11% atau 227 daripada 2,043 orang yang tersenarai dalam FORBES’ World’s Billionaires adalah wanita dengan harta terkumpul $852.8 bilion atau RM3,673,517,000,000.
Bertuah dilahirkan dalam dulang emas, majoriti daripada senarai wanita terkaya di dunia ini mewarisi harta kekayaan daripada keluarga mereka. Jom kita semak siapakah wanita-wanita terkaya di dunia ini menurut senarai FORBES 2017.
(1) Liliane Bettencourt, pewaris L’Oreal
Nilai harta: $39.5 bilion atau RM168,961,250,000
(2) Alice Walton, anak perempuan tunggal pengasas Wal-Mart, Sam Walton
Nilai harta: $33.8 bilion atau RM144,579,500,000
(3) Jacqueline Mars, cucu pengasas coklat Mars
Nilai harta: $27 bilion atau RM115,492,500,000
(4) Maria Franca Fissolo, menantu pengasas Nutella dan balu pengasas Ferrero Rocher
Nilai harta: $25.2 bilion atau RM107,793,000,000
(5) Laurene Powell Jobs, balu Steve Jobs
Nilai harta: $20 billion atau RM85,550,000,000
Sumber: FORBES
Ujian Keburukan Adalah Lebih Baik Daripada Ujian Kebaikan
Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa menyemak dan memerhati ke dalam diri. Sentiasa bermuhasabah dan meningkatkan ketakwaan diri terhadap Allah SWT yang mencipta seluruh makhluk. Kita disuruh supaya sentiasa menyemak diri.
Justeru, tentu ada hikmah di sebalik bencana dan bala yang menimpa ini. Tentu ada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah. Yang kita tidak mengetahuinya. Jangan sesekali kita tersasar daripada landasan sebagai umat Islam.
Jika dilihat pada negara lain, keadaan serangan COVID-19 ini telah menyebabkan pesakit rela membunuh diri sendiri. Kerana itu, Islam mengajar kita beriman kepada qada’ dan qadar dari Allah. Baik takdir yang baik, mahu pun takdir yang buruk.
Berkali-kali kita ingatkan pada diri untuk percaya pasti ada sebab atau hikmah Allah di sebaliknya. Ini hanya satu persitiwa yang buruk pada ukuran manusia tetapi tidak buruk pada ukuran Allah. Seseorang yang menerima sesuatu keadaan yang tidak disukai akan lebih mudah ingat kepada Allah, membetulkan iman dan amal soleh serta memelihara diri daripada kemungkaran.
Mungkin atas kesenangan dan kelalaian kita selama ini, membuat kita lupa kepada-Nya. Oleh kerana itu para ahli hikmah berpesan, ujian keburukan adalah lebih baik daripada ujian kebaikan kerana peratusan yang lulus dalam ujian keburukan adalah lebih besar berbanding ujian kebaikan.
Marilah kita mengambil pengajaran dari segala kejadian yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Setiap ujian yang Allah berikan itu adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah SWT, selain mengajar kita untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman. Mengingatkan kita tentang kelemahan insan. Bala bencana ini memberi kita beberapa pengajaran:
- Manusia, walau sehebat mana dan semaju mana pun, tidak dapat menandingi kuasa Allah. Teknologi yang dicipta manusia tetap perlu diisi dengan kemanisan iman.
- Ketika jiwa manusia gundah-gulana, manusia perlu bersabar dan kembali kepada Allah. Sebagaimana manusia juga perlu bersyukur dan mengingati Allah ketika senang.
- Dakwah perlu disampaikan kepada seluruh manusia, tidak kira di mana mereka berada. Dengan hidayah Islam, manusia akan dapat mengecapi kebahagiaan yang hakiki, di dunia dan akhirat.
- Manusia hendaklah mendidik jiwa mereka supaya reda dengan ketentuan Allah. Tanpa sikap pasrah ini, manusia akan berputus asa. Lalu mereka menjadi merana di dunia, dan sengsara pula di akhirat.
Semoga kita semua diberi perlindungan-Nya dan bumi ini kembali sembuh dari bencana wabak COVID-19. Marilah kita sama-sama kembali kepada Allah, tunduk serta merendahkan diri, berdoa, bertawakal dan beristighfar kepada-Nya. Kiffy Razak
‘Hilang’ Bapa Sejak Usia 5 Tahun, UYAINA Saksi Kepayahan Ibu Besarkan 4 Anak Seorang Diri!
Sejak awal penglibatan Uyaina Arshad dalam industri, ramai yang mengenali gadis cantik ini kerana kejayaan yang diraih. Jarang sekali kisah kehidupan dan sisi peribadinya dikongsikan kepada umum. Namun kesempatan bertemu Uyaina ketika menjadi penghias Nona tidak lama dulu membuatkan penulis bertambah kagum dengan pengacara berbakat besar ini.
Melihat wajah ceria, keramahan Uyaina dan kepetahannya berbicara pasti ramai yang menyangka graduan jurusan undang-undang ini melalui kehidupan yang mudah dan menyenangkan. Hakikatnya, Uyaina telah kehilangan figura seorang ayah sejak usia 5 tahun lagi. Meskipun hanya sempat merasai kasih sayang ayah dalam masa singkat, memori bersama insan tersayang tersebut masih segar di ingatan Uyaina hingga ke saat ini.
