Hubungan di antara Putera Harry dan juga selebriti, Meghan Markle ini sememangnya menjadi perbualan hangat seantero dunia. Kelibat mereka yang mencuri perhatian ramai menjadikan pasangan ini buruan sensasi pihak media ditambah pula sengan status Harry sebagai seorang putera dan juga Meghan yang merupakan seorang janda. Namun hubungan mereka ini tidak mendapat banyak halangan bahkan nenda Harry, Ratu Elizabeth II telah memberikan ‘lampu hijau’ terhadap hubungan mereka berdua.
Ads
Hari ini pihak istana telah mengeluarkan gambar rasmi pertunangan mereka yang telah dilakukan di Frogmore House, Windsor untuk tatapan umum. Foto-foto yang sangat cantik dan manis ini dibidik oleh jurufoto selebriti terkenal Alexi Lubomirski yang pernah bekerja bersama Beyonce dan Jennifer Lopez.
Menurut jurugambar ini, “Saya hanya mampu tersenyum saat melihat gambar-gambar yang diambil. ternyata kebahagiaan di antara Putera Harry & Megan benar-benar terserlah.”
Ads
Pasangan diraja ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Mei tahun hadapan bertempat di St George Chapel yang terletak di dalam kawasan Istana Windsor yang juga merupakan antara kediaman rasmi Ratu Elizabeth II. Banyak majlis-majlis diraja telah dilakukan di kawasan ini yang bersaiz lebih kecil berbanding Westminster Abbey yang mana ia merupakan lokasi perkahwinan abang Putera Harry, Putera William bersama Kate Middleton.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada angin tiada ribut, rupanya pelakon jelita Intan Najuwa hari melangsungkan perkahwinan dan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon tersebut selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, kira-kira jam 6.45 petang sebentar tadi.
Menerusi kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Intan Najuwa dilihat anggun menyarung persalinan Fizi Woo dan solekannya menerima sentuhan Alha Alfa.
Tanggal 8 Mac sinonim dengan sambutan Hari Wanita peringkat antarabangsa dan diraikan setiap tahun di seluruh dunia. Pada 2022, tema #BreakTheBias dipilih sebagai simbolik memperjuangkan hak setiap manusia.
Bayangkan sebuah dunia yang adil untuk lelaki dan wanita. Dunia yang bebas dari stereotaip, diskriminasi atau sifat berat sebelah. Dunia yang pelbagai, dimana setiap perbezaan atau kelainan diterima baik.
Dengan ikatan yang kukuh sesama wanita, kita mampu mewujudkan ‘dunia’ itu dan sama-sama #BreakTheBias.
STRIKE THE POSE
Bias, atau sifat berat sebelah sebenarnya mengekang perjalanan wanita untuk terus melangkah maju. Walaupun ramai yang menyedari kewujudan bias dalam masyarakat, tapi usaha mengatasinya masih berkurangan.
Jika anda melihat situasi berat sebelah atau gender bias, adakah anda mahu membantu mencegahnya?
Silangkan lengan anda seperti ini sebagai tanda solidariti.
Inilah pose atau isyarat rasmi #BreakTheBias sempena Hari Wanita Sedunia 2022. Kongsikan pose ini dengan hashtags#IWD2022 dan #BreakTheBias agar lebih ramai orang dapat menyertai kempen ini di media sosial.
Pemain tenis Amerika, Venus Williams turut menyokong penuh kempen tahun ini kerana baginya semua wanita mempunyai impian. Namun jika bias masih berleluasa, impian itu akan musnah dan tiada impian yang mampu dicapai lagi.
Tonton video Hari Wanita Sedunia 2022 bersama Venus Williams ini…
#VenusWilliams on #BreakTheBias 🙅🏽♀️ “Breaking the bias has been my life…I was never expected to hit the courts at #Wimbledon. But I did. Why? Because breaking the bias is living your dream & not letting any stereotype or any perception stop you.” https://t.co/dQTZMH7nI7#IWD2022
Jadi, sama-sama kita sokong perjuangan Hari Wanita Sedunia tahun ini dengan membuat pose#BreakTheBias – cuma silangkan lengan sebagai tanda komitmen kita menolak bias, mencegah sifat berat sebelah dan stereotaip, mengecam ketidakadilan serta diskriminasi terhadap sesama wanita.
