurus pula menyebabkan anda berasa moody dan ‘edgy’, lantas berasa stress dan resah gelisah. Jika masa semakin singkat Cynthia Conde mencadangkan anda mengurangkan pengambilan kalori, tingkatkan pengambilan protein dan elak makanan berlemak.

3. JANGAN STRESS

Mungkin bekerja dari rumah boleh mendatangkan stress pada anda keranan faktor-faktor tertentu seperti persekitaran, kemudahan dan sebagainya. Emosi yang tidak stabil antara punca kegagalan diet kerana ramai yang stres memilih makanan sebagai penawar. Oleh kerana itu anda dinasihatkan memulakan program diet lebih awal.

4. BERSENAM

Lakukan senaman ringan sekerap yang mungkin. Senaman ringkas seperti berjalan sejauh tiga batu, atau berjoging sudah memadai. Lakukan dengan kerap supaya bentuk tubuh idaman kekal langsing sehingga Tempoh Kawalan Pergerakan selesai.

5. JANGAN SEKAT MAKANAN

Portrait of a casual woman at home eating a healthy snack and looking happy

Tidak makan bukanlah cara terbaik untuk diet, sebaliknya anda perlu mengurangkan portion makanan bagi setiap sesi. Selain itu, pakar nutrisi turut mencadangkan anda mengambil makanan dalam portion yang sedikit namun kerap. Jika anda skip walaupun satu hidangan tubuh akan menukarkan makanan kepada lemak sebagai sumber tenaga. Manakala jika anda mengurangkan portion, makanan yang diambil akan dibakar secara berkesan dan lemak akan menjadi sumber utama tenaga. Lebih pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi vitamin dan khasiat yang baik untuk kulit. Sekali gus seri wajah di hari bahagia dapat diserlahkan dari dalam.

6. BERPUASA

Berpuasa antara amalan yang disunatkan dalam Islam. Semua sedia maklum berpuasa itu banyak hikmah dan kebaikannya. Oleh itu, apa kata anda berpuasa sebagai salah satu proses menurukan berat badan. Namun, awas menu anda pabila berbuka puasa, jangan berlebih-lebihan dan sebaiknya pilih yang berkhasiat sahaja. Tiada istilah reward diri setelah letih dan berlapar sepanjang hari.

Share
Published by
Fadhli Ismail