Nama pempengaruh masakan popular, Khairul Aming tidak perlu diperkenalkan lagi. Popular dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan berusia 31 tahun ini yang menjadi inspirasi semua golongan. Sempena ulang tahun kedua perniagaan, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi perjalanan beliau menjual sambal ciptaannya, Sambal Nyet Berapi.
Lebih manis lagi, tidak hanya menjual 1.5 juta botol dalam masa dua tahun, syarikatnya itu menerima dua anugerah daripada platform jualan online iaitu Shopee iaitu Best New Seller Award dan Best Customer Service Award.
“Selepas genap dua tahun beroperasi, alhamdulillah hari ini total jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah RM21.5 juta. Kita juga baru terima award untuk Sambal Nyet bagi kategori Best Customer Service. Let me share with you guys macam mana kita manage operation setiap hari,” kongsinya.
Lebih membanggakan, dedahnya jualan sambal 2021 berjumlah RM7.5 juta meningkat hampir 100 peratus pada 2022 iaitu RM14 juta. Usahawan sambal yang memiliki dua buah kilang di Kota Bharu, Kelantan itu mendedahkan langkah demi langkah proses penghasilan sambal yang menggunakan teknologi terkini sekali gus menjaga kualiti produk untuk pelanggannya.
Bekas jurutera dalam bidang minyak dan galian (oil and gas) yang memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan pengkhususan major Kejuruteraan Mekanikal dan minor dalam Material and Science Engineering dari Vanderbilt University di Amerika Syarikat ini berkongsi setiap hari sebanyak lebih 1,000 kilogram cili serta bawang digunakan untuk menghasilkan sambal.
Sumber: Sinar Plus
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.