
Dr. Che Hafiz dan isterinya, Julia Farhana, bakal berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Julai nanti. Umrah ini adalah yang pertama untuk pasangan yang sama cantik sama padan ini, selepas berkahwin sejak dua tahun lepas. Bagi mereka, perjalanan ini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi juga peluang untuk mengukuhkan hubungan suami isteri.
Julia Farhana, yang juga seorang pelakon, mengakui sangat teruja dan tidak sabar untuk menunaikan ibadah umrah untuk pertama kalinya, apatah lagi bersama suami tercinta. Bagi mereka, ini adalah satu cara dalam memperbaiki dan memperkukuh ikatan perkahwinan mereka yang usdah terjalin yang kini memasuki usia 2 tahun.
Dr. Che Hafiz melihat perjalanan ini sebagai panggilan istimewa yang datang dengan hikmah. Lebih menarik, beliau juga telah dilamar untuk menjadi wajah eksklusif projek “Umrah Romantika” oleh Al Khairi Travel & Tours Sdn Bhd, di mana beliau bukan sahaja akan menyertai sebagai salah seorang jemaah umrah, tetapi juga akan membantu memantau status kesihatan para jemaah sepanjang perjalanan.
Dalam projek ini, Dr. Che Hafiz, yang merupakan seorang doktor perubatan lebih 10 tahun dan kini pemilik Regalion Clinic yang bertempat di Kota Damansara, akan memberikan sokongan perubatan kepada para jemaah yang turut serta.
Pakej yang ditawarkan merangkumi kad perubatan, pemeriksaan kesihatan lengkap, serta jadual perjalanan yang mesra kesihatan, khusus untuk mereka yang mungkin bimbang tentang status kesihatan ketika menunaikan ibadah umrah.
Ini adalah langkah pertama dalam industri umrah yang menggabungkan perkhidmatan perubatan dengan pakej umrah, yang pastinya memberikan nilai tambahan kepada para jemaah.
Dr. Che Hafiz berharap, projek ini akan mendapat sambutan yang positif, terutama bagi mereka yang bimbang untuk pergi menunaikan ibadah umrah disebabkan faktor kesihatan.
“Ini adalah pengalaman pertama kami untuk ke kota suci ini bagi menunaikan ibadah umrah. Bagi saya, pengalaman ini sangat bermakna dan berharga. Mungkin ada yang sudah biasa pergi ke sana tiap-tiap tahun.tetapi bagi saya, ini bakal menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan,” jelas beliau.
Mengenai isu agensi umrah yang dikatakan memperdaya dan mengambil kesempatan ke atas para jemaah yang tular baru-baru ini, Dr. Che Hafiz dan Julia Farhana akui tidak bimbang, kerana mereka percaya dengan kredibiliti Al Khairi Travel & Tours Sdn Bhd sebagai sebuah agensi umrah yang sah dan berdaftar.mereka juga yakin dengan integriti yang ditawarkan.
Lebih istimewa lagi, perjalanan ini adalah peluang untuk pasangan ini berdoa bersama-sama untuk ke arah yang lebih baik di jalan Allah SWT. Bagi mereka, ini adalah masa yang sangat sesuai untuk fokus pada ibadah dan berdoa agar Allah swt memberi mereka apa-apa sahaja bentuk rezeki. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh mengunjungi media sosial Al Khairi Travel & Tours Sdn Bhd.