Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Ungkapan ini sering didengari bagi mereka yang ingin berjaya dalam hidup terutama dari segi kerjaya. Ramai wanita kini yang menyambung pelajaran walaupun sudah mempunyai karier mahupun berumahtangga. Pastinya gaya fesyen yang sama setiap hari membuatkan anda bosan dan tidak bersemangat untuk menghadiri kuliah. Tidak salah jika sekali-sekali ingin berfesyen dan tampak trendy bagi membina keyakinan diri. Jom Nona kongsikan tip mudah untuk anda tampil selesa dan fashionable.

1. SELUAR

IKLAN

Ingin Tampil Selesa & Trendy Di UNIVERSITI, Ikuti 6 Tip Mudah Ini!

Anda boleh mengenakan seluar denim. Namun, harus diingatkan, seluar jenas yang dipilih tidaklah terlalu ketat. Jika nak mencuba nasib, boleh gayakan dengan baju yang panjang dan labuh. Untuk jeans yang selamat, anda boleh menggunakan jeans seperti “mum’s jeans” yang agak popular baru-baru ini tetapi tidak semua orang sesuai dengan potang mum’s jeans ni. Bagi yang ingin nampak feminin tapi malas nak menggayakan skirt, anda boleh mencuba seluar seperti palazzo yang kelihatan seperti skirt tetapi sebenarnya seluar.

2. SKIRT

Ingin Tampil Selesa & Trendy Di UNIVERSITI, Ikuti 6 Tip Mudah Ini!

Kemungkinan ramai yang tidak suka untuk menggayakan skirt di universiti. Alasannya sebab leceh untuk berjalan dengan skirt. Anda boleh memilih skirt yang ringan dan nipis! Tapi jangan terlalu nipis sehingga nampak aurat ya. Jika anda sudah bosan dengan skirt rona hitam ataupun baju kurung, anda boleh cuba untuk menggayakan skirt yang mempunyai motif ! Ia boleh memberikan gaya lebih fun dan sesuai untuk ootd anda!

3. BAJU

Ingin Tampil Selesa & Trendy Di UNIVERSITI, Ikuti 6 Tip Mudah Ini!

Anda bosan pakai T-shirt ke kelas? Anda juga boleh memakai kemeja ataupun blouse ke kelas. Jika ingin nampak Kasual, anda boleh gayakan dengan seluar jeans dan sneaker ataupun sandal dan jika anda mempunyai presentation, cuba gayakan blouse dengan seluar slack ataupun skirt. Seeloknya dapatkan baju berlengan panjang dan bukannya sehingga siku sahaja, baju berlengan panjang ni lebih selamat di universiti walaupun agak panas! Jangan takut untuk mendapatkan baju dalam warna yang terang, warna seperti biru dan merah akan membuat anda kelihatan yakin dan ceria semasa presentation!

IKLAN

4. JAKET

Ingin Tampil Selesa & Trendy Di UNIVERSITI, Ikuti 6 Tip Mudah Ini!

Jaket ataupun kardigan sesuai digunakan jika anda ingin menggunakan baju berlengan pendek memandangkan universiti anda tidak membenarkan untuk memakai baju berlengan pendek. Bomber jaket, kimono kardigan dan jaket denim adalah jaket yang sesuai digayakan di universiti. Selain memberi gaya lebih trendy, jaket juga mampu melengkapkan gaya anda.

5. KASUT

IKLAN

Ingin Tampil Selesa & Trendy Di UNIVERSITI, Ikuti 6 Tip Mudah Ini!

Sneakers ataupun balet flat adalah pilihan yang paling tepat! Kebiasaannya, semasa di universiti, anda memerlukan aktiviti berjalan kaki intuk ke kuliah. Pastinya kasut tumit tinggi bukanlah pilihan yang sesuai. Namun, anda boleh memakai kasut tumit tinggi jika mempunyai sebarang presentation ataupun majlis rasmi. Jika tidak mahu pakai dari rumah, anda boleh memakai kaust lain terlebih dahulu.Tambahan pula, kasut yang bertutup tampak lebih sesuai digayakan di universiti.

6. BEG

Ingin Tampil Selesa & Trendy Di UNIVERSITI, Ikuti 6 Tip Mudah Ini!

Pilih beg yang besar untuk ke universiti! Jika tidak mahu membeli beg baru, anda boleh menggunakan beg laptop anda. Tetapi, jika anda mahukan beg khas untuk ke universiti, dapatkan beg yang boleh memuatkan buku-buku anda. Antara beg yang sesuai dibawa ialah beg jenis tote bag, bag pack dan sling bag.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI