Hubungan di antara Putera Harry dan juga selebriti, Meghan Markle ini sememangnya menjadi perbualan hangat seantero dunia. Kelibat mereka yang mencuri perhatian ramai menjadikan pasangan ini buruan sensasi pihak media ditambah pula sengan status Harry sebagai seorang putera dan juga Meghan yang merupakan seorang janda. Namun hubungan mereka ini tidak mendapat banyak halangan bahkan nenda Harry, Ratu Elizabeth II telah memberikan ‘lampu hijau’ terhadap hubungan mereka berdua.
Hari ini pihak istana telah mengeluarkan gambar rasmi pertunangan mereka yang telah dilakukan di Frogmore House, Windsor untuk tatapan umum. Foto-foto yang sangat cantik dan manis ini dibidik oleh jurufoto selebriti terkenal Alexi Lubomirski yang pernah bekerja bersama Beyonce dan Jennifer Lopez.
Menurut jurugambar ini, “Saya hanya mampu tersenyum saat melihat gambar-gambar yang diambil. ternyata kebahagiaan di antara Putera Harry & Megan benar-benar terserlah.”
Pasangan diraja ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Mei tahun hadapan bertempat di St George Chapel yang terletak di dalam kawasan Istana Windsor yang juga merupakan antara kediaman rasmi Ratu Elizabeth II. Banyak majlis-majlis diraja telah dilakukan di kawasan ini yang bersaiz lebih kecil berbanding Westminster Abbey yang mana ia merupakan lokasi perkahwinan abang Putera Harry, Putera William bersama Kate Middleton.
This website uses cookies.