Kalaulah kulit kita boleh berkata-kata … pasti anda tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan produk kecantikan dan kosmetik sembarangan. Tahukah anda, secara purata seorang wanita menyerap sehingga 2.3 liter bahan kimia setahun menerusi produk kecantikan yang digunakan. Malah, dianggarkan 515 bahan kimia sintetik ‘hinggap’ di tubuh seorang wanita setiap hari tanpa mereka mengetahuinya.

IKLAN

Prihatin terhadap penularan kesan sampingan ini kepada wanita, Melvita iaitu jenama organik nombor satu di Perancis mengambil inisiatif mendidik orang ramai agar bijak membuat pilihan. Sama ada untuk produk penjagaan kulit, badan mahupun kelengkapan peribadi, setiap orang khususnya wanita perlu MENOLAK bahan yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Antara kandungan bahan berbahaya yang patut dielak adalah:

  • Minyak mineral
  • Garam aluminium
  • Silikon
  • Propilena Glikol
  • EDTA
  • Formaldehid
  • SLS
  • Paraben

Mengapa pilih organik?

Ini Antara Sebab Wanita Lebih Terdedah Kepada Kanser Kulit. Jika Sayang Kulit Anda, Ambil Tahu

Kerana bahan-bahan organik membolehkan manusia menikmati gaya hidup lebih sihat, kulit yang lebih cantik dan alam sekitar yang bersih. Melalui penggunaan produk-produk organik, seseorang itu dapat bebas daripada perkara berikut.

  • Terhindar daripada bahan kimia berbahaya
  • Kurang risiko penyakit dan kesan sampingan
  • Mengelak pencemaran alam yang terhasil daripada sisa buangan bahan kimia
  • Memelihara alam sekitar untuk generasi seterusnya
  • Tidak berkompromi dengan sebarang ujian ke atas haiwan

 

IKLAN

Ini Antara Sebab Wanita Lebih Terdedah Kepada Kanser Kulit. Jika Sayang Kulit Anda, Ambil Tahu

 

IKLAN

Kelebihan produk rumusan organik

  1. Selesa & lembut pada kulit

Demi kesejahteraan bersama, rumusan produk organik memberi sentuhan ajaib kepada tubuh anda. Selain itu, ia diperkaya dengan bahan bermutu, tekstur pekat dan mengandungi minyak tumbuh-tumbuhan serta khasiat bunga yang menghasilkan aroma semula jadi memikat.

  1. Trend masa depan

Revolusi yang kian mendapat perhatian kerana selain memberi manfaat kepada kesihatan manusia, produk organik juga mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar yang dalam masa sama menjamin nilai-nilai ekologi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI