Acara meraikan kegemilangan fesyen tanahair baru saja melabuhkan tirainya ahad lepas, namun kemeriahannya masih lagi diperkatakan sehingga kini. Dalam meraikan industri seni reka fesyen, turut menyaksikan kelebihan setiap pereka fesyen yang tampil dengan keunikan koleksi masing-masing.
Namun, yang pasti apa yang menarik perhatian sudah tentunya penampilan istimewa para selebriti yang hadir meraikan pereka fesyen kegemaran mereka, di samping memberi sokongan kepada koleksi yang dipersembahkan.
Setiap seorang dari mereka tampil dengan gaya dan ‘look’ tersendiri. Tanpa membuang masa, NONA senaraikan antara 10 selebriti yang menonjol di mata kami ketika acara tersebut.
IZARA AISHAH
Izara Aishah tampil menyarung busana berona hitam dengan fur coat berwarna merah jambu hasil ciptaan pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini.
UMMI NAZEERA
Hadir merayakan malam persembahan fesyen Rizman Ruzaini, Ummi Nazeera turut hadir memeriahkan dengan suntikan boyish look, memakai set penuh blazer berwarna ungu, dengan inner bewarna merah jambu hasil ciptaan Rizman Ruzaini.
AZIRA SHAFINAZ
Persis lollypop, Azira Shafinaz hadir memberikan sokongan untuk jenama Innai Red, tampil dengan busana rekaan jenama tersebut yang menyerlahkan penampilan Azira pada malam itu.
AINA ABDUL
Bukan Aina Abdul lah jika tidak tampil ekstravagan dan lain dari yang lain. Pada persembahan fesyen jenama Behati, Aina menyarung persalinan berona hitam yang berat dan ‘fluffy’ ciptaan Behati. Walau agak sedikit berlebihan, well its Aina Abdul!
EYKA FARHANA
Eyka Farhana tampil mewah dan elegan menyarung busana labuci meleret dan berlengan hasil ciptaan Rizman Ruzaini. Warna merah garang menyerlahkan lagi look Eyka pada malam itu.
KAVITHA SIDHU
Persis bidadari! Itulah gambaran yang dapat diberikan pada Kavitha yang hadir menyarung busana merah anggun hasil ciptaan Alia Bustamam.
KILAFAIRY
Siapa cakap tak boleh nak bergaya sakan walau menyarung hijab! Kilafairy membuktikan ‘you can look like a boss’ menyarung busana tuksedo hasil ciptaan Rizman Ruzaini
AMELIA HENDERSON
Anggun dan menawan!! Amelia Handerson tidak terkecuali hadir memberikan sokongan pada Rizman Ruzaini menyarung persalinan 2-piece merah dengan sarung tangan yang sangat elegan.
SCHA AL YAHYA
Its not KLFW without Scha of course! Scha tampil sofistikated dan elegan menyarung busana hijau zamrud hasil kreatif Alia Bastamam.
MARION COUNTER
Walaupun Marion Counter tidak dapat memenuhi kerusi barisan hadapan KLFW untuk show Rizman Ruzaini akibat kesihatan yang tidak mengizinkan, Marion sempat memuatnaik persalinan yang dipakainya. Busana mewah berona hitam dengan perincian di belah bahu hasil ciptaan Rizman ini memang on-point!