Ingin Nikmati Percutian Affordable Luxury? CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang Penuhi Impian!

Setiap kali mencari hotel untuk penginapan, pelbagai faktor perlu diberi perhatian. Antara faktor yang sering menjadi keutamaan ialah perkhidmatan ayng ditawarkan, lokasi dan sebagainya. Kini, satu lagi ikonik terbaharu di ibukota Kuala Lumpur telah mula membuka pintu perniagaannya. Bermula 1 Jun 2019 yang lalu, CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang  menambah koleksi deretan hotel yang mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Menampilkan konsep moden yang menepati citarasa golongan muda masa kini. CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang merupakan wadah baharu definisi affordable luxury di bawah  pasaran Asia selepas pembukaan Hotel Taipei North Gate pada Julai 2017 dan Hotel Shanghai Hongqiao yang memulakan operasinya pada Disember 2018 yang lalu.

CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang diberi nama sempena nama kawasan yang popular di ibukota  di mana ia menjadi nadi untuk membeli- belah, hiburan, aneka hidangan yang enak, fesyen dan sebagainya.

Malahan, lokasi  CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang yang terletak di tengah-tengah segitiga emas ibukota Kuala Lumpur yang berkembang pesat.  Memilih lokasi yang popular di kalangan pelancong dan warga tempatan, ianya merupakan lokasi yang strategik untuk sebuah hotel selepas  penat seharian melakukan tugasan mahupun bersiar-siar.  Tambahan pula,  lokasi yang sering menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong seperti Bukit Bintang itu tidak pernah sunyi dari pelbagai aktiviti perniagaan, lokasi pelbagai aktiviti pelancong dan sebagainya, pastinya memerlukan lokasi untuk beristirehat dalam suasana yang damai.

Jalan Alor yang terletak hanya kira-kira  100 meter dari CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, sememangnya terkenal kerana menyajikan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa menjadi pilihan untuk pelancong yang menginap di CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang bersantai dan menjamu selera.

Melangkah masuk ke ruang lobi CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, suasana vibrant  dan moden menyambut kedatangan para tetamu yang bakal menginap di sini. Hotel yang menawarkan 210 bilik penginapan lari dari konsep biasa hotel dengan mengetengahkan  innovative front-desk dan in-room technology serta smart rooms yang lengkap dengan kemudahan teknologi pada harga yang berpatutan.

Untuk check in, anda akan menggunakan sebuah kiosk yang memudahkan proses check in ke hotel. Ia sekaligus melenyapkan ‘kepayahan’ dan proses daftar masuk yang konvensional di kebanyakan hotel-hotel di seluruh dunia.  Malah, dekorasi bagaikan di ruang tamu kediaman menjadi pilihan di ruang lobi CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang di mana ia turut dilengkapi sofa dengan rona terang, beberapa hasil seni yang digantungkan di dinding, rak buku yang menempatkan pelbagai judul buku serta televisyen.

Bahagian lobi yang menggunakan rona vibrant dan gaya dekorasi moden menyuntik elemen segar dan menjadi ingatan setiap kali melangkah masuk ke ruang lobi, apatah lagi pemandangan dari bahagian luar lobi yang boleh dilihat dari jalan utama di hadapannya. Mana tidaknya, gaya dekorasi yang stylish menyemarakkan lagi gaya hidup moden masyarakat Malaysia.

Bahagian living room ini mengetengahkan konsep dekorasi dengan gabungan painted art ceiling, foliage carpets

dan tumbuhan menghijau yang melambangkan kepelbagaian warna dan keindahan alam semulajadi Malaysia yang sememangnya terkenal dengan alam semulajadi. Malah para tetamu yang menginap di CitizenM  Kuala Lumpur Bukit Bintang boleh menggunakan kemudahan di living room seperti keselesaan tatkala berada di kediaman sendiri untuk berehat, membaca, menonton televisyen atau berjumpa dengan teman-teman. Malah the living room merupakan ruang yang menjadi trademark yang diketengahkan di mana-mana CitizenM di seluruh dunia.  Lebih membanggakan, hasil seni dari anak tempatan seperti Azizi Latiff dan Afiq Faris menjadi pilihan untuk beberapa ruang dekorasi di sini.

Selain itu, canteenM, merangkumi ruang makan dan bar menyediakan perkhidmatan F&B 24 jam sehari, 7 kali seminggu. Di sini, para tetamu boleh menikmati hidangan berat, snek, minuman dan aneka jus serta kopi segar yang disediakan oleh barista CanteenM sama ada untuk minum pagi, minum petang mahupun minum di tengah malam! Mulakan hari dengan pilihan sarapan pagi yang enak dengan seleksi hidangan panas mahupun sejuk mengikut citarasa anda!

Bagi kemudahan pelancong yang melakukan perjalanan atas nama urusan perniagaan, CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang turut menyediakan kemudahan yang bersesuaian dengan urusan perniagaan anda dengan menyediakan  ruang dikenali sebagai society, merangkumi tiga bilik mesyuarat yang memberi dimensi baharu dalam mencipta suasana mesyuarat nan berbeza. Lupakan gaya bilik mesyuarat konvensional di kebanayakan hotel kerana societyM  menyediakan bilik  dalam set up theatrestyle yang boleh memuatkan sehingga 40 orang dalam sesebuah mesyuarat.  Setiap  bilik societyM mempunyai kemudahan Vitra furniture, dekorasi moden, kemudahan  audio visual dan sesuai untuk seminar, workshop dan sebagainya.

Berbicara mengenai bilik penginapan yang disediakan di citizenM sememangnya ia lari dari tema biasa di kebanyakan hotel. Kebiasaannya hotel akan menyediakan bilik dengan tiga kategori berbeza. Namun begitu, CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang hanya mempunyai satu jenis bilik sahaja yang mana memberi erti kata bahawa setiap tetamu mempunyai kemudahan yang sama. Setiap bilik dilengkapi kemudahan katil bersaiz XL dan tilam yang empuk, bantal duvet

dan bilik mandi yang selesa dan menyegarkan.

Malah, setiap bilik penginapan menyediakan kemudahan televisyen pintar, beberapa plug untuk mengecas alat teknologi serta kemudahan wifi yang laju kerana ia telah menjadi sebahagian dari gaya hidup moden masa kini. Lebih istimewa, citizen membawakan konsep ‘MoodPad’ di mana tetamu boleh menetapkan sendiri mood yang diinginkan di dalam bilik termasuklah mood untuk parti, berehat, romantik atau menonton filem. Tambahan pula, ia turut dilengkapi kemudahan wifi berkelajuan tinggi yang memberikan nilai tambah untuk penginapan yang lebih selesa dan menarik!

CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang baharu sahaja membuka pintunya kepada para tetamu sejak 1 Jun 2019 yang lalu dan merupakan hotel dari jenama Belanda yang pertama dibuka pada tahun 2019 dan citizen merupakan hotel ke 16 jenama tersebut secara keseluruhannya. Untuk maklumat lanjut, layari citizenM.com.

Share
Published by
Rosmah Idayu