Masih bergantung dengan lelaki? Wanita yang kuat adalah wanita yang berdikari, tak pernah takut menjadi diri sendiri dan bahagia seadanya. Selamat menyambut Hari Wanita buat semua pembaca Majalah Nona!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kombinasi kentang lenyek diperap sos keju, kentang goreng berempah, kentang barbeku diperam krim masam dan kepingan cip kentang rangup, segala-galanya tentang kentang sangat menggemukkan. Benarkah begitu? Khasiat ubi kentang yang cukup terkenal dengan julukan ‘kacang bumi’ ini sering kali mengisi menu enak di restoran makanan segera, lantas membuatkan ramai beranggapan ia musuh diet yang patut dijauhi.
BERDIET DENGAN KENTANG
Jika kena pada gaya masakannya, pemakanan kentang mampu menggantikan makanan ruji seperti nasi dan roti. Pelbagai khasiat ubi kentang terhadap kualiti kesihatan telah ditemui, antaranya;
Potassium, dua kali ganda berbanding pisang
Vitamin C, sumber kedua selepas buah oren
Vitamin B1, B2, B3
Zat lysine untuk pertumbuhan badan dan otak
Pembekal karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah
Pengawal tekanan darah
Turut mengandungi protein dan zat besi
Tidak seperti buah-buahan sitrus, pengambilan vitamin C di dalam kentang tidak mudah hilang setelah dimasak kerana dikelilingi kanji dan sari pati. Justeru, kentang merupakan pilihan terbaik buat anda yang sedang mengatur pola pemakanan, lantaran kandungan nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan. Namun begitu, ia perlu diambil dalam kuantiti yang tepat kerana kentang turut tergolong dalam kategori karbohidrat.
Dengan kadar jumlah lemak di bawah paras 25%, pemakanan kentang mampu menghalang mendapan kolestrol di dalam lapisan pembuluh darah. Ini menjadikan sayuran ini begitu sempurna buat anda yang kekurangan gula dalam darah, tetapi menghidap penyakit darah tinggi. Selain itu, kentang turut menjamin sistem ketahanan badan, lantaran kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya.
Terdapat juga bahan di dalam isi kentang yang mampu meneutralkan virus carcinogens, dan dipercayai lebih efektif berbanding kacang soya. Kulitnya pula kaya dengan clorogenic polypherol, bagi membantu mengelakkan mutasi sel.
Di sebalik gaya masakannya yang begitu versatil, ubi kentang turut berdepan krisis imej yang besar. Ramai yang beranggapan kentang mampu menggemukkan badan pabila melihatkan menu-menu tidak sihat seperti ‘french fries’, ‘potato chips’, kentang bakar dan sebagainya. Namun begitu, kentang sebenarnya cukup berkhasiat, malah turut tergolong sayuran yang bebas lemak. Yang membezakan nutrien dari hidangan berasaskan kentang hanyalah dari bagaimana cara anda menyediakannya.
Senipis-nipis kulitnya, disitulah tersembunyi nutrien penting untuk kesihatan. Jadi, usah dikupas kulit kentang, tetapi pelbagaikanlah gaya masakan anda seperti memanggang, melenyek, merebus, stim dan gril kerana ia begitu enak dimakan begitu sahaja.
CARA MEMILIH UBI KENTANG
Pilih yang berbau harum.
Elakkan yang sudah ditumbuhi ‘mata’ atau berwarna hijau kelebaman.
Carilah kentang segar dengan kulit yang tipis.
Simpan kentang di tempat yang sejuk, gelap dan kering, sebaiknya di dalam beg kertas serta jauh dari simpanan bawang-bawang.
Cahaya mentari mampu membuatnya bertukar kehijauan, manakala suhu di dalam peti sejuk menukar kanji kentang kepada gula.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...