Baru-baru ini NIVEA, jenama penjagaan kulit No. 1 di dunia menganjurkan acara sambutan “NIVEA Luminous Skin Journey” yang menampilkan seratus selebriti terkenal dan influencer kecantikan yang merupakan pengguna NIVEA LUMINOUS630. Antara yang hadir memeriahkan acara itu ialah KOLs selebriti kecantikan seperti Yana Samsudin, Emma Maembong, Elfira Loy, Mayho dan Miko yang berkongsi bagaimana Serum Anti Bintik Hitam No.1 Dunia ini membantu mereka mengatasi masalah bintik hitam yang tebal.

IKLAN

Ini Rupanya Rahsia Hilangkan Bintik Hitam Oleh ELFIRA LOY & YANA SAMSUDDIN – Dengan Nivea Luminous630!

Pelakon tempatan Elfira Loy pula berkata, “Saya membuat keputusan untuk mencuba NIVEA LUMINOUS630 setahun  lalu, dan hari ini ia telah menjadi sebahagian rutin penting dalam penjagaan kulit saya. Inovasi LUMINOUS630 yang dipatenkan hasil daripada penyelidikan lebih dari sedekad memberikan saya keyakinan untuk terus menggunakan produk ini. Lebih-lebih lagi, keberkesanannya terbukti daripada pengalaman saya sendiri! Dengan kehadiran cahaya mata baru, kurangnya tidur menyebabkan terhasilnya lingkaran hitam dan keletihan mata. Namun saya sangat gembira kerana NIVEA LUMINOUS630 bukan sahaja membantu menghapuskan masalah bintik hitam, malah rawatan mata LUMINOUS630 juga berkesan untuk membantu melawan masalah di sekeliling mata saya.”

Ini Rupanya Rahsia Hilangkan Bintik Hitam Oleh ELFIRA LOY & YANA SAMSUDDIN – Dengan Nivea Luminous630!
Elfira Loy
Ini Rupanya Rahsia Hilangkan Bintik Hitam Oleh ELFIRA LOY & YANA SAMSUDDIN – Dengan Nivea Luminous630!
Yana Samsuddin

Sesi perkongsian pakar oleh Dr Shazril dan Dr Nicholas turut memberikan pandangan dari sudut saintifik yang lebih mendalam di sebalik inovasi NIVEA LUMINOUS630. “Bintik hitam adalah masalah kulit yang biasa dan berbilion-bilion telah dibelanjakan oleh industri penjagaan muka untuk mencari penyelesaiannya. Sebahagian besarnya bintik hitam adalah disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlaku semasa pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari dan sinaran UV; ketidakseimbangan hormon dan pasca keradangan. “Tyrosinase inhibitors” atau “penghalang tyrosinase” adalah penyelesaian tersedia paling biasa dan selamat yang digunakan secara meluas di pasaran.

Ini Rupanya Rahsia Hilangkan Bintik Hitam Oleh ELFIRA LOY & YANA SAMSUDDIN – Dengan Nivea Luminous630!

Walau bagaimanapun, ianya didapati tidak berkesan atau menunjukkan hasil keputusan yang lambat berikutan bahan aktif yang diuji pada enzim cendawan, yang kebanyakannya tidak berfungsi pada kulit manusia. Inilah yang membezakan NIVEA LUMINOUS630. Ramuan inovasi terobosan ini telah diuji dengan “tyrosinase”  manusia untuk pemeriksaan “inhibitor” dan terbukti 10x lebih berkesan dalam mengurangkan bintik-bintik hitam berbanding bahan aktif pencerah terkenal lain di pasaran.” LUMINOUS630 juga telah dipatenkan dah terbukti secara klinikal dan disahkan oleh Institut Dermatologi malah turut diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology yang terkenal di dunia, JID.

IKLAN

NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum dan rangkaian penuhnya boleh didapati di semua cawangan Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA Official. Rangkaian ini terdiri daripada penjagaan kulit siang dan malam, serta produk rawatan mata. Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terbaru, sila ikuti www.facebook.com/mynivea  atau layari https://www.nivea.com.my/ .

IKLAN

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI