Gaya Hidup

Inilah Sebabnya Wanita MESTI Ada ‘ME TIME’

Sesetengah wanita terlalu sibuk dengan rutin hariannya sebagai isteri, ibu dan juga pekerja. Itulah sebabnya ada yang jarang mendapat waktu untuk diri sendiri atau me time. Sebenarnya, me time sangat penting untuk kesihatan jiwa khususnya bagi wanita.

Me time adalah ruang waktu untuk menyendiri seketika agar seseorang itu lebih memahami diri, fikiran dan emosi sekaligus memberikan kesan positif seperti tidur akan lebih nyenyak, membina hubungan yang lebih baik dengan pasangan serta mampu membuat keputusan lebih baik.

Berikut manfaat yang dapat diperolehi daripada me time:

MENIKMATI WAKTU SENDIRI

Ramai yang anggap bila bersendirian saja seseorang itu mungkin sedang kesepian. Padahalnya tidak. Mungkin ada yang lupa, kita sebenarnya boleh menikmati apa jua aktiviti secara bersendirian seperti menonton wayang, bersiar-siar atau paling tidak pun berehat di rumah sambil membaca buku kegemaran. Ia juga boleh dilakukan bersama pasangan, ahli keluarga ataupun sahabat baik. Me time sebenarnya memberi ruang untuk kita menikmati hobi atau minat peribadi tanpa sebarang gangguan.

SENTIASA DALAM KEADAAN TENANG

Semasa sedang sedih, tertekan atau kecewa anda pasti akan lebih cenderung untuk ke arah hal-hal negatif, bukan? Sebelum emosi meledak cari masa untuk menyendiri seketika di tempat kegemaran seperti taman atau restoran dengan menulis apa saja yang anda rasa atau mengganggu fikiran anda ketika itu di atas kertas. Luahkan saja sampai anda puas! Percayalah, anda akan rasa tenang selepas itu.

MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN LEBIH BAIK

Kadang-kadang kita akan buat keputusan mengikut perasaan. Contohnya ketika sedang marah, kecewa  atau bimbang. Akhirnya kita menyesal sendiri. Menurut penulis buku A Happy You: Your Ultimate Prescription for Happiness iaitu Elizabeth Lombardo menyarankan agar seseorang itu meluangkan waktu seketika untuk melakukan sesuatu yang disukai seperti berkebun, menulis atau aktiviti kreatif adalah cara terbaik untuk brainstorming.

TIDUR LEBIH NYENYAK

Setiap kali tidur malam, otak akan memproses segala kejadian yang kita alami hari itu. Menyelaraskan ingatan dan mencerna emosi. Fikiran yang terlalu penuh dan sibuk bukan hanya susah nak tidur bahkan membuatkan kita stres dan cemas. Untuk membaiki tidur pastikan sejam sebelum tidur anda lakukan aktiviti ringan seperti membaca buku. Secara tak langsung ia mempersiapkan diri anda untuk tidur nyenyak.

 

Share
Published by
Amy Mohd