“Arwah baba meninggal waktu Yana usia lima tahun. Jadi daripada umur lima tahun sampai sekarang, memang membesar tu dengan ummi sahaja. Jadi, hubungan dengan ummi dah bukan sebagai anak dan mak semata-mata dah jadi best friend, kawan gaduh, motivator, pengkritik dan semualah.
Arwah baba ialah pegawai TLDM dan waktu tu tahun 1997 ada pertukaran dua pegawai dari Malaysia dengan dua pegawai tentera laut New Zealand. Jadi baba Yana salah seorang dan pergi ke sana selama dua tahun. Selama ini baba memang selalu berpindah merata sebab penyelam di TLDM tak ramai. Umur arwah waktu tu antara 36 ke 37 tahun, ummi dan arwah baba sebaya.
Sepatutnya kami tinggal di sana selama dua tahun tapi jadi setahun lebih je. Hendak dijadikan cerita, waktu berpindah ke New Zealand tu kami satu family ikut baba. Selalunya kami tak ikut. Waktu Yana tak lahir lagi pun memang ummi dan abang serta kakak tinggal di Malaysia je. That time, mungkin arwah tahu dia dah nak pergi so arwah baba bawa kami semua sekali,” jelas Uyaina sambil menyatakan arwah bapanya meninggal dunia ketika menjalankan tugas di New Zealand.
Tambah Uyaina lagi, “Ummi cakap arwah ayah macam tahu dia nak pergi. Dia sempat ambil gambar kami satu family dan sampai sekarang Yana bawa ke mana-mana je gambar tu dan simpan dalam wallet. Ada gambar dia dengan ummi, gambar kami empat beradik dan gambar kami satu family.”
Selepas pemergian bapa tersayang, Uyaina dan keluarga pulang ke Malaysia dan menetap di Kuala Kangsar, Perak bersama datuk dan neneknya. Kehidupan mereka sekeluarga berubah sepenuhnya kerana ibu Uyaina tidak berkerja. Demi untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil, ibunya terpaksa cari kerja selain menggunakan duit pencen arwah suami untuk menyara kehidupan.
Akui Juara Puteri Muslimah Asia 2018 ini, waktu di zaman persekolahan dia agak sensitif dan mudah marah apabila ada di antara rakan-rakan bertanyakan tentang bapanya. Cerita Uyaina, pemergian arwah bapanya menjadi berita tergempar di Malaysia waktu itu dan diketahui ramai.
Meskipun dibesarkan oleh ibu tunggal… Uyaina dan adik-beradik tidak pernah rasa kekurangan. Bahkan mereka dibesarkan sebaiknya oleh ibu tersayang seperti kanak-kanak lain. “Macam ummi, Yana tengok reason dia untuk hidup ialah anak-anak dia. Bukan nak bangga diri tapi ummi memang berjaya besarkan kami empat beradik ni successfully. Abang sulung Yana jadi doktor, abang nombor dua jadi pilot, kakak Yana pula jadi cikgu.
Yana sepatutnya jadi lawyer tapi tersimpang sikit pulak. Ingat lagi dia jual rumah, jual tanah semata-mata nak tanggung anak belajar. Kalau nak rasa keberkatan hidup, kejayaan dalam hidup, you make your mom happy. You bahagiakan mak you and you will see apa yang akan dapat lepas tu.
Bila arwah baba meninggal, ummi kena bawa balik jenazah dengan anak empat orang semua masih kecil lagi. Sampailah Yana umur 26 tahun ni, Yana lagi sedih bila dia cakap… “Ummi dah tak ada apa-apa dah dalam hidup ni, ummi ada anak-anak ummi je. Anak-anak ummi inilah harta ummi.”
Yana masuk dalam industri ini pun disebabkan ummi. Yana pertama kali masuk dalam industri sebab Yana join pertandingan Nona Manis. So daripada pertandingan tu, dia yang tengok iklan dan kata Yana why not you hantar application dan cubalah mana tahu ada rezeki. Cuba punya cuba dapat, menang pastu jadi hos Nona… dari situ ia bermula. Yana rasa semua kejayaan ini pun disebabkan Yana dapat restu dari dia.
Benda yang paling Yana admire dekat ummi ialah dia selalu cakap tak kisah apa (kerjaya) yang anak-anak buat as long as you buat bersungguh-sungguh and dia tak pernah paksa atau arahkan Yana untuk you have to become a lawyer. In fact, dia lagi happy tengok apa yang Yana buat sekarang sebab dia tahu Yana happy,” kongsi Uyaina akhiri perbualan.
Kredit foto: Instagram Uyaina
Jualan Murah Super 11.11, Sempat Lagi Nak Shopping Sakan Di SHOPEE!
Seronoknya online shopping hari ni! Banyak betul tawaran hebat, merata-rata website ada jualan murah sempena Single’s Day 11 November tapi tetap tak tertanding Jualan Murah Super 11.11 Shopee!
Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah pun memulakan musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11 November.
Kemuncak kempen tentulah hari ni. Pengguna boleh bersedia menghadapi tawaran hebat berganda termasuk Jualan Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi.
Paling menyeronokkan adalah permainan ‘Spin To Win’ dengan tawaran pelbagai jenis hadiah bernilai RM300,000 untuk dimenangi setiap hari.
Kemuncaknya pada hari ini apabila kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang berlangsung membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat lebih 100,000 produk yang dijamin pada harga terendah. Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak 120% perbezaan harga tersebut.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/1111. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play. Norzalina Mohd Alias