Sebelum ini pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck menggemparkan dunia selepas melangungkan perkahwinan secara mengejut di Las Vegas. Dan baru-baru ini dikhabarkan mereka berdua melangsungkan perkahwinan sekali lagi, kali ini dalam majlis tertutup dan dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja. Ia berlangsung di kediaman Affleck di Savannah, Georgia pada Ahad. Menurut People Magazine, kesemua anak-anak pasangan itu turut hadir.
Kemuncak acara perkahwinannya menyaksikan Jennifer Lopez tampil dengan gaun pengantin penuh dramatis dengan veil yang lebih panjang dari gaunnya. Menurut Bazaar, gaun pengantin Jennifer Lopez tersebut merupakan hasil sentuhan magis dari Ralph Lauren couture.
Jika sebelum ini, gambar gaun perkahwinannya tidak begitu jelas dan peminat sering tertanya-tanya bagaimanakah rupa persalinan Jennifer untuk resepsi keduanya. Mujurlah hari ini, Jennifer Lopez memuat naik gambar-gambar persalinannya di dalam website onthejlo.com.
Jika sebelum ini gaun lebih sederhana dengan gaun kasual, namun kali ini ia lebih dramatik, ‘couture’ dengan perincian yang lebih anggun.
Gaun pengantin pertama yang dipakainya adalah yang pertama daripada tiga gaun Ralph Lauren untuk malam itu. Lebih daripada 1,000 sapu tangan dan 500 meter kain telah dipotong menjadi ruffles untuk dijadikan versi ethereal turtleneck klasik Ralph Lauren. Ruffles itu kemudiannya dilekatkan menghasilkan skirt yang lebar dan romantis.
Jennifer kemudiannya menyarung dua persalinan tambahan oleh Ralph Lauren, satu menampilkan rentetan mutiara dan satu lagi dengan siluet ikan duyung dengan garis leher yang dihiasi kristal Swarovski.
This website uses cookies.