“Ini Barulah Lelaki Kiriman Tuhan..” Walau Diduga Ujian Sakit EDIKA YUSOF Setia Di Sisi Isteri Selama 18 Tahun

Kemelut  yang melanda rumah tangga pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana meletus apabila baru-baru ini dia mengumumkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, nyata mengejutkan dan menerima pelbagai respon dan maklum balas.

Namun yang menariknya secara tidak langsung membuatkan nama pelakon kacak Edika Yusof, 55, kembali ‘trending’, menjadi bualan warganet di media sosial dek kesetiannya pada isteri yang dikahwininya sejak 18 tahun lepas.

Malah melihat pada ruangan Instagram nya, Edika tidak pernah sesekali lupa meraikan hari jadi isterinya, malah sering kali memuat naik momen dan gambar sama ada berdua dengan isteri mahupun dengan keluarga.

Walau diuji sakit di mana isterinya Nor Hidayah menghidap penyakit meningitis sehingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua namun Edika tidak pernah beranjak dari sisi Hidayah dan setia menemani malah melayannya bak permaisuri.

Apatah lagi Edika sendiri mengakui pernah digoda dan didekati apabila isterinya lumpuh, tetapi Adika tetap setia bersama isterinya walaupun Hidayah pernah menyuruhnya untuk berkahwin lain.

“Saya pernah suruh suami kahwin lagi tetapi suami beritahu untuk apa tambah masalah lagi? Cukuplah satu wheel chair (kerusi roda) ini saya tolak,” katanya.

Sementara itu, mengintai akaun instagram Edika pula, rata-rata pengikutnya memuji kesetiaan pelakon itu menjaga isterinya serta mendoakan kebahagiaan rumah tangganya supaya berkekalan dan dirahmati.

NONA mendoakan agar perhubungan dan rumahtangga Adika Yusof dan isteri sentiasa di dalam lindungan Allah hendaknya.

***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***

 

 

 

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus