“Tuanku peramah dan mesra. Rezeki hotel sama.” Itulah gambaran yang dikongsikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang berpeluang bertentang mata buat pertama kali dengan Sultan Kelantan V, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 dan Sultan Kelantan ke-29. Pendakwah bebas itu dikhabarkan bertemu dengan baginda sewaktu berkunjung di Jerman baru-baru ini untuk bercuti bersama-sama keluarga. Menerusi perkongsiannya di media sosial, Ebit melahirkan rasa terharu apabila Sultan Muhammad V mengingati kali terakhir pertemuan ialah kira-kira tiga tahun lalu.
View this post on Instagram
“Rezeki jumpa Tuanku di Jerman, Daulat Tuanku. Alhamdulillah, terharu Tuanku ingat lagi kali terakhir jumpa tiga tahun lepas masa saya ceramah di masjid di sana Kelantan.
Dalam pada itu, Ebit turut mendoakan kesejahteraan Sultan Muhammad V. “Semoga Tuanku sihat panjang umur, murah rezeki, dikabulkan doa dan terus memimpin dengan hidayah Allah. Semoga Allah lindungi daripada segala kejahatan,” katanya.
Baru-baru ini, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan, dan pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
******************************
Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan hidup, demi ketenangan di alam sana. Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).
******************************
Pertemuan Ebit Lew bersama Sultan Muhammad V ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial yang menitipkan rasa syukur melihat baginda berada dalam keadaan sihat. Namun, di dalam video tersebut tidak kelihatan, Sultanah Kelantan, Che Puan Diana Petra Abdullah. Semoga kita semua dapat pula berpeluang untuk melihat Che Puan Diana pula selepas ini.