Ini Perincian Eksklusif Tentang 2 Gaun Perkahwinan Jennifer Lopez

Ramai terkejut dengan pengumuman perkahwinan pelakon dan penyanyi popular, Jennifer Lopez yang melangsungkan perkahwinan rahsianya bersama tunang, pelakon Ben Affleck di Las Vegas baru-baru ini. Tiada angin tiada ribut, mereka berdua dah pun selamat disatukan.

Jennifer juga turut berkongsi beberapa foto serta video persiapannya menjelang beberapa jam sebelum diumumkan sebagai Jennifer Affleck, isteri kepada Ben Affleck di laman sesawang rasmi On The JLo.

Selain dari persiapan yang boleh dikira cukup sederhana dalam majlis resepsi yang tertutup, pelantun lagu On The Floor itu turut mendedahkan butiran eksklusif tentang gaun perkahwinan yang disarungnya.

Sewaktu perkahwinan, Jennifer memaklumkan bahawa dirinya menyarung bukan satu, tetapi dua persalinan, termasuk sehelai gaun perkahwinan daripada filem lakonannya yang telah lama disimpan sejak sekian lama untuk hari istimewanya.

Kelihatan Lopez nampak anggun mengenakan gaun bertekstur tanpa lengan yang dinyatakan “from an old movie”, khabarnya dari filem Gigli yang dilakonkannya bersama dengan Ben Affleck. Jennifer nampaknya masih mengekalkan tradisi pengantin yang membawa “something new and something old” untuk perkahwinannya.

Dengan rambut bouncy waves, dan smoky makeup look ternyata Jennifer memamg anggun, menawan dan melaram sakan pada hari bahagianya.

Dan perihal gaun keduanya pula, Jennifer mengenakan gaun hasil rekaan pereka terkenal Zuhair Murad yang berasal dari Lebanon. Jennifer Lopez memilih gaun yang sama elegannya iaitu off-the-shoulder corseted dress dengan lengan renda yang halus dan sweetheart-neckline, termasuk kosert dan veil sepadan.

Share
Published by
webadmin